Parti AMANAH tiada wang mana Menteri Amanah kata pemimpin Kelantan
03:12 Dec 08, 2019  |  By SabahKini2
Parti AMANAH tiada wang mana Menteri  Amanah kata pemimpin Kelantan

Perwakilan Kelantan, Che Ibrahim Mohamed, berkata tidak munasabah kepemimpinan AMANAH (Ramai Menteri) 2 tahun gagal mencari wang parti.

SHAH ALAM: Kepemimpinan Parti Amanah Negara (AMANAH) diminta menyelesaikan isu kekangan dana politik dan kelemahan jentera peringkat akar umbi yang masih membelenggu parti.

Perwakilan Kelantan, Che Ibrahim Mohamed, berkata adalah tidak munasabah apabila kepemimpinan AMANAH masih gagal menyelesaikan kedua-dua isu itu walaupun sudah hampir dua tahun menjadi parti pemerintah.

“AMANAH ialah parti pemerintah tetapi masih berada dalam keadaan miskin, malah kita tiada jentera untuk menggerakkan aktiviti parti manakala organisasi peringkat akar umbi juga masih lemah.

“UMNO dan PAS mempunyai struktur parti yang lebih baik. Jika mereka anjur program, mereka boleh kerah pelbagai organisasi dan jawatankuasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Pidato Presiden sempena Konvensyen Nasional AMANAH 2019 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC)

Che Ibrahim turut mengingatkan kepemimpinan AMANAH supaya tidak bersikap sambil lewa berhubung isu yang dibangkitkan itu.

“Percayalah, tanpa dana adalah sukar untuk parti ini bergerak pada PRU-15 (Pilihan Raya Umum Ke-15) nanti.

“Walaupun ada pengikut yang setia dan ramai tetapi tanpa dana, ia tidak akan ke mana... ibarat ada kereta tetapi tiada minyak.

“Saya kecewa dengan keadaan ini. Hakikatnya banyak isu yang masih gagal diselesaikan,” katanya.

Sebelum ini pegawai-pegawai Menteri AMANAH dikaitkan dengan beberapa kes rasuah disiasat atau di reman SPRM. Kes kontroversi tender NAFAS juga berlaku. Netizen dalam komen-komen media sosial Menteri Amanah dan pegawai Menteri terlebih dahulu mencari wang berbanding untuk parti. 

[ARTIKEL BERKAITAN- Setiausaha Politik Mat Sabu disiasat SPRM terima RM800k dari 12 kontraktor ]

 [ARTIKEL BERKAITAN Terdedah: Jakel beri lebih RM500 ribu dan SPRM takut mahu reman Setiausaha Politik Mat Sabu ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Kerana Omega RM28 ribu, Setiausaha Politik Salahuddin Ayub direman 4 hari]

Kerana Omega RM28 ribu, Setiausaha Politik Salahuddin Ayub direman 4 hari

 

[ARTIKEL BERKAITAN- Sebelum dipindahkan, KSU MOA Dato' Sallehuddin dedah projek NAFAS RM1.4B? ]

Sebelum dipindahkan, KSU MOA Dato' Sallehuddin dedah projek NAFAS RM1.4B?

Comment