SKMM Sekat Malaysianow Pro Azmin 'Meroyan', Sabahkini2.com sejak 2019 tetap 'Steady'!
12:06 Jun 30, 2023  |  By SabahKini2
SKMM Sekat Malaysianow Pro Azmin 'Meroyan', Sabahkini2.com sejak 2019 tetap 'Steady'!

Kerajaan dah bertukar beberapa kali. Sabahkini2.com tetap disekat sejak 2019. Dari BN ke PH. PH ke PN, ke BN Ismail Sabri dan kini kepada PH-BN bawah Anwar Ibrahim. Malaysianow portal tajaan Azmin baru 27 Jun dah bising meroyan disekat.

Sehari dua ini kecoh portal berita MalaysiaNow tidak dapat diakses oleh sebahagian besar pembacanya sejak 27 jun lalu. Hanya pembaca punya VPN boleh akses portal itu.

Pengarang dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abdar Rahman Koya berkata bising pengguna bagi rangkaian mudah alih Celcom dan Maxis tidak dapat mengakses portal itu.

“Siasatan pakar teknikal kami bagaimanapun tidak menunjukkan apa-apa aktiviti luar biasa terhadap server kami. Kami juga mendapati tiada sebarang serangan ke atas laman sesawang kami.

“Apa yang kami boleh katakan pada masa ini ialah sekurang-kurangnya pengguna dua rangkaian mudah alih Celcom dan Maxis tidak dapat mengakses laman sesawang kami.

Mengulas lanjut, Abdar Rahman berkata mereka kehilangan separuh pembaca dalam negara.

“Kami terus menerima pembaca dari luar Malaysia, namun jumlah biasa pembaca tempatan kami hampir separuh. Ini mungkin kerana pengguna Celcom dan Maxis tidak boleh mengakses laman kami.

“Ini bermakna, ada kemungkinan wujud satu cubaan di luar undang-undang bagi menyekat laman sesawang kami,” katanya.

Menggunakan desakan rakan-rakan media dan netizen akhirnya MalaysiaNow di bawah bayangan Azmin Ali itu dibuka semula.

 

Drama sekatan portal

Namun itulah yang berlaku kepada portal di negara ini jika tidak sebulu. Siapa kerajaan naik akan membalas atau mengenakan pihak lain. Maka apalah sangat Malaysianow kena kena sekat sejak 27 jun berbanding portal Sabahkini2.com yang disekat dari pengguna maxis sejak tahun 2019 selepas laporan kes ‘Semburit’ Azmin Ali. URL lain seeperi Sabahkini2.net disekat penuh. 

 

SKMM lepaskan sekatan Sarawak Report zaman PH takkan kerajaan BN-PN portal Sabahkini2.com kekal disekat!

Sejak perubahan kerajaan Mei 2018 dari BN kepada Pakatan Harapan (PH) Sabahkini2.com berhadapan dengan cabaran untuk mempertahankan apa yang diasaskan sejak penghujung tahun 2017 ini. 6 tahun Sabahkini2 kekal hingga kini walaupun silih ganti bertukar kerajaan. Portal yang seangkatan dengannya sudah lama berkubur.

Ya kita memahami tugas Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) mengikut kerajaan semasa. Portal Sarawak Report yang semua tahu pro PH milik Claire Rewcastle-Brown disekat pada Julai 2015 atas laporannya mengenai 1MDB. Sejak itu portal Sarawak Report hanya boleh dilayari menggunakan VPN atau IP tertentu.

Namun ketika kerajaan Pakatan Harapan berkuasa pada 18 Mei 2018 Menteri PH mengarahkan SKMM membuka sekatan kepada Sarawak Report. Sarawak Report hingga ke hari ini boleh dilayari tanpa VPN. Kita memahami kerana kerajaan yang berkuasa ialah Kerajaan Pakatan Harapan.

Itulah namanya kuasa!

 

PH-WARISAN

Ketika PH – Warisan menjadi kerajaan tidak sedikit tekanan dihadapi oleh Sabahkini2. Ada Ahli Parlimen Warisan yang tidak tahan dikritik kerana rasuah dan kronisme mengusulkannya di Dewan Rakyat, aduan rasmi dan juga laporan berita TV. Belum masuk tekanan dan surat saman yang diemelkan kepada ketua editor.


Ahli Parlimen Kalabakan Warisan YB Ma’mum Sulaiman mengaku adik urus projek namun
selepas didedahkan beliau bangkit dan membawanya dalam Dewan Rakyat

 

Skandal ‘Semburit’ Azmin Ali- sekat Sabahkini2

Titik hitam Sabahkini2.com ialah apabila menyiarkan skandal video yang mengaitkan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali bersama pimpinan PKR - Haziq Aziz pada pertengahan Jun 2019. Azmin merupakan Menteri PH kesayangan Tun M ketika itu. Kami akur ia satu kesalahan kerana berbaur sex kerana video itu tidak disunting atau ditutup. Bagaimanapun ramai mencari kebenaran ketika itu sehinggalah siasatan penuh dilakukan oleh pihak berkuasa.

Sabahkini2 telah memadam artikel dan video dalam tempoh 24 jam

 

EDITION7: Mengenai sekatan Sabahkini2.com 12 Jun 2019

 

Pengerusi SKMM ketika itu  Al-Ishal Ishak memberi amaran dan menutup portal Sabahkini2 dan mengarah memadamkan artikel serta video itu.

Kami akur kesilapan itu dan memadam semua kandungan itu sehinggalah Sabahkini2 dibenarkan beroperasi semula namun kekal dengan sekatan pada talian Maxis.

Kami juga berhadapan dengan laporan lain kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) bagi pemadaman artikel tertentu melibatkan Menteri Pakatan Harapan, bekas menteri, pemimpin PH dan Menteri Warisan. Kami akur dan menghormati arahan SKMM melalui emel yang disampaikan kepada kami. 

Tidak mengapalah itu SKMM di zaman Kerajaan PH kita faham mengenainya. Normal pemimpin PH marah dan tidak berpuas hati. Sekarang PH sudah menjadi kerajaan kembali tentulah 'move' onnya berbeza di zaman Kerajaan Perpaduan. 

 

SKMM bawah BN-PN sekat Sabahkini2

Portal Sarawak Report boleh diakses semula di zaman PH namun  SKMM di zaman kerajaan Perikatan Nasional Muhyiddn PM8 dan Ismail Sabri PM9 tetap terus  menyekat Sabahkini2.com. Sabahkini2 tidak dianggappun kawan kepada setiap kerajaan baharu hatta Barisan Nasional sendiri.

Malah lebih teruk menyekat semua saluran alternatif yang disediakan. Mengapa begitu? Apa yang hendak ditakutkan dengan portal Sabahkini2.com? PH ketika itu tak perlu bersusah payah pun kerana Kerajaan BN-PN boleh melakukannya bagi pihak Pakatan Harapan.

Apalah yang dibangga dengan Tan Sri Annuar Musa dan Timbalan Menterinya Datuk Zahidi Zainul Abidin daripada BN. Mereka tidak pernah membuka pun sekatan itu. Kita berharap YB Fahmi Fadhil Menteri KKD tidaklah sekeras sesiapa sebelum ini yang menyekat Sabahkini2.com

Walau apapun cabaran kami hadapi, kami tetap mengucapkan terima kasih kepada warga pembaca yang setia bersama kami termasuk warga 'pembenci' dan 'marah-marah sayang' kepada Sabahkini2. Tanpa anda, tiadalah tular dan tersebarnya informasi kepada rakyat serta maklumat yang sampai kepada pihak kerajaan. Tanpa maklumat anda tak mungkin penjawat awam yang bermasalah dapat ditukar segera untuk membantu kerajaan pusat atau negeri. 

Tidak dinafikan banyak juga laporan daripada Sabahkini2 diambil perhatian oleh kerajaan, penguatkuasa dan pelbagai pihak. Jika ia mungkin tidak benar sewajarnya pihak berkaitan melaporkan kepada pihak berkuasa namun berdasarkan laporan dan pendedahan dokumen banyak juga isu yang dibawa ke mahkamah seperti kes rasuah Datuk Peter Anthony dan Michael Ubu. Kes RISDA dibuka semula dan didakwa. Kes rasuah Shafie Apdal dan rumah mewahnya.  Kes RM1.5 bilion JKR oleh Peter Anthony Warisan sehinggalah kes Peter menipu dokumen projek Asli Jati Engineering di UMS yang akhirnya Peter disabitkan bersalah di mahkamah.  Banyak lagi laporan yang tidak dapat disebutkan di sini.

Terbaru laporan kes rasuah 'butler' Datuk Hamzah Zainudin,  Dato' Stephen Sim sebagai kroni yang terlibat kes rasuah RM15 juta yang akhirnya didakwa di mahkamah. Semua pertuduhan kepada Dato' Stephen Sim 90 peratus hampir sama. Ini kebenaran yang tidak boleh disembunyikan. Begitu kes Pengarah Hydropshoppe Sdn Bhd, Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh didakwa menawarkan rasuah RM500,000 setahun selama 15 tahun kepada Tan Ser Lay untuk bekas menteri komunikasi dan multimedia Annuar Musa bagi mempercepatkan proses pengambilalihan.

Rakyat bukan bodoh, mereka bijak menilai di zaman rakyat akses maklumat setiap dari mereka adalah pelapor atau 'wartawan' yang akan melaporkan apa yang mereka suka atau tidak.

Ini zaman media terbuka. Jika Menteri atau penjawat awam bersalah maka media tidak boleh lapor? Tidak boleh didedahkan salahlaku penjawat awam berjawatan besar JUSA dan lain-lain? Tidak boleh dilaporkan kegagalan 1BestariNet atau jika YTL dapat projek gentian optik yang diluluskan oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul sebelum ini sedangkan terbukti meminggirkan syarikat daripada Sabah yang layak.

Jika lapor maka SKMM akan sekat? Misalnya isu KSU atau isu pegawai MARAcorp dengan segala butiran salahlaku membayar elaun kepada diri sendiri sehingga kes itu didakwa baru-baru ini di mahkamah. Ia bukanlah palsu ia kebenaran pahit yang perlu penjawat awam hadapi.

Jika Sabahkini2 memperjuangkan hak-hak Sabah melalui pemimpin dan Kerajaan GRS sekarang maka ini juga adalah salah? Mempertikaikan Menteri salah?

Nampak hari ini PM Anwar Ibrahim PM 10 banyak memberi kelulusan peruntukan kepada Sabah. Berbilion ringgit disalurkan malah projek RM50 juta terus diberikan kepada kerajaan negeri. Tabung Amanah juga bakal ditubuhkan. Malah di zaman PM Anwar berjaya menang kes tuntutan Sulu. Mahkamah Rayuan The Hague di Belanda menolak permohonan kumpulan Sulu untuk mendapatkan pengiktirafan dan penguatkuasaan tuntutan anugerah sebanyak AS$14.9 bilion (RM62.59 bilion) terhadap Malaysia, yang dikatakan melalui proses timbang tara pada Februari tahun lalu.

 

SKMM  bawah PH - BN - GPH- GRS sekat Sabahkini2?

Setakat ini Sabahkini2 berterima kasih kepada Kerajaan Perpaduan tidak menyekat URL Sabahkini2.org. Walaupun Sabahkini2.com (asal) dan Sabahkini2.net kami berterima kasih SKMM tidak menyekat ULR Sabahkini2.org. Kami hanya berhadapan serangan DDOS yang paling kerap kepada semua URL dan Server Sabahkini2 Kelihatanya pihak yang berbuat demikian berbelanja besar untuk berbuat demikian.

Sabahkini2 boleh berpindah server, bertukar atau menambah URL dalam kadar pantas namun kamu tidak boleh mematikan perjuangan Sabahkini2 sejak tahun 2017. kami sudah buktikan negara dan negeri Sabah bertukar kerajaan kami masih kekal di sini. 

Jika SKMM bijak gunakan kami membantu kerajaan perpaduan sekarang kami lebih menadah tangan membantu. 

2 Comments