Warisan rela jadi 'Kambing Hitam' asalkan 'Kawtim' projek dan boleh selamatkan diri?
01:12 Dec 11, 2020  |  By SabahKini2
Warisan rela jadi 'Kambing Hitam' asalkan 'Kawtim' projek dan boleh selamatkan diri?

Mengapa PH persoal kejujuran Warisan sedangkan mereka memilih untuk menyokong projek rakyat. Jika pemimpin Sabah tidak menyokong Belanjawan 2021 akan menyusahkan rakyat Sabah.

Pemimpin PH mempersoalkan kejujuran Warisan dalam kem PH selepas tindakan mereka memboikot tidak hadir sesi undi belah bahagi terhadap Belanjawan 2021 di peringkat jawatankuasa. Apakah situasi ini akan berlarutan minggu hadapan?

Sebelum ini Ketua Penerangan Pemuda PKR Sabah Razeef Rakimin membidas Warisan dengan alasan kebudak-budakan.

Bekas pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau pula berkata, Ahli Parlimen Warisan mengecewakan pembayar cukai.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil pula memberitahu Warisan supaya menyediakan penjelasan sekiranya orang ramai bertanya sama ada ia membantu Perikatan Nasional supaya kekal berkuasa.

Sebelum ini Ketua Whip Warisan yang juga Ahli Parlimen Labuan Rozman Isli mengaku ketidakhadiran dalam beberapa pengundian belanjawan merupakan langkah yang disengajakan kerana bosan dengan  pemimpin PH seperti Anwar Ibrahim.

[ARTIKEL BERKAITAN- MP Warisan penat dengan Anwar, protes tidak hadir 'undi belah bahagi' Dewan Rakyat ]

Bendahari Agung Warisan Terrence Siambun yang bengang dengan PH berkata lapan Ahli Parlimennya tidak hadir mengundi tidak akan mengubah keputusan pengundian di Dewan Rakyat.

Katanya pemimpin DAP sendiri ada yang tidak hadir dalam dewan pun.

“DAP misalnya tidak berdiri untuk menolak belanjawan di peringkat dasar baru-baru ini.

“Jadi saya fikir mereka mahu menjadikan Warisan kambing hitam.”

Benarkah Warian kambing hitam? atau Warisan mahu luluskan Belanjawan 2021?

Menurut sumber terdapat beberapa pertemuan pemimpin Warisan malah pemimpin PH Sabah sama ada di peringkat negeri dan pusat bagi meneruskan projek yang mereka rancang sebelum ini.

Warisan tidak ada pilihan kerana ada projek persekutuan sebelum ini sudah dirancang ketika mereka menjadi anggota kabinet lagi yang kini diteruskan untuk kelulusan bajet 2020.

Begitu juga Belanjawan Sabah 2021 yang akan dibentang pada 18 Disember kelak. Permuan sulit pemimpin Warisan dan PH terhadap Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Mohd Noor agar projek mereka tidak dibatal atau tangguh.

Projek Luar Bandar dan sekolah

Contohnya Projek naik taraf Jalan Terian, Penampang, Sabah dengan kos RM102 juta yang telah diluluskan di bawah Rolling Plan Keempat (RP4) Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) dijadual dilaksanakan pada November 2021.

Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memaklumkan status projek berkenaan kini di peringkat lantikan perunding. 


Apakah Darell sanggup dimaki rakyat jika projek yang bakal dilaksana tahun 2021 ini terbantut?

Datuk Ignatius Darell Leiking Ahli Parlimen Penampang dan juga DUN Moyog sangat berharap jalan ini dilaksanakan. Jika projek ini tidak disiapkan sudah tentu rakyat penampang yang menularkan jalan itu sebelum ini akan menghentamnya. Justeru sudah pasti Warisan mahu projek yang ada diteruskan tanpa batal.

Ada beratuss lagi projek luar bandar daripada RM5.1 bilion dilulus kepada Sabah dalam Belanjawan 2021 memanfaatkan rakyat. Warisan hanya merisikokan diri jika peruntukan jalan luar bandar temasuk 13 projek pembinaan sekolah baharu, 237 projek menaik taraf dan pembangunan semula sekolah daif dalam RMK11 gagal dilaksanakan bermula tahun 2021. Begitu juga dengan subsidi pertanian kepada rakyat.

Kes Saman Ahli Parlimen Tawau RM557 juta

Menurut sumber Datuk Christina Liew Pengerusi PH Sabah dikatakan memohon berunding dengan Ketua Menteri Sabah agar kes saman RM557 juta ditarik sepenuhnya. Apa Christina sanggup lakukan agaknya? Mahu bayar wang rakyat atau lawan? atau apa.

Setakat ini Christina hanya gagal hadir dalam undi belah bahagian bersama pasukan Warisan. Di harap Christina akan terus menyokong Belanjawan 2021 untuk rakyat khususnya Negeri Sabah..

Christina Liew perlu bayar RM557 juta: MD dan BOD Sawit Kinabalu Bersekongkol 'Kawtim kes' wajar dipecat

Sabahkini2 ada mendedahkan semula kes Christina Liew ini. Kerajaan Sabah sudah bertukar. Penyalahgunaan kuasa ketika beliau TKM Sabah ‘kawtim’ dengan GLC Negeri sudah dikantoikan. Mengapa Pengarah Urusan Kumpulan Sawit Kinabalu Masri Pudin, BOD Bersekongkol dengan Shafie yang selamatkan Christina tidak dipecat lagi? mungkin ada jawapannya.

[ARTIKEL BERKAITAN- Christina Liew perlu bayar RM557 juta: MD dan BOD Sawit Kinabalu Bersekongkol 'Kawtim kes' wajar dipecat]

SPRM juga perlu dipanggil semula untuk menyalurkan dokumen baru siasatan. Semua BOD Sawit Kinabalu dan Borneo Samudera harus menjawab kes ini.

Terdapat juga desas-desus pemimpin Warisan bakal menyertai GRS. Siapa mereka pasti misteri itu akan terjawab nanti.

Lagipun banyak lagi perkara yang pemimpin Warisan mahu terus berunding. Ialah Kerajaan Negeri GRS ada 5 tahun sebelum bubar. Jadi macam-macam boleh berlaku. Masih panjang. Isu semasa di 'Malaya' nampaknya tidak menggugat kesatuan kerajaan GRS di Sabah. Seperti kata Bung Moktar Timbalan Ketua Menteri. "Kami Sabah ada sentimen sendiri". 

 10 Disember: Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 bagi tiga kementerian  peringkat jawatankuasa LULUS

Semalam Dewan Rakyat meluluskan lagi Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 bagi tiga kementerian selepas perbahasan peringkat jawatankuasa Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

Belanjawan bagi Kementerian Komunikasi dan Multimedia diluluskan jam 5 petang melalui undian belah bahagi.

Seramai 107 anggota parlimen mengundi untuk meluluskan perbelanjaan operasi kementerian itu berjumlah RM 1,197,464,900. 

Hanya tinggal 5 kementerian lagi semoga terus menyokong bajet rakyat

 

 
 
 
 
 

 
 

 

Seramai 100 anggota parlimen lain menentang, manakala 13 lagi tidak hadir.

Dewan Rakyat juga meluluskan usul untuk memotong RM45 juta daripada peruntukan berjumlah RM85.5 juta buat Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) atau dahulunya dikenali sebagai Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa).

Belanjawan untuk Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Sumber Manusia juga diluluskan awal hari ini melalui undian suara.

Kerajaan secara keseluruhan meluluskan perbelanjaan untuk 22 kementerian, manakala lima lagi akan dibahaskan ketika parlimen disambung semula Isnin.

7 Comments