[VIDEO] 'Langkah Kinabalu' kesilapan terbesar Bung Moktar, kini langkah kerjasama UMNO-Warisan
05:12 Dec 16, 2023  |  By SabahKini2
[VIDEO] 'Langkah Kinabalu' kesilapan terbesar Bung Moktar, kini langkah kerjasama UMNO-Warisan

Kesilapan terbesar Bung Moktar ialah 'Langkah Kinabalu' bersama Warisan. Kini UMNO -Sabah bawah Bung mahu bekerjasama dengan Warisan semula. Warisan parti yang banyak melakukan kesilapan. Bung hanya akan merugikan lagi UMNO-Sabah.

 

Segalanya semua mungkin dalam politik. Tiada yang mustahil. Macam-macam boleh berlaku. Dari sebuah kebencian terpendam puluhan tahun sebagai musuh utama politik, UMNO dan DAP dapat bekerjasama dalam kerajaan perpaduan. Begitu juga kebencian DAP terhadap Tun Dr Mahathir akhirnya menjadikan Tun M sebagai PM ke tujuh selepas PRU-14.

Shafie Apdal Presiden Warisan baru-baru ini mengumumkan kerjasama dengan UMNO menghadapi PRN Sabah menentang Hajiji Ketua Menteri dan GRS. Apa yang menghairankan dengan pengumuman ini? Ia bukan baru sebagaimana Shafie mengumumkan kerjasama dengan PBS sebelum ini.

PBS sendiri mengumumkan kerjasama dengan STAR membentuk gabungan walaupun mereka sendiri dalam GRS. Ini untuk membina kepercayaan kaum KDM bahawa PBS dan STAR yang mewakili kaum itu sedang bersama walaupun ramai tahu perpecahan kaum KDM dalam berparti sudah berlaku sejak dahulu lagi.Ini termasuk UPKO yang sekarang dalam komponen PH.

Demi kuasa semua boleh berlaku. Sabahkini2 lebih awal mendedahkan tentang usaha perubahan kerajaan menggulingkan Hajiji sejak awal disember 2022 untuk 4 ADUN BN menyokong Shafie kembali menjadi Ketua Menteri. Ia satu percubaan awal ‘Langkah Kinabalu’ sebenar.

ARTIKEL BERKAITAN- 4 Adun BN Sabah dalang SD cubaan tukar kerajaan negeri sokong Shafie Ketua Menteri Sabah Baharu?

Bagaimanapun pemimpin UMNO-BN Sabah menafikannya. Kekal dengan GRS-BN. Sebenarnya apa UMNO BN tak dapat dalam Gabungan GRS-BN sebelum ini? Atau  jika dalam UMNO-Warisan UMNO akan dapat Ketua Menteri? Warisan jumlah kerusi yang lebih banyak akan lebih pemurah kepada UMNO-BN?.

 

‘Langkah Kinabalu’ yang gagal

Semuanya berjalan dengan cepat. Warisan dengan SDnya kepada Shafie Apdal, UMNO Sabah dengan SDnya untuk Bung Moktar sebagai Ketua Menterinya namun tidak berjalan dengan baik  kerana ADUN dan ketua bahagiannya tidak berada dalam naratif sama. Pemimpin UMNO-BN berpecah bimbang tentang usaha digerakkan Bung Moktar itu.

Digerakkan oleh Datuk Seri Salleh Said dan Bung Moktar akhirnya ‘Langkah Kinabalu’ yang jelas kelihatan pada 5 Januari 2023 itu kelihatan tidak menjadi. Sidang media berasing UMNO dan Warisan tidak dapat dilakukan.

 
Penglibatan Datuk Seri Salleh dalam 'Langkah Kinabalu'

Sehari selepas gambar berita di atas keluar Hajiji serta merta memecat  Datuk Seri Salleh Said sebagai Pengerusi Qhazanah Berhad. Bung Moktar selepas itu menggunakannya sebagai alasan untuk menarik sokongann terhadap Hajiji dan GRS dengan alasan Hajiji  kini tidak lagi mempunyai sokongan Ketua Menteri. 

Datuk Seri Hajiji Ketua Menteri yang dilihat 'lembut' melakukan kerja yang cepat untuk mengukuhkan kedudukannya mendapatkan sokongan ADUN UMNO yang tidak menyokong Bung dan pemimpin PH yang akhirnya mencukupkan Hajiji untuk kekal sebagai Ketua Menteri.

Hajiji segera mematikan hujah Shafie Warisan menggunakan Perkara 6(7) perlembagaan Sabah, hanya pemimpin parti yang menang pilihan raya mempunyai legitimasi untuk menjadi ketua menteri. Perkara 6(7) adalah perkara yang ‘disampahkan’ Shafie dan Warisan ketika Musa Aman menggunakan hujah rampasan kuasa Shafie terhadap pembentukan Kerajaan BN lebih awal mei 2018. Shafie Apdal terpaksa menjilat semula hujah ini. Musa Aman tewas dalam peperangan merebut kembali jawatan itu atas alasan sokongan majoriti adun menyokong Shafie Apdal -bukan alasan Ketua parti terbanyak. 

Hipokrit Shafie Apdal ini memakan diri.

ARTIKEL BERKAITAN-    “'Langkah Pai Ulung' Hipokritnya Shafie Apdal guna alasan Perkara 6(7) gulingkan Hajiji

Hajiji juga merombak Kabinet Negeri dengan cepat dan memasukkan Adun-adun yang menentang Bung Moktar dalam kabinetnya.  Datuk Ir Shahelmy Yahya  Adun Tanjung Keramat menggantikan Bung Moktar sebagai Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Kerja Raya Sabah serta melantik Christina Liew (PKR) dan Phoong Jin Zhe (DAP) sebagai Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Menteri Pembangunan Perindustrian. 

44 ADUN Sokong Hajiji

‘Game Still on' itu tidak berterusan walaupun dibuat aduan kepada kerajaan pusat. Penyelesaian  Anwar PM dan TPM ke Sabah sebaliknya bertukar menjadi RESTU kepada Hajiji dan tiada penarikan sokongan dari wakil rakyat PH yang menjadikan PH kekal dalam kerajaan GRS di Sabah. Mesej PH nampaknya jelas jika mereka mahukan Shafie atau Bung Ketua Menteri mereka pasti memilih lebih awal Shafie sedangkan Christina Liew bekas Menteri Sabah yang rapat Shafie pun tidak memilih Warisan. 

Hakikatnya penggulingan Ketua Menteri tidak perlu jika tujuannya mahu meminta slot Kerajaan Perpaduan kerana ia sudah tentu boleh dibuat secara rundingan awal antara parti-parti membentuk kerajaan perpaduan. Penggulingan yang gagal kemudian menuntut semula kepada PM Anwar atas sebab alasan Kerajaan Perpaduan dan menyertai kabinet semula tentunya sesuatu yang janggal dan memalukan.' KITA LANGGAR GAGAL DAN MINTA KEMBALI DENGAN ALASAN KERAJAAN PERPADUAN'. 

 ARTIKEL BERKAITAN-  Anwar beri restu Hajiji kekal KM kukuhkan Kerajaan Sabah

Anwar beri restu Hajiji kekal KM kukuhkan Kerajaan Sabah

 

Pada masa depan  tiada pihak boleh menggunakan isu Perlembagaan Perkara 6 (7)  parti yang mendapat majoriti, kini ketua parti yang dapat majoriti tidak semestinya dilantik menjadi Ketua Menteri yang pentng  mendapat sokongan majoriti wakil rakyat. RUU Perlembagaan Negeri Sabah (Pindaan 2023) dan larangan ADUN bertukar parti diluluskan DUN Sabah pada 25 Mei 2023.

Persaingan dan kerjasama 

PRU ke 16 berlaku 4 tahun lagi bermakna rundingan kerjasama masih panjang bagi semua parti. Namun bagi PRN Sabah ia hanya berbaki dua tahun. Ramai percaya Hajiji Ketua Menteri akan menghabiskan kerajaan ini sehingga penghujungnya. Dengan KDNK negeri 3.9 peratus dan hasil negeri melebih RM5 bilion Hajiji pasti mencari ruang bermula tahun depan untuk berbelanja lebih besar untuk rakyat sebelum PRN.  

Pengumuman Shafie dan Bung mengenai kerjasama Warisan -UMNO bukan sesuatu yang baru namun kerjasama ini juga tidak semudah disangkakan. Jumlah kerusi yang lebih banyak dimenangi Warisan dalam PRN pastinya Warisan mahu kerusi lebih banyak. Ia sekadar persepsi berita yang hanya menguntungkan Warisan tetapi bukan UMNO Sabah. Warisan melakukan banyak kesilapan ketika Shafie Apdal dan Warisan sebagai Kerajaan lantaran itu PRN lalu Warisan kalah dalam PRN.

UMNO Sabah dikatakan berpecah dua antara Bung Moktar dan juga Datuk Rahman Dahlan Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Sabah. Kegagalan 'Langkah Kinabalu' adalah ketiadaan penyelarasan, komunikasi berkesan dan strategi pyswar yang memakan diri. Kerjasama Warisan -UMNO bagi pemimpin UMNO Sabah adalah Keputusan yang belum dicapai sepenuhya. 

Kehadiran Bung Moktar dan timnya di Perhimpunan Parti Warisan dilihat mahu mengesahkan kerjasama itu.

 Melakukan pemasaran awal

 

Apa kata Rahman Dahlan

14 Disember lalu disebalik pengumuman Warisan dan Bung Moktar, Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan Timbalan Ketua UMNO Sabah sebaliknya berkata belum ada lagi keputusan rasmi mengenai siapa rakan kerjasama UMNO Sabah dalam pilihanraya negeri yang akan datang. 

Rahman mendedahkan  sesi pemukiman (Retreat) kepimpinan bahagian-bahagian UMNO Sabah bersama barisan kepimpinan tertinggi UMNO Malaysia baru-baru ini, keputusan yang telah dipersetujui bersama ialah untuk UMNO Sabah mengadakan perbincangan awal dengan semua parti di Sabah.

Tujuannya ialah untuk melihat, menilai dan menimbang parti mana yang boleh dijadikan rakan kerjasama dalam pilihanraya negeri Sabah yang akan datang.

Setelah perbincangan awal dengan semua parti selesai dan setelah dipertimbangkan dengan mendalam, barulah satu keputusan rasmi akan dibuat katanya. Setakat ini keputusan belum dibuat. 

Pemimpin UMNO Sabah masih  berbelah bahagi tentang kerjasama parti Warisan. Perjumpaan pemimpin UMNO dengan Datuk Seri Hajiji Ketua Menteri Sabah  juga menggambarkan keadaan UMNO Sabah. Datuk Yakub Khan dan Datuk Raime Unggi antara Ketua Bahagian dan Adun UMNO yang dlihat setia kepada Bung dan parti. Kelihatannya susah senang mereka kekal bersama Bung dan parti.  Ada jawatan Menteri-GLC atau tidak mereka kekal dalam parti. Namun ia tidak menutup betapa keretakan UMNO Sabah tetap ada. Semua ini pasti meletup satu masa. 

 Gambar tular pemimpin UMNO bertemu Ketua Menteri Sabah

26 September lalu, Datuk Seri Salleh Said mengutus surat kepada Ketua Menteri memohon pengiktirafan kekal sebagai Ahli Penyokong Kerajaan sehingga DUN negeri Sabah dibubar dan seterusnya mendapat kemudahan Ahli adun penyokong kerajaan. Ini juga nampak berbeza dengan usaha pertamanya untuk 'Langkah Kinabalu' dan ini menggambarkan beliau kini bukan lagi menyokong Bung Moktar. Salleh dikatakan berpaling tadah selepas kegagalan 'Langkah Kinabalu' itu. Jika beliau dan Datuk Rahman Dahlan bersama lebih separuh ketua bahagian tidak menyokong cadangan Bung Moktar bekerjsama dengan Warisan dalam PRN maka ia pasti memberi kesukaran kepada Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi membuat keputusan sebagaimana seruan beliau selepas pembentukan kabinet untuk meneruskan kerjasama dengan GRS dan Kerajaan Perpaduan. 

 

Surat Salleh Said

 

Sementara itu Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki Setiausaha Agung UMNO juga mengesahkan setakat ini tiada keputusan dibuat mengenai kerjasama UMNO - Warisan. Hanya pendapat Shafie Apdal Warisan. Dalam satu pertanyaan wartawan beliau menjawab bersahaja berkata hanya Shafie dan belum ada ketetapan. 

Nampaknya perjalanan dan drama politik ini masih panjang. UMNO BN Sabah juga berhadapan masalah-masalah tentertu di bahagian dan wakil rakyat yang tidak mencapai prestasi sebenar seperti Datuk Aminah Aching Ahli Parlimen Beaufort yang juga Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi. 

Hari ini dakwaan UMNO Sabah berpecah kepada Kem Bung Moktar dan Datuk Rahman Dahlan sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan mungkin boleh dinafikan sebagaimana tularnya gambar-gambar di media sosial namun lambat laun ia pasti akan meletup juga. Presiden UMNO sangat megetahuinya. 

Rakyat beranggapan suasana bukan lagi ketika semua pemmpin UMNO sedang diugut dengan mahkamah  selepas PRU14. Ditangkap SPRM, diugut LHDN dan didakwa di mahkamah. Mereka melaluinya, Najib Razak, Zahid Hamidi, Bung Moktar dan ramai pemimpin UMNO diheret ke mahkamah.  Bung memimpin Sabah ketika semua pemimpin UMNO lari (sebab tersendiri) maka kesetiaan Bung  dibalas sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah. Tidak dinafikan banyak juga jasa Bung dalam siri PRK dan PRN Negeri di Sabah. Tapi semua itu kini berubah..

Langkah Kinabalu bersama Warisan-kesilapan terbesar Bung Moktar

Masa berlalu rakyat semakin celik, pilihan raya demi pilihanraya dari UMNO BN dtolak, diterima kembali sehingga PRN Johor dan membusuk selepas PRN 6 negeri. PAS mendapat sokongan besar dalam Perikatan Nasional manakala di Sabah terbentuk parti baru PGRS yang menggantikan bersatu dalam GRS.

Semuanya semakin berubah. Pegawai, penasihat dan penyokong Bung mungkin tidak akan berpuas hati kritikan berterus terang ini tetapi tindakan Bung Moktar dan Timnya menggerakkan 'Langkah Kinabalu' bersama Warisan adalah satu kesilapan terbesar Bung memimpin UMNO Sabah. Ia menampakkan Bung rakus dan gila kuasa. Beliau dilihat boleh berunding malah mengugut secara dalaman terhadap Ketua Menteri untuk meminta tuntutannya namun Bung termakan hasutan untuk melanggar Hajiji dan menukar Ketua Menteri sama ada Bung sebagai Ketua Menteri atau Shafie Apdal Ketua Menteri. Apakah Warisan yang mempunyai kerusi terbanyak ketika itu akan memberikan kepada Bung Ketua Menteri? 

 

'Langkah Kinabalu' memburukkan keadaan tahap sokongan UMNO-BN di Sabah. Rakyat berbilang bangsa melihat perkara ini. Bung yang ketika itu masih melalui proses mahkamah maka persepsi kepada UMNO-BN sangat buruk. 

Ramai juga melihat Bung sudah tidak sesuai memimpin UMNO Negeri. Mereka berpendapat UMNO Sabah mungkin akan kalah teruk dalam PRN dan PRU akan datang. Jalan terbaik beliau memberi laluan kepada pemimpin UMNO Sabah yang lain. Penggal Bung telah berlalu. Penanda kegagalannya 'Langkah Kinabalu' di  depan mata. 

Bung sepatutnya menerima jawatan timbalan menteri menggantikan Datuk Aminah Aching itu dari melepaskan kouta kerusi UMNO Sabah kepada Datuk Dr Noraini Ketua Wanita UMNO Malaysia. Bung pasti boleh membantu rakyat dengan jawatan persekutuan sekalipun ia hanya timbalan menteri.

Apa jawatan jika dilaksanakan secara baik pasti mendapat sokongan rakyat. Menurut sumber Bung mungkin diberikan jawatan pengerusi agensi atau GLC kementerian yang mungkin dicadangkan Presiden UMNO. 

Apa akan jadi kepada UMNO-BN Sabah kita akan lihat kesudahannya. Langkah Kinabalu adalah satu kesilapan terbesar. Maka kerjasama dengan Warisan kali ini juga akan merugikan UMNO. 


Sejak Datuk Aminah Aching menjadi Timbalan Menteri, Aminah tidak pernah hadir Mesyuarat UMNO Negeri Sabah. 
Beliau menafikan Prestasi dan penyakitnya sebagai halangan. Namun hakikatnya 
Aminah Aching adalah MP Beaufort paling lemah setakat ini. Timbalan Menteri sebenar adalah 'suaminya'.
Dalam Pemilihan UMNO Timbalan Menteri merebut 
Jawatan Ketua Bahagian UMNO pun tewas...

 

 

 By - Awang Batatar

191 Comments