Serangan dan DDoS Protection untuk Portal Sabahkini2.com
13:03 Mar 18, 2023  |  By SabahKini2
Serangan dan DDoS Protection untuk Portal Sabahkini2.com

Nampaknya ada yang tidak senang dengan Sabahkini2. Serangan kali ini bukan biasa mungkin dengan sumber kewangan yang banyak dari pihak tertentu. Sejak tahun 2019 namun kini lebih kuat

Kepada pembaca portal Sabahkini2 budiman

Sejak 4 hari yang lalu pihak kami mengesan terdapat usaha pihak tertentu melakukan DDoS Attack (Distributed-Denial-of-Service attack) yang menyebabkan para pembaca tidak dapat mengakses portal Sabahkini2.com dan beberapa Url lain seperti Sabahkini2.org dan Sabahkini2.co. Serangan kali ini nampaknya dilakukan secara besar-besaran berbanding beberapa tahun kebelakangan ini.

Ia mungkin dilakukan oleh pihak tertentu yang tidak senang dengan laporan Sabahkini2.

Pihak kami sedang melakukan sedaya upaya untuk menyelesaikan segera masalah yang berlaku termasuk sebagai langkah perlindungan kami menggunakan DDoS protection bagi mengelakkan serangan berkenaan dan memudahkan pembaca Sabahkini2.com terus akses kepada portal kami. 

Bagi Sabahkini2.com sekatan SKMM untuk pembaca Maxis kami menyarankan untuk terus menggunakan link alternatif seperti Sabahkini2.org dan Sabahkini2.co.

Atau Pembaca juga boleh memuat turun aplikasi VPN percuma untuk akses portal Sabahkini2.com

Seperti biasa jika ada aduan atau pandangan bolehlah diemel ke [email protected]. Terima kasih atas kerjasama dan keprihatinan anda. 

 

[Admin]

 

18 Mac 2023

 

1 Comment