Mengapa tiba-tiba Pemimpin dan pendokong Warisan senyap mengenai kartel dadah Mazlan Sani atau UPIK? Mereka menutup mulut kerana UPIK mempunyai pengikut yang bersembunyi. Rakyat Sabah sebelum ini dikejutkan dengan Ketua Sindiket dadah yang pernah didedahkan tahun 2021 mengaitkan dengan Datuk Azis Jamman bekas Timbalan Menteri KDN akhirnya ditangkap dan didakwa di mahkamah.
ARTIKEL BERKAITAN - Kartel Dadah Terbesar Sabah didalangi Dato' Seri Maslan Sani NGO PAKAT tumpas
ARTIKEL BERKAITAN - Jenayah Terancang Geng Upik: Dato' Seri Maslan Raja Dadah Sabah kuasai NGO 'Tiga Line', penjawat awam, penguatkuasa
Susulan itu pada 22 Januari 2024 Dato' Seri Maslan bersama 10 lagi pengikutnya didakwa di mahkamah Sesyen atas kesalahan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng Upik. Turut terlibat dua anggota polis selain Nelson Pengarah Urusan OTK Eatery Sdn Bhd pemilik francais Old Town White Coffee Sabah yang menjadikan restoran satu dari tempat cuci duit haram. 8 lagi diburu 3 didakwa 1 Mac.
[ARTIKEL BERKAITAN - Dato' Seri Maslan, 10 pengikut didakwa, 8 lagi diburu Taukeh Old Town White Coffee dalang kartel dadah Sabah terbongkar!]
TERTUDUH IALAH;
8 GENG UPIK DIBURU
ABANG UPIK DITANGKAP!
Terbaru awal januari lalu PDRM telah menangkap abang kepada Dato' Seri Maslan atau UPIK iaitu Manan Ungok (MIKE) warganegara Filipina berbangsa suluk di kampung pelindung pendatang asing di Kampung Pinang Jalan Sungai Buaya Semporna. Manan merupakan seorang 8 yang diburu sebelum ini.
Namun tiada satu pun yang kecoh termasuk pemimpin Warisan Semporna yang menyembunyikan abang Upik di Semporna.
OPS CANTAS
BERTINDAK DIATAS MAKLUMAT, PADA 06/01/2025 JAM LEBIH KURANG 2130HRS, SEPASUKAN ANGGOTA POLIS DARI BAHAGIAN SIASATAN JENAYAH IPD SEMPORNA TELAH PERGI KE ALAMAT SEPERTI DI BAWAH:
MASJID KAMPUNG PINANG, JALAN SUNGAI BUAYA, SEMPORNA SABAH.
PASUKAN SERBUAN TELAH MEMBUAT PEMERIKSAAN DI ALAMAT TERSEBUT DAN BERJAYA MENAHAN 01 LELAKI.
UNTUK MEMBANTU SIASATAN BERSABIT DENGAN LAPORAN DANG WANGI/41022/23, YANG DISIASAT DI BAWAH SEK 130V (1) KANUN KESEKSAAN,.
BUTIR-BUTIR TANGKAPAN ADALAH SEPERTI DI BAWAH:
BUTIR-BUTIR TANGKAPAN :
NAMA : MANAN BIN UNGOK (LISAN)
TARIKH LAHIR : 01/01/1973
UMUR : 52
JANTINA : LELAKI
WARGANEGARA : FILIPINA
KETURUNAN : SULUK
ALAMAT : KAMPUNG PINANG JALAN SUNGAI BUAYA SEMPORNA SABAH TANGKAPAN KEMUDIANNYA DIBAWA KE BALAI POLIS SEMPORNA.
LAPORAN TANGKAPAN DIBUAT UNTUK SARINGAN AIR KENCING DAN TINDAKAN SELANJUTNYA.