Strategi Warisan bertanding di PRN Johor di kawasan marginal antara Melayu dan Cina akhirnya memakan diri selepas tewas di semua kerusi ditandinginya.
Parti Warisan Sabah (WARISAN) yang sebelum ini mengumumkan bertanding enam kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menerima tamparan hebat apabila calonnya di kerusi DUN Pekan Nanas, Bekok, Mahkota, Johor Jaya, Bukit Batu dan Permas kalah teruk dan hilang deposit.
Undi yang diperolehi hanyalah 330 sehingga 1500 undi saja disetiap kerusi Dun.
Ini membuktikan Rakyat Johor menunjukkan Warisan tidak relevan di Johor dan di semenanjung.
Langkah Warisan Sabah menyertai PRN Johor hanyalah misi memperkenalkan Warisan di Semenanjung dan menggunakan kerusi pengundi Melayu Cina seimbang dengan harapan mendapat kemenangan dari perpecahan undi Melayu dan Cina melawan PN, PH dan BN. Calon Warisan Sandara Segaran (Bekok) hanya mendapat 330 undi, Hishammudin Busri (Pekan Nenas) 1,438 undi, Victor Chen Hain Kai (Johor Jaya) 1,448 undi, Mohamed Ridza Busu (Permas) hanya 1412 undi, Lee Meng Wen (Bukit Batu) 1349 undi dan Mohammed Noor Suleiman (Mahkota) hanya 555 undi sahaja. Jumlah undi Warisan di enam kerusi ini ialah 6,532 sahaja.
Shafie Apdal Presiden Warisan yang sering berkempen di Sabah dengan slogan 'Sabah Kita Punya' bukan 'Malaya' punya menukar rentak kempen 'We Are Malaysian' di Johor bagi menunjukkan Warisan relevan di Semenanjung. Bagaimanapun rakyat Johor sedar tentang wayang Shafie dan menolak Warisan.
ARTIKEL BERKAITAN- PRN Johor: WARISAN tanding 6 kerusi misi 'Sempornarian' rosakkan 'Bangsa Johor' ]