Pagi laungan LGBT di Kuala Lumpur petang ribut di Putrajaya
03:03 Mar 10, 2019  |  By SabahKini2
Pagi laungan LGBT di Kuala Lumpur petang ribut di Putrajaya

Promosi amalan LGBT secara terbuka hanya mengundang bala bencana. Itu baru Putrajaya belum semua negeri.

PUTRAJAYA: Beberapa kawasan di pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini dilanda ribut sehingga menyebabkan pokok tumbang di beberapa kawasan, petang semalam

Kejadian itu turut menyebabkan kenderaan dan kemudahan awam di taman permainan kanak-kanak rosak akibat ditimpa pokok, namun tiada kecederaan dilaporkan setakat ini.

Ketua Balai Bomba Putrajaya, Che Shaari Abdullah, berkata kejadian ribut disertai hujan lebat kira-kira 30 minit mengakibatkan beberapa kawasan seperti Presint 9 dan Presint 11, terjejas.

Gambar dan rakaman video kejadian ribut itu turut dikongsi beberapa pengguna di laman Twitter dan Facebook.

Bencana ribut yang merosakkan Putrajaya semalam dikaitkan dengan bala dari tuntutan kaum LGBT di ibukota. Mereka mahukan hal Lesbian, Gay, Bisex dan Transgender diiktiraf di negara ini. 

[ARTIKEL BERKAITAN- Laungan LGBT 'Pussy Power' di ibukota ]

 

2 Comments