SUA Warisan keturunan anak Filipina seru kerjasama PBS bukan parti tidak ‘perform’ PKR, DAP
12:08 Aug 12, 2022  |  By SabahKini2
SUA Warisan keturunan anak Filipina seru kerjasama PBS bukan parti tidak ‘perform’ PKR, DAP

Sangat paradok. Loretto Damien S. Padua JR anak keturunan 'Pilak' seru Warisan kerjasama dengan PBS/ Kononnya ada persamaan. Apa persamaan? Warisan sejak awal demi PTI, Projek IC dan 'Sempornarian'.

Warisan sekali lagi kemaruk menyatakan kemahuannya bekerjasama dengan Parti Bersatu Sabah (PBS) kerana kononnya mereka mempunyai banyak persamaan, bukannya disebabkan takut bergerak sendirian, kata Setiausaha Agungnya, Loretto Padua Jr.

Loretto Damien S. Padua JR bapanya adalah keturunan PATI dari Filipina yang diberikan IC. Emaknya dahulu adalah seorang jururawat di Beaufort. Kenyataannya memperakukan PBS sudah tentu mempunyai agenda Warisan tersendiri memandangkan PBS berjuang berhabis-habisan menentang PATI di Negeri Sabah.

“Perkara ini harus dilihat dari sudut lebih besar…kami mahu bekerjasama dengan PBS kerana parti itu mempunyai sejarah perjuangan yang hampir sama dengan Warisan,” katanya.

Bagaimanapun perjuangan Warisan sangat berbeza dengan PBS memandangkan parti Warisan sejak awal pemerintahannya lebih banyak memperjuangkan ‘projek ic’, pekerja asing, stateless, beri surat beranak lewat, pemutihan PATIIMM13, PSS, kerjasama dengan Filipina, iktiraf Filipina tuntut Sabah dan banyak lagi. Warisan tidak menentang Dr Mahathir Projek IC malah mengongkannya serta menyeru rakyat memaafkan Dr Mahathir.

Maafkan Dr Mahathir walau dia bersalah kerana projek IC- Shafie Apdal

Semangat ini tidak sama dengan PBS. Apatah lagi perjuangan Warisan demi ‘Orang Semporna’ sudah tentu tidak sesuai dengan dasar PBS. Jika PBS melakukannya pasti PBS akan ditolak oleh kaum KDM di Sabah sebagaimana Warisan ditolak di kawasan KDMR dalam PRN 2020.

[ARTIKEL BERKAITAN-[VIDEO] Hipokrasi 5: Shafie mengaku lantik keluarga, 'orang semporna' dalam jabatan, GLC kaum lain dapat apa? ]

 

 

PBS akan menerima nasib malang jika bekerjasama dengan Warisan.

Warisan mahu kerjasama parti kuat

Warisan sedar mereka semakin tidak kuat. Bergantung sokongan di Kawasan timur Sabah pasti tidak menguntungkan. Tindakan Adun dan MP keluar parti juga telah menjejaskan Warisan. Maka Warisan perlu gerakkan sentimen sokongan kepada PBS untuk meraih sokongan KDMR.

STAR dan Dr Jeffry Kitingan pasti akan merai sokongan besar jika PBS mengambil keputusan bersama Warisan.

Loretto berkata, Warisan hanya mahu bekerjasama dengan parti yang kuat bukan lemah seperti PKR dalam gabungan Warisan Plus sebelum ini.

“Tiada maknanya kalau kita bekerjasama dengan parti yang tidak ‘perform’ – sebagai contoh ketika zaman Warisan Plus dulu…saya tidak mahu katakan parti mana,” katanya

Selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14), Warisan menerajui kerajaan Sabah menerusi Warisan Plus yang terdiri daripada DAP, PKR dan Upko melalui rampasan kuasa secara ‘Lompat Parti’ oleh pemimpin BN ke Warisan. Warisan tidak pernah menang PRU atau PRN.

Sesuatu yang memalukan kepada PBS jika kerjasama Warisan-PBS itu diselaras oleh Setiausaha Agung, Loretto Padua Jr anak ‘Pilak’ Filipina itu. Marah-marah dengan Filipina tetapi kerjasama dengan anak ‘Pilak’.

 

1 Comment