Hanya di zaman PH Bekas TKP kontroversi ditahan SPRM yang bersekongkol salah guna kuasa boleh dilantik sebagai Ketua Pengarah JPN. Dan sekarang Pegawai JPN terlibat banyak skandal menjual MyKad & sijil lahir. Sepatutnya Datuk Ruslin dipecat kerana gagal!
Isunya bermula dengan kebimbangan netizen dalam laman sosial yang memuat turun gambar-gambar passport, MyKad milik warga China yang mendapat MyKad secara mudah.
Bagaimanapun 7 September lalu isu wanita China bernama Xu Yalian yang tular dijawab oleh Ketua Pengarah Datuk Ruslin Jusoh dan pegawainya sebagai pemohon layak melalui Perkara 15 (1) Perlembagaan Persekutuan berkahwin dengan suami seorang warganegara.
Berang dengan tindakan netizen itu 9 September lalu Datuk Ruslin Jusoh, dua TKP dan Pegawainya menunjukkan kebodohan mereka apabila membuat laporan polis berhubung dakwaan beberapa pemilik akaun media sosial mengatakan agensi itu sewenang-wenangnya mengeluarkan MyKad kepada warga asing. Akhirnya aduan itu memakan diri.
Datuk Ruslin, dua TKP dan Pegawai lapor polis terhadap netizen. Tetapi kantoi esoknya pegawai JPN ditangkap
[ARTIKEL BERKAITAN- Selepas mengaku beri MyKad kepada rakyat China, JPN lapor polis ‘aduan rakyat’ di laman sosial]
Saat paling memalukan Ketua Pengarah JPN itu ialah sehari selepas laporan polis itu Penolong Pengarah JPN Pulau Pinang bersama 20 lagi individu ditangkap kerana menjual MyKad kepada warga asing dengan harga RM100 ribu hingga RM600 ribu.
[ARTIKEL BERKAITAN- RM600 ribu jual MyKad kepada warga China, Pegawai JPN, 20 individu ditahan Polis ]
13 September lalu Mohd. Faizul Arifin, 34 penolong pengarah Jabatan Pendaftaran Negara ( JPN) Pulau Pinang bersama lima individu lain iaitu Datuk Lai Chin Wah, 56; Mohd Faizal Tan Abdullah, 66; Yap Cheng Wah, 44, Chien Guan Chai, 36; dan Loh Chan Cheong, 34 dihadapkan di Mahkamah Sesyen Jenayah, George Town atas pertuduhan terlibat dalam sindiket penjualan MyKad dan sijil kelahiran sah kepada warga asing.
[ARTIKEL BERKAITAN- Faizul Pegawai JPN, Datuk Lai Chin Wah dan 4 lagi dalang ‘Cina Penang’ didakwa sindiket jual MyKad ]
Lebih parah Harian Metro melaporkan dalam tempoh Januari hingga Mei 2019 lebih 1,000 warga asing memiliki MyKad sah dipercayai masih berada di dalam negara ini selepas gagal memiliki pasport untuk keluar ke negara asal masing-masing. Bukan 8 tetapi 1000 lihatlah kerja pengkhianat JPN di negara ini.
[ARTIKEL BERKAITAN- Mengejutkan bukan 8 tetapi 1000 MyKad dijual Pegawai JPN januari hingga mei kepada warga asing ]
Tan Sri Muhyiddin patut pecat Datuk Ruslin Jusoh sebagai Ketua Pengarah JPN atau arah letak jawatan!
Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan menjual kad pengenalan dan sijil kelahiran kepada warga asing adalah satu pengkhianatan besar kepada negara.
Beliau berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat secara langsung atau bersubahat dalam perkara ini.
“Saya telah mengarahkan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) (Datuk Ruslin Jusoh) memberi kerjasama sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam siasatan yang membabitkan kes berkenaan atau kes seumpama ini”.
Mengapa Tan Sri tidak memecat atau menukar Datuk Ruslin Jusoh Ketua Pengarah JPN yang gagal menangani isu penjualan MyKad penglibatan pegawainya?
Bersekongkol rasuah dan salah guna kuasa tetapi dilantik KP JPN
Bagaimana bekas Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri atau dikenali Timbalan Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) yang bersekongkol dengan Datuk Hasanah Ab Hamid pecah amanah wang kerajaan berjumlah RM50.4 juta boleh dilantik sebagai Ketua Pengarah JPN?
Apa istimewanya Datuk Ruslin ini? Tanyalah pegawai Bahagian Penyelidikan atau MEIO itu semua kenal siapa Datuk Ruslin ‘lalang’ ‘Kaki Songlap’ dan bagaimana beliau memfitnah ramai pengarah di jabatannya sehingga dipindahkan kerja. Seperti Datuk Hasanah ramai juga PTD di MIEO berdendam dengannya.
Ditahan reman SPRM kerana kes dana MIEO
Ogos 2018, Datuk Ruslin Jusoh, Timbalan Ketua Pengarah MEIO bersama enam Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Mereka bebas reman mahkamah pada 1 September 2018 atas alasan membantu siasatan.
Datuk Ruslin mula-mula direman SPRM bersama pegawai MIEO
Bebas reman dan menjadi saksi penting untuk membawa bosnya Hasanah dibicara ke mahkamah
Sebagai orang kanan Datuk Hasanah Ab Hamid sudah tentu Datuk Ruslin menyimpan rahsia besar di Bahagian Penyelidikan itu. Pendek kata dia dan Hasanah bersekongkol menyalahgunakan dana pilihanraya. Tetapi Datuk Ruslin menjadi saksi utama kes untuk mendakwa Datuk Hasanah maka beliau dibebaskan.
Pada 25 Oktober 2018, Datuk Hasanah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan pecah amanah wang kerajaan berjumlah RM50.4 juta.
Datuk Hasanah direman SPRM. Sejumlah RM35.4 juta wang tunai dirampas SPRM
Hanya 7 bulan selepas Datuk Hasanah didakwa, Datuk Ruslin telah dilantik sebagai Ketua Pengarah JPN pada April 2019. Luar biasa!
Jika sekalipun jawatan Ketua Pengarah diberi kepada Datuk Ruslin untuk anugerah terhadap jasa-jasanya mengheret bekas bosnya ke mahkamah tetapi tidaklah wajar diberi jawatan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara kepadanya.
Ini tempat penting pegawai ‘Kaki Songlap’ seperti Datuk Ruslin tidak sesuai kerana ia akan menambahkan lagi beban di JPN. Lihat saja kes-kes penjualan MyKad dan sijil lahir yang berlaku sekarang bertambah parah. Harian Metro melaporkan sehingga Mei saja lebih 1000 MyKad dijual kepada warga asing. Mungkin tempoh dari Mei hingga September telah bertambah lagi.
Mohd. Faizul Arifin, 34 penolong pengarah JPN Pulau Pinang yang ditangkap dan didakwa di mahkamah baru-baru ini tidak mungkin melakukannya seorang diri tanpa pegawai atasan yang meluluskannya. Sepatutnya pegawai kanan JPN turut ditangkap sekali. Begitu juga dengan kes penjualan MyKad di Sabah yang kini kerajaannya mesra PTI.
Jika SPRM mahu menyiasat isu sindiket jual MyKad, apakah Datuk Ruslin individu yang pernah disiasat SPRM sebelum ini akan dipanggil lagi? Atau atas jasanya sebagai saksi maka beliau tidak perlu dipanggil lagi. Jika dahulu pegawai kanan yang disiasat SPRM dibeku atau 'pool' di JPA tetapi Datuk Ruslin sangat bertuah terus dilantik KP JPN.
- Bekas Pegawai MEIO
[Artikel ini dihantar melalui emel]
Maklumbalas boleh diemel ke [email protected]