Tidak puas hati Warisan lapor SPRM Adun Sebatik keluar parti
21:03 Mar 06, 2021  |  By SabahKini2
Tidak puas hati Warisan lapor SPRM Adun Sebatik keluar parti

Nampaknya semua usaha Warisan tak jalan. Hantar surat letak jawatan kepada Speaker tak berkesan maka hantar pula laporan kepada SPRM. Katanya selepas ni mahkamah. Tapi Warisan lupa mereka lakukan 12 Mei 2018. Curi dan beli Adun.

BENGANG dengan tindakan Speaker DUN Sabah Datuk Kadzim Yahya menolak ADUN Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir kini Warisan  meneruskan usaha untuk Hassan A Gani mengosongkan kerusinya dengan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Timbalan Ketua Pemudanya, Ismail Ayub berkata, partinya mahu agensi anti-rasuah itu menyiasat sebab Hassan meninggalkan Warisan, walaupun selepas menandatangani dan melafaz ikrar kesetiaan kepada parti itu.

Menurut Ismail Hassan telah menandatangani sejumlah dokumen, termasuk surat peletakan jawatan menyatakan beliau akan mengosongkan kerusinya jika meninggalkan Warisan untuk menyertai parti lain.

“Beliau menandatangani semua dokumen ini tanpa sebarang paksaan atau tekanan dan melafaz ikrar kesetiaan kepada Warisan yang dirakamkan dalam video,” katanya selepas membuat laporan di pejabat SPRM di Likas.

Bagaimanapun Speaker DUN menolak peletakan jawatan itu memandangkan surat perletakan jawatan yang ditandatangani itu tidak bertarikh dan tidak sahih selain YB Sebatik sendiri telah menarik balik dan membatalkan apa yang dinyatakan sebelum itu.

Menurut Kadzim peletakan jawatan ADUN hanya akan diterima seperti Perkara 18 (2)(b) Perlembagaan Sabah iaitu sesuatu kawasan DUN akan jadi kosong apabila ADUN meletak jawatan dengan menulis sendiri surat yang ditujukan kepada Speaker.

“Bermakna ADUN Sebatik mesti tulis sendiri surat perletakan jawatan dan dia hantar sendiri dan bukannya dihantar oleh orang lain,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN- 'Surat tidak sahih' speaker kekalkan Kerusi DUN Sebatik, Warisan ambil tindakan mahkamah ]

Ismail berkata, mereka menyerahkan dokumen dan bahan berkaitan kepada SPRM, termasuk video Hassan melafaz ikrar.

“Kami akan serahkan kepada SPRM untuk menyiasat dan mengambil tindakan lanjut.

SPRM digesa siasat Warisan mengikat calon dan beli adun 

SPRM sepatutnya menyiasat kaedah Warisan mengikat calon mereka menggunakan surat akuan sumpah serta kewangan sebagaimana Warisan melakukan pembelian adun BN pada 11 dan 12 Mei 2018. 

Bagaimanapun lebih 6 Adun BN itu tidak disiasat, kekal misteri hingga sekarang, hanya Dr Jeffery Kitingan (Yang Kini Timbalan Ketua Menteri) disiasat SPRM, rumah diserbu dan terbukti tidak ditemui unsur rasuah ketika itu.

Kaedah Warisan ini bukti Warisan boleh menawarkan segala bentuk jawatan atau kewangan secara SD kepada Adun BN sebelum ini tetapi ketika Adun Warisan berpaling tadah kepada PN mereka menuduh sebagai terdapat salah guna kuasa atau rasuah.

 

 

1 Comment