Kali ketiga Sabahkini2 disekat. Sejak 2019 URL Sabahkini2.com kepada Sabahkini2.net dan kali ketiga Sabahkini2.org. Maknanya bukan pembangkang saja kena. Moga-moga Menteri Komunikasi dapat membantu..
Sabahkini2 disekat lagi!
Sejak 19 April lalu portal Sabahkini2 tidak boleh diakses oleh sesetengah pengguna kerana disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Ini bermakna satu lagi URL Sabahkini2 iaitu Sabahkini2.org disekat.
Sebelum ini Sabahkini2 boleh dilayari di Sabahkini2.com, Sabahkini2.net dan Sabahkini2.org.
Sabahkini2.org sudah menerima notis Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertarikh 17 April lalu untuk Notis Tindakan Sekatan Laman Sesawang Di Bawah Seksyen 263 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998).
Surat SKMM kategori SULIT bagaimanapun antara lain emel bertarikh 17 April 2024 yang boleh dipaparkan adalah seperti berikut;
NOTIS TINDAKAN SEKATAN LAMAN SESAWANG DI BAWAH SEKSYEN 263 AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998 (AKM 1998)
Perkara di atas adalah dirujuk.
- Sila ambil maklum bahawa berdasarkan pemantauan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (”MCMC”), terdapat kandungan di laman sesawang di bawah kendalian pihak Tuan/Puan iaitu Sabahkini2.org (”Laman Sesawang”) yang didapati telah melanggar seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (“AKM 1998”).
- Seksyen 233 AKM 1998 antara lain melarang penggunaan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar, untuk membuat, mewujudkan atau meminta-minta dan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang bersifat lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut, atau menggangu orang lain.
- Susulan dapatan di atas, pihak MCMC telah mengambil tindakan-tindakan yang sewajarnya bagi mengarahkan sekatan ke atas Laman Sesawang tersebut sepertimana kuasa yang telah diberikan kepada pihak MCMC di bawah AKM 1998 bagi tujuan untuk mencegah pelakuan atau cubaan pelakuan sesuatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis Malaysia atau selainnya, dalam menguatkuasakan undang-undang Malaysia, termasuklah kesalahan di bawah AKM 1998.
Setakat ini tidak diketahui artikel mana yang dilihat melanggar akta kerana kebiasaannya sejak tahun 2019 Jabatan Media Baharu Bahagian Pemantauan Keselamatan Rangkaian akan menghantar emel kepada editor untuk amaran dan pemadaman artikel. Artikel juga berdasarkan dokumen dan fakta kes tertentu aduan dari pelbagai pihak. Kebiasaannya pihak editor akan menurut arahan SKMM menurunkan artikel berkenaan berdasarkan aduan pelbagai pihak yang dibuat kepada SKMM. Kali ini SKMM terus memberi notis sekatan.
Sekatan Sabahkini2
Ini adalah kali ketiga Sabahkini2 disekat SKMM. Bulan April ni nampaknya SKMM bekerja keras memanggil pengendali laman dan individu yang dilihat memfitnah kerajaan. 13 April lalu SKMM memanggil pengendali akaun Mynewshub untuk dirakam percakapan susulan tindakan memuat naik dan memainkan semula klip video lama “Tanya pasal kuarters jer dh kene mcm tu depan KSN!!” yang dianggap menyebabkan kekeliruan dalam kalangan pengguna media sosial dan membina persepsi negatif terhadap penjawat awam. Kad sim dan seunit telefon bimbit pengendali akaun media sosial MyNewsHub juga disita. MyNewsHub ini portal penyokong Najib.
17 April lalu SKMM memanggil pemilik akaun media sosial, Badrul Hisham Shaharin (Chegubard), Mohamad Salim Iskandar (Salim Iskandar) dan Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papagomo) untuk rakaman pada rabu. Tiga ni semua tahu mulut dan cara mereka sejak zaman BN dan PH. Tapi kini mereka berkhidmat sebagai 'Cytro' PN dan 'Atuk'.
3 orang ni hari-hari hentam Anwar PMX. Setidaknya Sabahkini2 mengikut rentak kerajaan
kerajaan semasa berkuasa
Malah SKMM melaporkan polis terhadap 3 Cytro PN ini atas dakwaan Chegubard, Mohamad Salim Iskandar (Parpukari) dan Wan Muhammad Azri (Papagomo) kerana membuat dan menyebarkan tuduhan palsu terhadap pegawai-pegawai SKMM di platform media sosial TikTok, Facebook serta Youtube menggambarkan seolah-olah pegawai SKMM bertindak di bawah arahan yang mempunyai kepentingan politik selain bersifat penyalahgunaan kuasa.
Tetapi benarkah arahan atasan? atau banyak aduan lain? Benarkah SKMM mensasarkan pembangkang sahaja? Bagaimana dengan Sabahkini2 yang disekat pada 18 April? Sabahkini2 sebuah portal mengikut arus mengikut situasi kerajaan semasa. Sabahkini2 menulis mengenai salah laku rasuah Muhyiddin Yassin, keluarganya dan kroni, Hamzah Zainuddin dan Stephen Sim 'Butler' yang akhirnya didakwa, Tuan Ibrahim Tuan Man projek tebatan banjir, Annuar Musa rasuah Menara KL, Tengku Zafrul (Menteri Kewangan) atau paling banyak kes salahlaku rasuah Shafie Apdal. SKMM sedang membuat kerjanya.
Pengalaman Sabahkini2
6 tahun bertahan Sabahkini2 masih wujud hingga kini. Kerajaan Malaysia bersilih ganti. Sejak Sabahkini2.com beroperasi penghujung 2017 Kerajaan BN tidak pernah menyekat Sabahkini2 walaupun terdapat juga artikel yang keras mengkritik beberapa pemimpin BN dan agensi kerajaan. Kebenaran itu memang pedih.
Bagaimanapun perubahan kerajaan Mei 2018 dari BN kepada Pakatan Harapan 0.1 (PH) Sabahkini2.com berhadapan dengan cabaran lebih besar. Portal Sabahkini2.com yang disekat dari pengguna maxis sejak tahun 2019 selepas laporan kes ‘Semburit’ Azmin Ali. Artikel ditarik balik mengikut arahan SKMM.
ARTIKEL BERKAITAN - SKMM Sekat Malaysianow Pro Azmin 'Meroyan', Sabahkini2.com sejak 2019 tetap 'Steady'!
Sekatan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia di zaman Kerajaan PH 01 sangat difahami kerana kritikan keras terhadap Menteri Pakatan Harapan, bekas menteri, pemimpin PH dan Menteri Warisan. Kerajaan Warisan Shaife Apdal tidak pernah aman sejak 26 bulan memerintah malah hingga kini kekal sebagai sasaran kritikan Sabahkini2. Siapa kerajaan maka mereka berkuasa ke atas semua agensi dan kementerian.
Ketika PN-BN sebagai Kerajaan Tan Sri Muhyiddin sebagai PM, SKMM menyekat URL Sabahkini2.net. Kali ini semua ISP tak boleh akses dengan Sabahkini2.net. Maka Sabahkini2.org operasi sehingga Kerajaan BN-PN bawah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub.
Nampaknya bawah Kerajaan PH-BN pada 18 April 2024 Sabahkini2.org pula disekat. Bertuah portal Sarawak Report disekat sejak 2015 dibuka sekatan tahun 2018 PH berkuasa dan kini kekal mengkritik isu-isu di Sarawak boleh diakses tanpa sekatan. Begitu juga portal Malaysianow 'Pro Azmin Ali' yang disekat tetapi diberi akses semula.
Musuh-musuh Sabahkini2 agaknya sedang bergembira dengan sekatan Sabahkini2.org. Jangan dulu. Penjenayah, scammer dan kaki rasuah tidak akan terlepas dengan Sabahkini2. Apapun Sabahkini2 masih boleh diakses dengan perkhidmatan penggunaan VPN bagi 3 URL sedia ada dan termasuk URL baharu. Kita dah beroperasi enam tahun sudah lalui pelbagai kerajaan, aduan, laporan dan tekanan.
Sabahkini2 akan terus berkarya banyak lagi isu-isu di depan terutama PRN Sabah tahun depan.
Ketua Editor
Sabahkini2 Group
Sabahkini2.com
Sabahkini2.net
Sabahkini2.org
21 April 2024