Sebelum PRK Rantau PH sibuk mendedahkan rumah Tok Mat di London berharga RM10 juta. RPK pula mendedahkan dua apartment Azmin Ali di London berharga RM100juta.
Namun menjelang PRK Sandakan mari kita ingati kekayaan rumah Shafie Apdal yang juga pernah direkodkan dalam siasatan SPRM. Sekalipun kisah rasuah Shafie Apdal itu ditutup oleh Menteri Dari mana ShWarisan VK Liew dan peguam negara tidak bermakna rasuah dan kekayaan Shafie Apdal itu tidak benar. Masanya akan tiba ia pasti diungkit semula.
Dua artikel Sabahkini2 sebelum ini mendedahkan selain rumah di Kota Kinabalu Shafie juga memiliki Rumah Banglo mewah 3 tingkat di Hartamas Heights. N0.28A Jalan Changkat Hartamas 2, Hartamas Heights 50480 Kuala Lumpur berharga RM13 juta.
[ARTIKEL BERKAITAN - Siapa kata Shafie Apdal tak Rasuah? Banglo Mewah Hartamas Heights RM13 Juta miliknya ]
[ARTIKEL BERKAITAN- Rakyat Sabah Menangis Melihat Rumah Mewah RM13 juta Shafie Apdal! ]
Setakat ini Shafie Apdal tidak pernah menafikan rumah banglo ini atau mencabar pihak tertentu termasuk polis menyiasat dakwaan itu. SPRM juga mempunyai maklumat ini. Persoalannya dari mana Shafie memperolehi kekayaan ini? Kisah rasuah Shafie Apdal sehingga ditangkap SPRM bukan kisah dongeng ia kisah benar dari bekas Menteri KKLW yang gelojoh.
Kali ini Sabahkini2 mendedahkan Apartment mewah milik Dato’ Seri Shafie Apdal di N0.5 Albion Street London berharga £9,950,000.00 atau RM53 juta.
N0.5 Albion Street London
Semakan dalam Google Map kedudukan Albion Street London kawasan mewah
Harga rumah £9,950,000.00 atau RM53 juta.
Zahida Rafik di London
Dari mana agaknya kekayaan keluarga Shafie Apdal membeli rumah RM53 juta di London jika bukan kerana rasuah?
Shafie beri Projek Zahida Rafik di KPDNK
Melalui syarikat Noble Benchmark Sdn.Bhd (556710-V) dan Lembaran Putih Sdn. Bhd. (584803-A) diasaskan Zahida atas kasih sayang Shafie Apdal sejak sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNK) Shafie memberikan projek Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia dan pembekal barang mentah untuk semua rangkaian Pasaraya Giant.
[ARTIKEL BERKAITAN- Mengapa Shafie Apdal Kayakan Zahida Rafik Berbanding Rakyat Sabah? Kini Terjawab PRU-14 ]
Noble Benchmark
Lembaran Putih Sdn Bhd
Noble Benchmark milik Zahida pernah diberi projek 2 buah filem pendek berjudul 'Budi Bahasa' dan '1Malaysia' terbitan FINAS dan beberapa kontrak persembahan pentas ketika Shafie Apdal menjadi Menteri Perpaduan, Kebudayaan dan Warisan Malaysia di antara 18 Mac 2008 sehingga 9 April 2009.
Maka Kes wang dilarikan oleh pemandu Zahida tahun 2012 itu serta kemasukan wang haram ke dalam akaun Zahida RM1.5 juta adalah benar belaka. Mahkamah juga memutuskan Zahida menang kes wang yang dilarikan itu.
[ARTIKEL BERKAITAN- Mahkamah sahkan 'wang haram' Zahida, Shafie seperti dilapor Menteri Perumahan ]
Oleh itu segala pemberian Shafie kepada Zahid Rafik seperti kereta mewah, rumah dan wang tunai adalah benar belaka. Oleh itu tuduhan Zuraida Kamaruddin mengenai wang haram Zahida dan Shafie tidak boleh dipertikaikan.
Semua kehendak Zahida ditunaikan
Kepada rakyat Sabah jika Shafie Apdal menyeru anda jangan melakukan rasuah serta jangan mengaut kekayaan itu bererti dia hanya menyindir diri sendiri. Hakikatnya dia dan keluarganya kaya raya.