(VIDEO) Kali keempat Exco DAP Melaka mengamuk kini dengan pengayuh beca
17:03 Mar 28, 2019  |  By SabahKini2
(VIDEO) Kali keempat Exco DAP Melaka mengamuk kini dengan pengayuh beca

Exco DAP panas baran tular lagi. Kini meradang dengan pengayuh beca. Sikap Exco DAP yang suka berkasar ini mendapat kecaman warganet.

YOUTUBE- Exco DAP mengamuk lagi

MELAKA TENGAH-  Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan, Industri Asas Tani dan Koperasi, Norhizam Hasan Baktee (DAP) yang dahulu viral dan meminta maaf di laman sosial kerana gaya samsengnya penutupan jalan  di sebuah taman perumahan di negeri itu muncul lagi dengan versi baru apabila menyerang pengayuh beca di  di sekitar Menara Taming Sari, Melaka.

[ARTIKEL BERKAITAN- (VIDEO) Kali ketiga YB DAP Melaka mengamuk terserlah makin biadap dan menghina rakyat!]

Video berdurasi 1.34 minit itu memaparkan Norhizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Batu dilihat berbincang dengan beberapa wakil pengayuh beca dan diawasi beberapa orang pegawainya.

Perbincangan dipercayai berkaitan masalah lalu lintas yang berlaku membabitkan pengayuh beca dan pengunjung tempat tarikan pelancong sekitar bandar itu berlangsung tanpa masalah pada mulanya.

Norhizam kemudiannya memberi cadangan supaya pengayuh beca diberi kursus supaya pengayuh beca terbabit ‘sekolah sedikit’. Kenyataan itu membuatkan perakam video bertanyakan Norhizam adakah dia ingin mengatakan pengayuh beca tidak sekolah.

Ahli politik itu kemudiannya dilihat berang dengan tindakan perakam video merakam dirinya dan menyoal jika perakam kenal dirinya siapa.

Norhizam kemudiannya ditenangkan oleh pegawainya untuk mengelakkan pertengkaran dan pertikaman lidah terus berlaku.

Pelbagai pihak berkongsi video itu dalam media sosial.

Bagaimanapun seperti biasa dalam video kali ke empat ini Norhizam Hasan Baktee terus mempertahankan dirinya walaupun jelas dalam video itu selakku pemimpin dan Exco beliau tidak sewajarnya melenting atau berkasar.

"Pada pertemuan dan perbincangan itu, saya turut mencadangkan agar pengayuh beca dapat menghadiri kursus jangka pendek bagi menambah baik perkhidmatan bagi memberikan pendidikan sejarah negeri ini dan Malaysia kepada pelancong kelak.

"Bagaimanapun secara tiba-tiba individu itu yang dipercayai seorang pengayuh beca telah membuat provokasi dan merakamkan percakapan saya, kemudian ditularkan sebahagian sahaja video tersebut dalam laman sosial," katanya yang telah membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Hilir.

Tambahnya, video terbabit tidak memaparkan keseluruhan situasi yang sebenar, sehinggakan telah memberi persepsi yang negatif terhadap dirinya sedangkan beliau tidak pernah sama sekali merendahkan golongan pengayuh beca negeri ini.

Dalam tinjuan media sosial warganet mengecam sikap kasar Exco DAP itu.

10 Comments