Kebimbangan rakyat yang menuntut siasatan segera dilakukan terhadap keretakan di jejambat Hilltop Luyang terus mengundang resah sehingga kesempatan itu diambil Ahli Parlimen DAP mengunakan isu menyerang balas Kerajaan dan JKR.
Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin berkata, siasatan perlu dilakukan oleh badan bebas kerana masalah itu membabitkan kepentingan awam dengan mempertaruhkan keselamatan mereka.
“Kerja pembaikan sahaja tidak cukup. Siasatan mendalam diperlukan bagi menentukan mengapa penghadang di tepi jejambat teralih,” katanya dalam kenyataan.
“Sesuatu yang buruk pasti berlaku jika terbukti masalahnya bukan akibat ‘kerja Tuhan’. Kita perlu mengenalpasti dan memastikan punca sebenar, sama ada kegagalan reka bentuk atau kecuaian pembinaan,” kata Chan, sambil menambah siasatan perlu dijalankan secara bebas dan telus.
Setiausaha DAP Sabah itu sedikit pun tidak pula menyerang kontraktor Pembinaan Azam Jaya Sdn Bhd yang dikaitkan dengan Datuk Peter Anthony sebelum ini. Mungkin atas faktor sebab penyumbang dana pilihanraya PH dan Warisan sebelum ini.
[ARTIKEL BERKAITAN- ‘Flyover’ Luyang Azam Jaya RM300 juta dibangga Peter Warisan retak, mana SPRM? ]
Sekalipun JKR memaklumkan sudah menutup laluan jejambat dan jalan berkaitan serta menubuhkan satu jawatankuasa bagi meneliti bahagian yang retak DAP nampaknya terus tidak berpuas hati.
Azam Jaya tidak berpuas hati
Menurut sumber, kontraktor Azam Jaya cuba menyalahkan kerajaan kerana tidak bersetuju meluluskan peruntukan tambahan RM13 juta bagi kerja-kerja membaiki dan mengukuhkan jejambat ini.
Bagaimanapun Azam Jaya terlupa projek ini dilaksana secara Reka dan Bina iaitu kontraktor bertanggungjawab sepenuhnya ke atas merekabentuk, pembinaan, pengawasan, pengujian dan pentauliahan, penyiapan dan menyenggara semasa tempoh penyenggaraan sebagaimana yang diperuntukan dalam kontrak.
Ia bermaksud tanggungan pelaksanaan projek secara keseluruhan adalah terletak ke atas kontraktor. Kontraktor menjamin kepada Kerajaan bahawa rekabentuk dan kerja yang disiapkan adalah lengkap dan bebas dari sebarang ketidakcukupan, kegagalan atau kecacatan. Sebarang kos atau kelewatan disebabkan oleh ketidaksempurnaan rekabentuk akan ditanggung oleh kontraktor. Peranan dan tanggunjawab JKR dalam projek hanyalah sebagai sebagai pemaju dan pengawas projek
Ini bermakna tanggungjawab professional adalah pihak kontraktor Pembinaan Azam Jaya Sdn Bhd sepenuhnya bukan Kerajaan.
Walau apapun yang berlaku JKR wajib melakukan siasatan keretakan itu apakah kerana kecuaian kontraktor ataupun faktor lain di kawasan berkenaan.
Berikut beberapa gambar keretakan diambil dari dekat dan netizen boleh menilai sendiri sama ada struktur jejambat itu selamat atau tidak.
Nampaknya Jejambat Luyang ini sudah tidak selamat digunakan.
Kisah masalah Azam Jaya membina projek Jejambat Luyang bukanlah baru. Begitu juga suara DAP Sabah mengenai Jejambat ini. Hari ini mereka semacam sibuk meminta pengesahan lanjut JKR projek Jejambat ini. Selepas sahaja PH dan Warisan mengambil alih Sabah Mei lalu sekitar jun 2018 ADUN DAP Luyang, Phong Jin Zhe turut bersama dengan Azam Jaya. Jadi DAP juga amat maklum mengenai jejambat ini. Ialah dulu Tan Sri Joseph LO beri dana politik maka diamlah. Hari ini selepas dikejutkan dengan keretakan mereka pura-pura bangkit berjuang.
Banjir Penampang
Isu banjir di Penampang sering juga dikaitkan dengan pembinaan jalan, jejambat malah sambungan projek Jan Pan Borneo. Kontraktor Azam Jaya turut membina Pakej 6 Pan Borneo bernilai RM788 juta dari Putatan ke Inanam. Azam Jaya selama ini sangat kebal dengan teguran. Mereka tak kisah duduk di kerajaan BN atau Warisan PH projek mereka terus berjalan. Azam Jaya bijak membeli jiwa wakil rakyat. Banjir tak banjir mereka tak kisah.
Azam Jaya sudah melaksana projek berbilion ringgit malah di Zaman Warisan Azam Jaya melalui syarikatnya Borneo Nabalu Builders Sdn Bhd memperolehi kontrak 'mark up' paling menguntungkan projek selenggaraan Zon Tawau, Lahad Datu, Semporna dan Kunak melalui dengan kontrak konsesi RM500 juta selama 5 tahun ataupun RM100 juta setahun bagi 490.24KM.
Bayangkan! RM203,981 perKM. Paling sadis selenggara tak buat tapi tuntutan bayaran sejak sebelum PRN telah dibuat. Apa yang berlaku sekarang adalah karma Azam Jaya!