SFI telah digadai! Kini Shafie arah beri tanah 5000 ekar kepada ‘Orang Luar’ di Kg Long Mio Sipitang
14:10 Oct 17, 2019  |  By SabahKini2
SFI telah digadai! Kini Shafie arah beri tanah 5000 ekar kepada ‘Orang Luar’ di Kg Long Mio Sipitang

Apa akan jadi kepada rakyat tempatan di Sipitang khususnya warga kampung apabila orang luar bakal diberi 5000 ekar tanah di Kg Long Mio Sipitang? Kilang SFI telah digadai, gaji tak bayar kini tanah kampung lagi bakal lesap!

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah digesa menjelaskan permohonan tanah seluas 5000 ekar oleh orang luar Sipitang bernama Antanyu Nulhaji beralamat mengundi di Putatan Sabah.

Surat permohonan Antanyu yang tular bersama surat Setiausaha Sulit Ketua Menteri Rokiah Saleh memanjangkan permohonan tanah kerajaan seluas 5000 ekar tujuan pertanian di Kg Long Mio Sipitang kepada Pengarah Tanah dan Ukur mencetuskan kemarahan warga Sipitang.

Surat yang diminitkan oleh Shafie Apdal bertarikh 28 Ogos 2019 itu mengarahkan Pengarah Tanah memberikan keutamaan kepada permohonan itu.

Sebelum ini netizen mempersoalkan permohonan tanah Darau, Kg Warisan, Kg Boronuon, Kg Numbak, Kg Kurol Melangi Teluk Likas dan 50 ekar tanah adat Pensiangan.

Oktober 2018 tahun lalu penduduk daerah Sook kecoh apabila surat yang diminitkan oleh Shafie Apdal mengenai permohonan tanah negeri untuk tanaman kelapa sawit dan buah-buahan seluas 15 ekar bagi 12 orang pemohon (180 ekar) tular mengaitkan sebagai orang luar Sook.

[ARTIKEL BERKAITAN- Terbongkar! Shafie Apdal arah beri tanah 180 ekar kepada 'Orang Suluk' di Kg Biah Skim Sook! ]

Menurut sumber permohonan Antanyu Nulhaji seorang yang muflis ini disokong oleh pemimpin Warisan. Bagaimanapun tidak dipastikan sama ada Datuk Dr Yusof Yakob Adun Sindumin merestui permohonan ini.

Supari seorang penduduk tempatan Sipitang berkata sudahlah nasib pekerja SFI tidak terbela apabila digadai kepada pihak luar. Kini tanah Kg Long Mio Sipitang pun orang luar dan PTI mahu minta.

“Apalah nasib kami penduduk tempatan. Semua tanah kerajaan sudah jadi milik orang luar’. Katanya.

 [ARTIKEL LAIN- Kerajaan Warisan dalang perebutan SFI, sampai bila sengsara rakyat berakhir? ]

 

 

 

38 Comments