Perdana Menteri berkata, taktik kotor itu digunakan untuk memecahbelahkan perpaduan kaum di negeri ini yang sudah terjalin sejak sekian lama dengan harapan mereka bakal mendapat manfaat politik serta sokongan.
Tegas beliau, pemimpin-pemimpin itu tidak mempunyai visi untuk membangunkan negeri sebaliknya hanya mengejar cita-cita peribadi untuk mendapat kuasa melalui apa cara sekalipun.
“Kita di Malaysia ada 250 etnik tetapi tidak pernah ada konflik, namun akan ada makhluk tertentu di saat hari raya akan melaga-laga sebab kalau kita bersatu mereka tidak boleh menang.
“Melaga-laga dengan kata dusta dan akhirnya mereka boleh dapat apa yang mereka cita-cita secara peribadi, tiada cita-cita mahu meletakkan Sabah di tahap tertinggi,” katanya dalam ucapan Majlis Mesra Perdana Menteri Bersama Persatuan-persatuan Etnik dan Kebudayaan Sabah di sini, malam tadi.
Dalam program itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kerajaan sebanyak RM10,000 kepada setiap persatuan etnik di negeri ini.
Perdana Menteri berkata, rakyat tidak boleh memberi kepercayaan kepada pemimpin seperti itu kerana akhirnya perpaduan kaum di negara ini akan terancam.
Beliau berkata, sebagai kerajaan yang kukuh, Barisan Nasional (BN) tidak pernah mengabaikan mana-mana kaum malah pelbagai program diadakan untuk mengeratkan lagi hubungan yang sudah terjalin itu.
“Sekiranya diberi kepercayaan, orang macam ini tidak boleh pakai, kita cuma boleh percaya kepada BN yang menyatu padukan negara, hidup harmoni dan membawa kemajuan,” katanya
Baru-baru ini pemimpin Warisan menghina keturunan Aki Goong Dusun Keningau Keluarga Musa Aman, menghina ibu Musa, memutar belitkan fakta KDM bangsa terkemudian yang akhirnya dikecam oleh orang asal (momogun).