500,000 warga asing 'tanpa dokumen' pedalaman Sabah lebih bermasalah, kata Pengarah JPN
10:11 Nov 16, 2018  |  By SabahKini2
500,000 warga asing 'tanpa dokumen' pedalaman Sabah lebih bermasalah, kata Pengarah JPN

Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah Ismail Ahmad mengesahkan terdapat sekitar 500,000 penduduk warga asing merangkumi pelarian, warga asing yang tinggal melebihi masa dan kanak-kanak tanpa kerakyatan di Sabah lebih bermasalah berbanding PTI

KOTA KINABALU- Terdapat sekitar 500,000 penduduk warga asing merangkumi pelarian, warga asing yang tinggal melebihi masa dan kanak-kanak tanpa kerakyatan di Sabah, kata Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah Ismail Ahmad.

Warga asing kategori ini membawa masalah yang lebih besar kepada pihak berkuasa berbanding kewujudan pendatang asing tanpa izin di Sabah, kata Ismail.

“Pendatang asing tanpa izin, bilangan mereka sebenarnya tak ramai. Kita tangkap, kita hantar balik,” katanya pada sidang akhbar di Kota Kinabalu hari ini.

Bagaimanapun kategori warga asing lewat pendaftaran, pasangan yang berkahwin dengan warga asing dan anak tanpa kerakyatan inilah yang bakal digerakkan oleh Shafie Apdal bakal dibantu dan diberi kad pengenalan menurut laporan media sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN-  Projek IC 2: Shafie bantu dapatkan MyKad yang kahwin pendatang asing ]

Projek IC 2: Shafie bantu dapatkan MyKad yang kahwin pendatang asing

Video program Jelajah Projek IC di Semporna awal Ogos lalu

Bagaimanapun menurut Pengarah JPN Negeri, akibat tanpa dokumentasi yang betul, pihak berkuasa selalu tersilap menahan golongan ini.

Data terkini JPN menunjukkan 2,894,984 adalah penduduk Sabah, yang mana 44,482 adalah penduduk tetap manakala 24,605 mempunyai visa pemastautin sementara, kata Ismail.

Laporan Banci Penduduk dan Perumahan 2010 menyatakan kira-kira 27% penduduk di Sabah adalah warga asing.

Bagaimanapun, ahli-ahli Parlimen Sabah mendakwa terdapat lebih ramai pendatang asing tanpa izin di negeri itu berbanding 800,000 yang dilaporkan.

Ismail berkata selain daripada membanteras pendatang asing tanpa izin, pihak berkuasa menghadapi kesukaran dalam memantau dan menjejaki warga asing ini.

Beliau memberikan contoh, daripada setengah juta warga asing yang tinggal di Sabah, lebih daripada 50,000 memegang pas IMM13 yang memberi status pemastautin tetap yang kemudiannya akan diberi kewarganegaraan terutamanya kepada pendatang Islam Filipina atau pelarian yang melarikan diri dari selatan Filipina berdekad dahulu.

Baru-baru ini kecoh mengenai warga filipina yang mempunyai dokumen IMM13.

(VIDEO) PTI Serbu Dang Bandang demi IMM13 yang dihidupkan semula oleh Warisan

ARTIKEL BERKAITAN-  (VIDEO) PTI Serbu Dang Bandang demi IMM13 yang dihidupkan semula oleh Warisan ]

ARTIKEL BERKAITAN- IMM13: Shafie terkejut Azis Jamman Timbalan Menteri KDN dan imigresen tidak beritahunya

Kerajaan Warisan tidak mahu berselindung akan membantu golongan 500,000 warga asing yang bermasalah dokumen ini. Siri Jelajah Shafie Apdal terus membawa JPN dan beberapa agensi lain bagi membantu golongan tiada dokumen dan tanpa negara ini.

[ARTIKEL BERKAITAN-  Menteri UPKO akur arahan 'Projek IC' Shafie Apdal ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Projek IC: Arahan Shafie dan Warisan, Menteri UPKO kini Panik! ]

ARTIKEL BERKAITAN- Kerajaan negeri akan beri dokumen kepada pekerja asing haram di Sabah ]

 

 

 

 

15 Comments