Kluster IPT Sabah pusat kuarantin tak cukup, kluster 'Pulau Gaya' PATI dirahsiakan?
22:05 May 18, 2020  |  By SabahKini2
Kluster IPT Sabah pusat kuarantin tak cukup, kluster 'Pulau  Gaya' PATI dirahsiakan?

Pergerakan pelajar IPT ke Sabah 11,000 orang, yang positif Covid-19 adalah hanya 5 orang (Langgar SOP), Akhirnya kerajaan wajibkan kuarantin namun pusat kuarantin teruk serta tidak mencukupi. Namun kluster 'Pulau Gaya' dirahsiakan.

KOTA KINABALU: Sebelum ini selepas didesak Kerajaan Sabah telah memberi kebenaran kepada seramai 11,000 pelajar tanpa gejala untuk menjalankan kuarantin di rumah sebaik sahaja pulang. Ini termasuk yang kembali dari Semenanjung, Sarawak dan juga antara daerah.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Shafie Apdal dalam satu kenyataan media pada 2 Mei lalu telah memberi pengecualian menjalankan kuarantin bagi pelajar dari Semenanjung dan Sarawak.

Kebenaran balik Mahasiswa di IPT oleh MKN adalah berasaskan mereka telah menjalani kuarantin selama lebih 55 hari di dalam kampus. Bermakna ketika di kampus sama ada Semenanjung, Sarawak atau di Sabah tidak ada jangkitan kes COVID-19 ketika itu sehinggalah dilaporkan bermula 11 Mei dua pelajar IPT positif COVID-19 kerana dikatakan melanggar SOP kembalinya dari Semenanjung.

Manakala 3 kes lagi adalah mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebagaimana dilaporkan oleh Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Christina Rundi dengan menamakan sebagai Kluster IPT Sabah. Entahlah di mana silapnya.


Kluster IPT sejak 11 Mei -13 Mei

“Kes itu dikesan melalui saringan dan sampel yang diambil berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) Pengurusan Pergerakan Pelajar untuk Negeri Sabah yang dikendalikan oleh UMS,” katanya dalam kenyataan

Dr Christina berkata, setakat ini tiga pelajar dari universiti berkenaan disahkan positif Covid-19.

“Pelajar tersebut antara ribuan penuntut institusi pengajian tinggi yang dibenarkan kembali ke kampung masing-masing menerusi inisiatif yang melibatkan pergerakan besar-besaran pelajar dari zon merah ke zon hijau dan kuning.

Ini bermakna setakat ini secara keseluruhan pergerakan 11,000 pelajar hanya dua positif COVID-19 dari Semenanjung dan juga 3 dari UMS dengan jumlah semua pelajar IPT 5 orang sahaja. Setakat ini tiada berita pertambahan kluster IPT Sabah selepas 15 Mei 2020. 

Senjata Dr Christina tukar peraturan pengecualian kuarantin

Bagaimanapun 5 kes pelajar IPT yang melanggar SOP ini digunakan Dr Christina sebagai senjata untuk mewajibkan semula pelajar IPT yang memasuki negeri ini termasuk pelajar dari semenanjung diwajibkan menjalani kuarantin di pusat kuarantin dan pelajar UMS tidak dibenarkan balik ke daerah masing-masing. Maka bemrula sekali lagi beribu pelajar IPT terkandas semula.

Datuk Dr Christina Rundi berkata, arahan kuarantin tersebut mula berkuat kuasa serta-merta susulan wujudnya kluster IPT di negeri ini.

“Walau bagaimanapun, kebenaran untuk menjalani kuarantin di rumah tertakluk kepada kesesuaian infrastruktur rumah dengan mengambil kira faktor kesesakan dan risiko jangkitan kepada penghuni lain terutama yang berisiko,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Christina berkata, pejabat kesihatan berkenaan akan mengeluarkan borang pelepasan kuarantin setelah tempoh kuarantin tamat.

Selain itu, beliau turut mengingatkan semua individu yang diperintah menjalani kuarantin di rumah agar terus menjalankannya dengan ketat dan penuh tanggungjawab.

Apa yang berlaku sekarang ialah perlanggaran SOP kuarantin di rumah.

Sementara itu turut tular sejak beberapa hari lalu ialah keputusan Ketua Menteri Sabah pada 2 Mei jam 7 pagi bagi memberi kebenaran kelonggaran pengecualian kuarantin kerana dilaporkan anaknya turut kembali ke Sabah dari Universiti semenanjung. Barang kali itu menjawab mengapa kenyataan media Shafie Apdal pada 2 Mei 2020 dibuat seawal jam 7 pagi.


Apakah keputusan Shafie Apdal didorong juga oleh anaknya yang juga belajar di IPT Semenanjung

 

Masalah baru kekurangan Pusat Kuarantin dan tidak terurus

Baru beberapa hari mewajibkan Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang menjalani kuarantin seperti di Institut Pendidikan Guru (IPG) Tawau pelajar IPT sudah mula merungut dengan keadaan kemudahan yang ada di pusat kuarantin.  Melalui satu muat naik yang dikongsi di Facebook, seorang pelajar yang dikuarantin meluahkan rasa kesal dengan kebersihan bilik penginapan mereka.

Pelajar terbabit mendakwa keadaan bilik di IPG itu kotor dengan lantai tidak dibersih dan berminyak ketika mereka tiba.

Dia juga mendakwa bekalan air di tandas juga terputus selain kebanyakan pelajar tidak diberikan bantal dan cadar manakala tilam yang disediakan pula dalam keadaan kotor. 

Perkongsian video 

Sementara itu Datuk Seri Bung Moktar Radin Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah turut berkongsi video yang diberikan oleh netizen mengenai pusat kuarantin di Sabah. Barangkali peruntukan RM200 juta itu dah dibuat projek lain bukan Pusat Kuarantin.

Paling menyedihkan dakwaan terbaru Kerajaan Sabah tidak mempunyai tempat mencukupi untuk pusat mewajibkan pelajar IPT di Pusat Kuarantin. Malah beberapa penerbangan IPT turut dibatalkan. Ini bermakna lebih 5000 lagi pelajar IPT tidak dapt kembali ke Sabah.

 

 JKNS wajibkan Pusat Kuarantin tapi JKNS tak cukup tempat.

Kluster Pulau Gaya yang dirahsiakan

April lalu kecoh tentang mayat PATI positif Covod-19 di Kg Pondo Pulau Gaya. Peristiwa ini menyebabkan Pulau Gaya di 'Lock downkan' tanpa pengumuman rasmi kerajaan. Memandangkan Pulau Gaya majoriti adalah warga PATI Filipina maka sumber-sumber berkata banyak kes Covid-19 di Pulau Gaya tidak direkodkan kerana mereka PATI. Pulau Gaya sepatutnya menjadi satu 'kluster' namun ia ditutup dari pengetahuan rakyat. Kluster ini kekal misteri hingga sekarang.


Ketika Pulau Gaya Lock Down YB Warisan menghantar ribuan piket beras dan bahan makanan kepada penduduk
Pulau Gaya termasuk PATI

 


Benarkah kerajaan Warisan menyembunyikan sesuatu dari kes Kluster Pulau Gaya? 

20 Comments