Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya September lalu mengesahkan aduan rasuah 'Surat Karam' disiasat. Sekarang dah Disember dan 'Surat Karam' tular kembali. Apakah siasatan akan diteruskan? atau kes NFA?
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) September lalu memaklumkan sudah menerima aduan daripada Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) berhubung isu skandal tanah di Perak yang tersebar di media sosial.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, susulan itu satu siasatan akan dijalankan terhadap aduan berkenaan.
"SPRM berharap agar semua pihak untuk tidak mengulas lanjut serta memberikan ruang bagi siasatan dijalankan secara telus dan profesional," katanya dalam satu kenyataan ringkas pada bulan September itu.
Ia susulan laporan daripada PUTRA diwakili Naib Presidennya, Datuk Hamidah Osman yang membuat laporan kepada SPRM berkaitan pendedahan surat yang didakwa berlaku penyalahgunaan kuasa berhubung pemberian tanah seluas 1,200 hektar di negeri Perak untuk pembangunan ladang hutan.
Surat bertajuk ‘surat karam’ itu mendedahkan dakwaan skandal penjualan tanah dan pasir yang didakwa diberikan kepada individu-individu dikaitkan dengan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Bagaimanapun isu ‘Surat Karam’ itu senyap dua bulan lalu sehingga muncul semula dua hari lalu selepas Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu kehilangan majoriti Undi Percaya dalam Sidang DUN dan kemudianya meletak jawatan baru-baru ini.
Sebelum itu Ahmad Faizal ketika itu Menteri Besar menegaskan, beliau sedia bekerjasama dengan pihak SPRM berhubung perkara berkenaan, selaras dengan prinsip pentadbiran kerajaan negeri Perak yang sentiasa menekankan kepada kedaulatan undang-undang.
Apakah selepas Faizal Azumu tidak lagi menjadi Menteri Besar maka siasatan SPRM kembali aktif? Kerana kebiasaan SPRM mereka hanya akan menyiasat atau menangkap pegawai terlibat selepas tidak lagi mempunyai jawatan.
4 Disember lalu 48 Adun menolak usul percaya dengan hanya 10 orang adun mengundi menyokong Faizal Azumu manakala satu lagi undi rosak atau berkecuali. UMNO menyatakan dua isu utama menolak ‘Peja’ ialah isu penjualan ladang sawit 15,000 hektar milik kerajaan negeri secara rundingan terus tanpa tender dan pelantikan ADUN UMNO sebagai Setiausaha Politik MB Perak.
[ARTIKEL BERKAITAN- Tumbangnya Peja MB Perak benarkah kerana isu tanah, SUPOL? Pendedahan netizen mengejutkan! ]
Dengan kemunculan semula isu tanah serta ‘Surat Karam’ ini amat sukar untuk SPRM tidak mendedahkan semula laporan siasat kes itu.