Kempen 'Unity' Warisan seliaan konsultan DAP gagal tapi untung Shafie bayar jutaan ringgit
18:10 Oct 01, 2020  |  By SabahKini2
Kempen 'Unity' Warisan seliaan konsultan DAP gagal tapi untung Shafie bayar jutaan ringgit

Kempen 'Unity' memuja Shafie, tiru ala Obama dan Che Guevara akhirnya gagal sekalipun dibayar jutaan ringgit kepada konsultan DAP. Unity Shafie gagal di luar bandar dan kawasan KDMR.Isu Warisan PTI dan 'Sempornarian' membenam Warisan.

Poster ikonik Barack Obama menarik perhatian jutaan orang semasa kempen presiden US 2008. Seniman jalanan Shepard Fairey pasti berbangga apabila karyanya poster kempen Obama HOPE menarik perhatian rakyat.

Kerana itu mungkin Shafie tertarik dengan idea kempen poster ala Obama yang digerakkan oleh Jonathan Chin konsultan media pro DAP menggunakan slogan Unity dan menularkannya menggunakan medium laman sosial dengan memilih lokasi tertentu seperti mural di jalan Kundasang, menyelam di dasar laut dan membawa banner imej Shafie di atas Gunung Kinabalu.


Konsultan belanja sikit- hasilnya Shafie arah beli dan gunakan..yang kaya Geng Jonathan Chin..

Kempen cara unik itu akhirnya menarik perhatian netizen dan ia menjadi keuntungan perniagaan bagi konsultan media itu apabila Shafie membayar mereka bagi poster rasmi di platform kempen, semua papan iklan, billboard dalam bandar dan daerah-daerah di Sabah.

Pastinya jutaan ringgit di belanjakan untuk imej Unity Shafie Apdal itu di semua 73 kerusi Warisan Plus bertanding.

Percubaan Jonanthan Chin itu nampaknya berjaya sebagaimana pengakuannya dalam media

“Kami tak pernah sangka usaha kecil yang kami buat ini akan muncul di papan iklan dan menjadi tular.

“Kami ingat, paling kuat, akan bersebar di media sosial saja,” kata Chin.

 
Unity: Popular di bandar tetapi di Luar Bandar hilang sokongan

Tiru Idea Revolusi

Sebenarnya kempen poster atau imej Obama HOPE ini bukanlah baru. Paling terkenal ialah Che Guevara atau Ernesto Guevara (14 Jun 1928 -  9 Oktober 1967), pemimpin revolusi fahaman Marxisme/ komunisme menggerakkan  gerila sosialisme di Cuba serta juga di negara-negara lain, termasuklah Congo dan  dalam revolusi sosial Guatemala di bawah Presiden Jacobo Arbenz Guzmán.

Begitu juga perjuangan Che Guevara apabila menjadi sebahagian daripada diktator terkenal  Fidel Castro yang merampas kuasa di Cuba pada tahun 1959. Potret berwarnanya termasyhur di dunia dan menjadi simbol abad ke-20.

Revolusi cepat diterima rakyat

Bukan Obama saja tertarik menggunakan idea poster gambar berwarna konsep biru, merah dan hitam itu. Selain Obama Presiden Amerika,  Justin Pierre James Trudeau Perdana Menteri Kanada ke 23 juga menggunakan cara kempen sama, Sebastian Kurz PM Austria dan Jacinda Kate Laurell Ardern Perdana Menteri New Zealand.


Shafie saja kalah!

Nampaknya semua pemimpin menggunakan cara Che Geuvara popular, Obama dan lain-lain menang menjadi Presiden atau Perdana Menteri tetapi hanya Shafie Ketua Menteri Sabah yang kalah! Shafie popular berseorangan tetapi pasukannya kalah. Pasti untung ialah pasukan Jonathan Chin konsultan DAP itu. 

Hanya 6 calon DAP di kawasan bandar meraih untung besar dari kempen Unity Shafie. Undi DAP nampaknya solid di kawasan DAP. Tanpa logo DAP meminjam logo Warisan nampaknya imej Shafie 'Unity' menguntungkan DAP. Ia Bukti jelas cina DAP memperalatkan Shafie untuk kepentingan mereka.

Hanya 1 Kerusi DAP di Bingkor sebagai satu percubaan di luar bandar yang kalah kepada PN. Bukti DAP belum diterima di luar bandar dan kemungkinan besar kerusi DAP di Tenom yang menang PRU14 bakal bertukar semula kepada GRS. MP Noorita Sual gagal di Tenom.

Unity Shafie tak kena gaya kerana kekuatan Warisan jelas hanya pada parti DAP di bandar selain pantai timur Sabah yang masih kubu kuat Warisan. Warisan tewas besar di kawasan luar bandar KDMR yang terpengaruh dengan kempen Shafie utamakan ‘Sempornarian’ berbanding orang asal Sabah selain Warisan sebagai ‘PTI’.

Penyebaran video pengakuan Shafie Unity 'Sempornarian' lebih memburukkan keadaan kerana orang-orang KDM pasti menolak Shafie dan Warisan terutama pengesahan pelantikan Omar Mammah sebagai Presiden Majlis Perbandaran Tawau.

[ARTIKEL BERKAITAN- [VIDEO] Hipokrasi 5: Shafie mengaku lantik keluarga, 'orang semporna' dalam jabatan, GLC kaum lain dapat apa? ]

 

By

Bakar Abdullah

14 Comments