'Rompakan' baru Peter Anthony kontraktor kroni ‘kes rasuah KKLW’ bakal monopoli projek Pan Borneo
11:10 Oct 27, 2018  |  By SabahKini2
'Rompakan' baru Peter Anthony kontraktor kroni ‘kes rasuah KKLW’ bakal monopoli projek Pan Borneo

Kajian semula Pan Borneo hanyalah alasan Peter Anthony untuk melantik kontraktor baru pro Peter dan Shafie Apdal. Tak hairan kontraktor dalam kes rasuah KKLW diberi keutamaan oleh Peter dan Shafie. Yang penting bayar 'Komisen'.

KOTA KINABALU- Kerajaan Negeri Sabah dilaporkan sedang mengkaji semula pembinaan Projek Lebuh Raya Pan Borneo di negeri ini, kata Menteri Pembangunan Insfrastruktur Datuk Peter Anthony.

5 Julai lalu Datuk Peter Anthony melaporkan dalam Sidang Dun sebanyak tujuh pakej membabitkan jarak sejauh 151 kilometer (km) sudah pun dimulakan tahun ini bagi projek Lebuhraya Pan Borneo.

Pakej-pakej berkenaan termasuklah Jalan Putatan-Inanam sejauh 10.9km, Inanam-Sepanggar (15.9km), Sepanggar-Bulatan Berungis (13.2km), Pituru-Rampayan Laut (30km), Kampung Melalia-Beaufort (31km), Bongawan-Papar (25km) dan Beaufort-Bongawan (25km).

Bagaimanapun 30 September lalu Peter menyatakan Projek Pan Borneo akan dikaji semula bagi membolehkan penstrukturan baharu dilaksanakan pada masa terdekat.

Salah satu langkah ialah pihaknya bercadang untuk mengeluarkan pembabitan Syarikat Borneo Highway (BHP) PDP Sdn Bhd yang telah dilantik sebagai kordinator untuk pelaksanaan projek lebuhraya itu dan akan diambil oleh Jabatan Kerja Raya di bawah Kementerian Infrastruktur Sabah atau dalam erti kata lain kendalian Peter Anthony sebagai menterinya.

Semua pelaksanaan ini akan dikemukakan sepenuhnya kepada Kementerian Kerja Raya, Kementerian Kewangan dan Kerajaan Negeri Sabah.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Kerja Raya Baru Bian berkenaan kelewatan pelaksanaan Projek Pan Borneo sehingga 36 peratus.

Anthony berkata kementeriannya telah menghantar surat permohonan kepada Kementerian Kewangan dan percaya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sudah maklumkan kepada Perdana Menteri berkenaan masalah ini termasuk pertemuan dengan Lim Guan Eng Menteri Kewangan baru-baru ini.

Sejak selepas PRU14 lalu iaitu 12 Mei ketika Kerajaan Warisan merampas kerajaan secara tidak sah melalui angkat sumpah Ketua Menteri kali kedua dalam 100 hari Kerajaan Warisan berusaha untuk menangguhkan kerajaan projek yang dibina BN bagi menggantikan syarikat dibawah telunjuk Warisan ataupu mana-mana kontraktor dahulu beralih arah kepada Warisan.

Projek TG. ARU EKOTOURISM DEVELOPMENT (TAED) yang dibantah semasa kempen pilihan raya yang lepas oleh Warisan akhirnya diteruskan oleh kerajaan negeri. Shafie Apdal U-turn projek berharga lebih RM7 bilion ini.

Ini termasuk projek Pusat Konvensyen Antrarabangsa Sabah (SICC) bernilai RM350 juta di 'mark up' menjadi RM850 juta.

[ARTIKEL BERKAITAN- Dulu Musa cadang bina SICC 350 juta dikata membazir kini Shafie 'markup' jadi 850 juta!]

Begitu juga projek Empangan Kaiduan Papar yang ditentang kuat oleh aktivis PKR dan Warisan kini diteruskan semula dengan kos RM2.8 bilion dengan cara menukar tempat ke kampung Bisuang Papar. Sekalipun ditentang rakyat projek akan terus dibina atas alasan mengelak kehabisan sumber air.

[ARTIKEL BERKAITAN: Rakyat bising atau 1000 orang protes, empangan tetap dibina- Shafie Apdal ]

Lebih teruk bekas konsultan projek Loji Air Sg Intan Semporna Amarjit Singh yang direman SPRM turut dilantik sebagai Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah

[ARTIKEL BERKAITAN: Mengapa Shafie lantik Amarjit Singh Pengarah Jabatan Air? Semuanya kerana projek Empangan Papar RM2B! ]

Paling terkenal projek Pan Borneo Sabah menelan kos RM12.86 bilion ini. Datuk Peter Anthony bekas Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati Engineering Sdn Bhd yang kontroversi dengan siasatan SPRM tahun lalu di KKLW pasti mengintai ruang untuk memberi projek itu kepada syarikat pro warisan.

Walau apapun syarikat yang pernah ditahan SPRM tetap mendapat tempat kepada Shafie Apdal, Peter Anthony dan Kerajaan Warisan.

Lihat sahaja selepas PRU14 Syarikat milik Dato’ Nik Nazif dan Sinkong yang pernah ditahan SPRM terus diberi ruang oleh kerajaan Warisan. Kerana apa? Kerana ketika mereka melaksanakan projek KKLW mereka adalah pembayar rasuah tegar yang memberi wang kepada Shafie Apdal.

Syarikat Sinkong Fleet JV Sdn Bhd syarikat yang mendapat satu dari pakej Pan Borneo bagi Menaiktaraf Jalan dari Sepanggar ke Bulata Berungis adalah milik Dato’ Nik dan taukeh Sinkong yang diusahakan secara bersama.

[BACA ARTIKEL BERKAITAN : (VIDEO) Dato' Nik Nazif Yang Disiasat SPRM 18 Kali, Kroni Shafie Apdal! ]

[ARTIKEL BERKAITAN : Datuk ‘Nik’ 18 Kali Dipanggil SPRM Bakal Didakwa Kerana Kes Seleweng Dana KKLW]


Dato' Nik dan Sinkong dari KKLW terus gagah ke Pan Borneo untuk Kerajaan Warisan secara JV. 
Kini mereka teus hidup bersama Peter Anthony

Jadi tidak hairan pakej sebelum ini akan ditangguh atau batal atas alasan kekangan kewangan, projek tak siap dan bermacam-macam lagi sehingga diteruskan atau diganti dengan kontraktor proksi Peter Anthony dan Shafie Apdal. Yang pasti semua kontraktor pro Peter dan Shafie diteruskan.

Nik Nazif adalah pemilik Syarikat Wilayah Kaya Sdn Bhd melaksanakan projek loji bekalan air Sg Intan di Semporna yang disiasat SPRM tahun lalu.  Projek ini disubkan kepada Sinkong Contruction Sdn Bhd. Sejumlah lebih RM100 juta akaun Sinkong dibekukan ketika disiasat SPRM.

 

Satu lagi syarikat Dato’ Nik Nazif yang terkenal ialah Kontraktor Fokus Niaga Sdn Bhd yang pernah satu ketika dulu terdapat aduan kelewatan menyiapkan projek seperti Projek Naiktaraf Jalan Labuk KM15-KM26, Fasa 1 (6.0KM) bernilai RM 46.44 yang pernah disiarkan dalam blog Sabahkini.

Lain-lain Projek Kontraktor Fokus Niaga Sdn Bhd ialah;

Membina Jalan Dua Hala Di Bandar Lahad Datu, Pakej 1B, Sabah (Bulatan Sri Perdana - PGA Kem Tentera) bernilai RM36.8 juta

Projek Membina Jalan Kota Marudu-Marak Parak- Togop- Melinsau-Poring, Ranau, Sabah (Pakej 2)

Membina Jalan Marak Parak-Togop (30 KM) (Sub-Pakej 1) bernilai RM 10.5 juta.

Termasuk projek Membina Bangunan Kastam Sabah RM61 juta pada tahun 2015.

Dato’ Nik turut membina Projek Sistem Bekalan Air Kanibongan, Pitas, Sabah bernilai RM14.8 juta menggunakan syarikat Fleet Ventures Sdn. Bhd pada tahun 2011.

Adik Nik Nazif bernama Nik Nadzri Nik Nawawi (Keningau) turut keluar UMNO 12 Mei lalu menyertai Warisan bersama Jamawi Adun Kemabong,
Ketua Pemuda UMNO Tawau, Ariffin Kassim dan Jehan Osman Ongkomog (Pensiangan)

Jamawi, Azis dan Arifin adalah pemuda yang dikaitkan dengan Sinkung Contruction..

Jadi kajian yang dimaksudkan Peter Anthony hanyalah mahu melantik syarikat pro Peter dan Shafie Apdal sahaja. Siapa bagi komisen lebih maka merekalah yang akan dapat.

 

 

 

 

 

 

6 Comments