Kartel Dadah Terbesar Sabah didalangi Dato' Seri Maslan Sani NGO PAKAT tumpas
19:12 Dec 26, 2023  |  By SabahKini2
Kartel Dadah Terbesar Sabah didalangi Dato' Seri Maslan Sani NGO PAKAT tumpas

Sekian lama diburu dan terlepas dengan hubungan 'kabel' kali ini Dato' Seri Maslan Sani yang sebelum ini terkait dengan Jasni Mohammad Pegawai Khas Datuk Azis Jamman kini ditangkap. Berlindung dibalik Oldtown White Coffee & banyak syarikat akhirnya ..


VIDEO- BHARIAN Sidang media Timbalan Ketua Polis Negara

Ketua Sindiket dadah yang pernah didedahkan tahun 2021 mengaitkan dengan Datuk Azis Jamman bekas Timbalan Menteri KDN akhirnya meletup hari ini.

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dalam satu kenyatan media mengumumkan menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah jenis syabu terbesar di Sabah, yang disyaki mula beroperasi sejak 2015.

Serbuan dilakukan jam 2.45 pagi semalam di sekitar Kota Kinabalu, Tawau dan Semporna itu hasil kerjasama antara JSJN Bukit Aman dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata dalam serbuan itu polis menahan 10 lelaki, termasuk seorang Dato’ Seri dalang utama sindiket pengedaran dadah berkenaan yang juga penaung sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berusia 40 tahun.

"Siasatan awal mendapati, sindiket ini memperoleh bekalan dadah dari negara jiran sejak 2015 dan mereka menyeludup masuk bahan terlarang itu ke Sabah untuk pasaran sekitar negeri terbabit, selain turut diseludup ke Indonesia dan Filipina.

"Semua suspek yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 130V Kanun Keseksaan (Kesalahan Jenayah Terancang) dan prosedur pula di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

"Siasatan di bawah SOSMA adalah bagi membolehkan pembanterasan kegiatan jenayah berkaitan sindiket secara menyeluruh," katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman hari ini.

Ayob Khan berkata, sembilan lagi yang ditahan adalah seorang peniaga berusia 36 tahun dan pembantu peribadi berusia 48 tahun yang juga orang kanan sindiket berkenaan, penjawat awam berusia 44 tahun yang juga pegawai sebuah agensi penguatkuasaan berperanan sebagai transporter bagi sindiket serta seorang buruh berusia 34 tahun yang berperanan sebagai keldai dadah.

"Selain itu, dua individu berusia 32 dan 45 tahun yang bekerja sebagai penyelia tapak dan pengarah urusan rangkaian restoran yang menguruskan aspek kewangan sindiket, dua individu berusia 30 dan 31 tahun yang juga penganggur sebagai pengedar dadah dan seorang lagi penganggur berusia 48 tahun yang disyaki tonto kepada sindiket ini," katanya.

Beliau berkata, modus operandi sindiket pengedaran dadah itu adalah mendapatkan bekalan dadah dan seterusnya dibawa ke Sabah dengan menggunakan syarikat penerbangan komersial dan kiriman kargo laut.

"Bekalan dadah akan disimpan di Sabah, sebelum diagihkan kepada pengedar sindiket dan turut diseludup kepada pembeli di Indonesia dan Filipina," katanya.

Ayob Khan berkata, siasatan juga dijalankan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Pada masa sama, katanya, polis sedang menyiasat pembabitan sindiket itu dalam aktiviti penyeludupan kontraban serta barangan bersubsidi dari Malaysia ke Indonesia dan Filipina.

 

Siapa Dato’ Seri Dalang Utama Kartel Dadah di Sabah?

Sebelum ini pernah kecoh mengenai Dato' Seri Maslan Bin Sani atau dipanggi UPPIK seorang Ketua sindiket dadah yang mendapat kewarganegaraan melalui rasuah.  Dato’ Seri Maslan berlindung dibalik NGO ala-ala TIGA LINE iaitu  PAKAT Sabah dan PAAK Malaysia.


NGO PAKAT & PAAK

Dato' Seri Maslan bin Sani dikatakan memiliki kekayaan luar biasa dan sangat mewah. Memiliki rumah mewah di Semporna cartel ini telah membeli rumah mewah jalan Batu 2 Semporna bernilai jutaan ringgit berdekatan rumah Azis Jamman, Banglo  banglo di Kingfisher KK, Banyan Sutra Harbour dan paling penting Dato' Seri Maslan bin Sani pemegang francais Restoran  Old Town di Sabah dan Sarawak. Kereta mewah tak perlu sebut apa saja pun termasuk Lamborghini Aventador dan lain-lain lagi.

Nilai kekayaan Dato' Seri Maslan@UPPIK melalui wang haramnya mungkin berbilion ringgit.  Ketika Datuk Seri Shafie Apdal Menteri KKLW beliau banyak di belakang syarikat tertentu untuk memberi dana bagi mencuci ‘duit haram’nya.

Begitu juga ketika Shafie Apdal menjadi Ketua Menteri Sabah sejak 12 Mei 2018  dan Datuk Azis Jamman menjadi Timbalan Menteri KDN, Dato' Seri Maslan  @UPPIK banyak membantu dana parti Warisan dari hasil haram dana haram yang dicucikan kembali dalam perniagaan yang sah.

Dato' Seri Maslan  @UPPIK juga menaja seorang Pegawai Khas untuk membantu Azis Jamman Timbalan Menteri Dalam Negeri. Pegawai itu ialah Dato Jasni Bin Mohammad yang juga kaya raya dan sering bersama UPPIK di BEE KIM dan Empire. Begitu juga gaya hidup mewah dan pelbagai jam mewah. Antara yang terkenal di zaman Datuk Jasni Bin Muhammad pegawai khas Azis Jamman ialah beberapa  kereta mewahnya seperti menggunakan Toyota Land Cruiser Superking Cygnus, Range Rover Rogue,Honda Civic, Raptor, Porsche Cayenne dan lain-lain atas Plat N0 211. Siasat semua nombor kereta ini milik siapa? siapa pemberi..

Pada Ogos 2019 Datuk Jasni Bin Muhammad dilantik sebagai Penaung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysa (Malaysia International Humanitarian Organisation - MHO) yang hari ini popular dalam isu pemerdagangan manusia, pengambilan tanah dan penipuan pelaburan.  Sama ada NGO MHO terlibat dengan Datuk Jasni itu biarlah disiasat kerana yang pasti pelantikan Datuk Jasni mengesahkan dirinya pegawai khas Azis Jamman.

 

 

BUKTI kekerapan perjumpaan MHO dengan Azis Jamman Timbalan Menteri KDN
diatur oleh Datuk Jasni Muhammad Pegawai Khas Azis.
Sehingga JASNI dilantik Penasihat MHO

PDRM mengesahkan ahli sindiket sama memiliki aset seperti kenderaan mewah, banglo mewah, 12 syarikat perniagaan dalam bidang pelancongan, pembinaan, petrokimia, minyak dan gas serta manufacturing atau pembuatan, sebuah feri dan rangkaian restoran.

Datuk Azis Jamman dan Datuk Jasni Mohammad pada oktober 2021 pernah menafikan dakwaan hubungan mereka dengan Dato' Seri Maslan bin Sani. Bagaimanapun polis tidak pernah mendedahkan siasatan kes ini benarkah Datuk Jasni Jasni Mohammad Pegawai Khas Azis Jamman terlibat sekaligus memberikan dana kepada Azis Jamman Shafie Apdal dan Warisan.

Dengan pendedahan terbaru polis pastinya ada sesuatu dengan Dato' Seri Maslan Sani.

 

Dato' Seri Maslan@UPPIK paling banyak menggunakan NGO  Pertubuhan Pakatan Amal Kebajikan dan Ekonomi Sabah (PAKAT) untuk program kemanusian dan bantuan di Sabah

Beliau juga sering membawa Restoran OldTown White Coffee  dalam programnya. Beliau merupakan pemegang utama francais Oldtown White Coffee untuk Sabah Sarawak.  Media mengesahkan MOU itu. Jack Phan dan Nelson Yen terlibat.

 



Berapa banyak agaknya yang hasil dadah digunakan untuk mencuci dana haram dalam  Oldtown White Coffee? Begitu juga dalam pelancongan, petrokimia, syarikat pengangkutan feri, pengilangan yang kilang dadah pernah diserbu sebelum ini, minyak dan gas serta kerja-kerja pembinaan.  Dato' Seri Maslan@UPPIK sudah mula terlibat kerja-kerja pembinaan jalan dan bangunan termasuk menyertai tender dalam kementerian pusat dan kerajaan negeri. Banyak projek pembinaan sekarang dikuasainya melalui syarikat CIDB G7 di Sabah sekarang. 

Ini termasuk hubungan Dato’ Seri Maslan @UPPIK dengan kontraktor pro Warisan yang tular dilaman sosial tahun lalu  Syarikat Zirbad Resources Sdn Bhd bagi Kontrak Pusat Pembekalan Dan Penghantaran Minyak Petrol dan Diesel Kepada Semua Jabatan Dan Badan Berkanun Persekutuan Di Sabah di semua Zon di Sabah dikekalkan sejak dari Zaman Warisan memerintah Sabah.  Mereka akses semua pegawai di kementerian sekarang. Bagaimana mereka boleh mendapat bekalan minyak masak subsidi lebih murah untuk dijual kepada kerajaan? Pastinya minyak haram yang diseludup berbeza dari minyak industri. 

 

 

 

Apa lagi selepas ini? mungkinkah akan lebih banyak terbongkar syarikat yang ada kaitan dengan Dato' Seri Maslan Sani. Polis digesa menangkap sesiapa sahaja terlibat termasuk pemimpin politik yang terlibat. Dakwaan hubungan sindiket dengan Azis Jamman dan pegawai khasnya Datuk Jasni Mohammad juga perlu didedahkan. 

Azis Jamman akrab dengan kongsi gelap, tokan dadah dan kaki Scammer bukan baharu. Sebelum ini pun  Azis Jamman bekas Timbalan Menteri KDN dilaporkan rapat dengan Dato' Sri Nicky Liow penjenayah dikehendaki di negara ini. Nicky yang melarikan diri menyerah diri dan akhirnya dituduh di mahkamah 

ARTIKEL BERKAITAN- Dulu bela Timbalan Menteri kini Nicky Liow 'bela' 34 pegawai penguat kuasa diburu!

ARTIKEL BERKAITAN-  Setahun diburu kini kawan baik bekas Timbalan Menteri Nicky Liow serah diri

ARTIKEL BERKAITAN-  [VIDEO] Nicky didakwa 26 tuduhan pengubahan wang haram RM36 Juta

Setahun diburu kini kawan baik bekas Timbalan Menteri Nicky Liow serah diri

 

 

 

 

 

 

 

 

45 Comments