Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) telah membuat satu laporan polis kepada Sabahkini2 berhubung pendedahan skandal penyambungan konsesi IPP Libaran milik besan Tan Sri Muhyiddin Yassin tanpa kelulusan Kabinet negeri. Akhirnya rakyat Sabah yang kurang tahu mengenai IPP Libaran milik besan Tan Sri Muhyiddin semua tahu. Terima kasih kepada semua media yang melaporkannya
Laporan itu dibuat Ketua Pegawai Eksekutifnya Abdul Nasser Abdul Wahid. Katanya semua fitnah.
DICADANGKAN ELOK PENGARAH SPRM SABAH DATUK KARUNANITHY
SIASAT CEO ECoS
DATUK IR ABDUL NASSER ABD WAHID INI.
PERTAMA faktanya sangat jelas IPP Libaran dikendalikan Stratavest Sdn. Bhd anak syarikat Eden Inc. Berhad milik Tan Sri Abd Rahim Mohamad mentua Datuk Fakhir Yassin dan mendapat nyawa terakhirnya ketika Tan Sri Muhyiddin sebagai PMke 8.
KEDUA fakta yang menyakitkan hati ialah IPP Stratavest Sdn. Bhd menjual elektrik kepada Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) pada kadar 0.95 sen per kWh kadar tertinggi setakat ini. Kerajaan perlu membayar sebanyak RM85 juta setahun kepada Stratavest Sdn. Bhd untuk membekalkan elektrik tersebut. Kerajaan pula perlu membayar subsidi sebanyak RM37 juta dengan kos RM1.69 sen per kWh. RM 85 juta ni sedikit?
ARTIKEL BERKAITAN- Kerajaan Sabah digesa tamatkan CEO ECoS luluskan IPP Libaran milik besan Muhyiddin tanpa restu kabinet!
Dah tahu IPP Libaran usang kos tinggi dan dibayar RM1.69 sen per kWh dengan kos subsidi yang tidak masuk akal mengapa sambung lagi? Berpuluh tahun tahun belum ada pengganti dan kerajaan akan terus sambung IPP Libaran. Apa semua ini melainkan CEO ECoS ada kepentingan berunding dengan syarikat konsesi.
Datuk Ir. Abdul Nasser menggunakan alasan, Pelan Mitigasi catuan bekalan elektrik, Pelan Pembangunan Penjanaan Grid Sabah dan Majlis Tenaga Sabah (MTS) namun jelas beliau menipu laporan sebenar kepada Ketua Menteri dan Majlis Tenaga Sabah. Beliau tidak pernah pun membawanya kepada kelulusan kabinet.
Mengapa guna alasan pelan mitigasi dan catuan elektrik untuk sambung? Tugas SESB dan EcoS mencari alternatif baru bukan menyuruh kerajaan dan rakyat membayar kos yang lebih tinggi. Di mana penipuan laporan ini?
Isu IPP Libaran rakyat biarkan pihak berkuasa siasat. Rakyat akan lihat siapa benar siapa salah. Kali ini kita dedah IPP Serudong Tawau.
MENGAPA SAMBUNG KONSESI IPP SERUDONG TAWAU?
Dalam surat terbaru CEO ECoS Datuk Ir. Abdul Nasser kepada Chang Keng Sing, Pengarah Serudong Power Sdn Bhd bertarikh 30 Ogos 2024 mengeluarkan LOA lanjuran operasi Loji Janakuasa MFO Serudong selama 2 tahun lagi.
Konsesi asal untuk Serudong Power Sdn. Bhd adalah selama 20 tahun, yang bermula dari 1998. Kemudian disambung lagi setiap dua tahun sehingga berakhir 2027. Ini membuktikan TNB dan SESB gagal membangunkan loji janakuasa baru dan hanya mampu menyambung loji janakuasa diesel yang usang dan buruk. Masuk pula ECoS agensi kawal selia tenaga baru nampaknya persis sama mengulang kegagalan TNB.
Sebelum ini rakyat boleh faham Serudong Power Sdn. Bhd disambung konsesi kerana selain dimiliki Mega First Power Industries Sdn. Bhd (MFPI) anak syarikat Mega First Corporation Berhad (MFCB) dengan pegangan 51%, Sabah Energy Corporation Sdn. Bhd (SEC) (31.03%), dan DPBS Holding Sdn. Bhd. (DPBS), (17.97% ).
Maka menyambung 31.03% kepentingan Kerajaan Sabah itu boleh diterima. Namun selepas 30 Mei 2023 IPP Serudong tidak wajar disambung semula kerana bukan milik Kerajaan Sabah lagi. Semua kepentingan kerajaan telah dijual atas alasan konsesi itu akan ditamatkan.
Pada 30 Mei 2023, keseluruhan saham Serudong Power Sdn. Bhd. telah dijual kepada Syarikat Modular Group Sabah Sdn. Bhd syarikat dikuasai Chang King Seng, Spark Choice Sdn. Bhd., Zirbad Resources Sdn. Bhd., dan Bright Eclipse Sdn. Bhd.
CEO ECoS Datuk Ir. Abdul Nasser nampaknya tidak melakukan Due Diligence atau Ketekunan wajar terhadap pelantikan kontraktor Serudong Power Sdn. Bhd.
Mengapa Datuk Ir. Abdul Nasser tidak beri penjelasan sebenar kepada Kerajaan, MTS dan Kabinet Sabah tentang syarikat yang tamat ini?
Ini bermakna ketika Mega First Corporation Berhad (MFCB) menjadi pemegang saham terbesar bersama Sabah Energy Corporation Sdn. Bhd (SEC) mereka sudah tahu kerugian bakal berlaku dengan tamatnya konsesi IPP. Namun Datuk Ir. Abdul Nasser menghidupkannya dengan laporan tipu kepada kerajaan.
SIAPA PEMILIK BARU SERUDONG POWER SDN BHD?
Sejak 30 Mei 2023 Kerajaan dah jual saham tak kan keluar surat Ogos 2024
CEO ECoS tak tahu? Bermakna Datuk Ir. Abdul Nasser CEO ECoS tahu
IPP Serudong kini milik kroni
Dalam rekod menunjukkan Serudong Power Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang rugi sekalipun mengumpul pendapatan tahunan mencecah RM153.2 juta namun liabili hutang yang lebih banyak syarikat berdepan kerugian besar.
Apakah CEO ECoS Datuk Ir. Abdul Nasser mahu menyelamatkan syarikat ini sekalipun tiada lagi saham Kerajaan Sabah di dalamnya?
MENGAPA CEO ECOS DATUK IR. ABDUL NASSER SANGGUP BAYAR MAHAL KEPADA IPP SERUDONG?
Fakta yang menyakitkan hati rakyat Sabah ialah IPP Serudong Power menjual elektrik kepada Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) pada kadar 0.94 sen per kWh tinggi bagi sebuah IPP usang. Bayangkan kerajaan terpaksa membayar RM 61.32 juta!
Datuk Ir Nasser beritahu bagaimana ini sebuah fitnah? Apakah semua ini telah diterangkan sepenuhnya kepada kerajaan? Tidak! Nasser menyembunyikan semua fakta kos yang mahal atas sebab catuan elektrik.
Rakyat bayar harga mahal tetapi IPP pula sentiasa terputus!.
BERIKUT MERUPAKAN PROFIL SYARIKAT PEMEGANG SAHAM IPP SERUDONG POWER YANG BAHARU
PERTAMA : MODULAR GROUP SABAH SDN BHD
Pengarah Utama Modular Group Sabah ialah Chang Keng Sing yang juga pengarah
utama dalam Serudong Power Sdn Bhd
KEDUA : ZIRBAD RESOURCES SDN BHD
KETIGA : SPARK CHOICE SDN BHD
KEEMPAT : BRIGHT ECLIPSE SDN BHD (DIMILIKI ATON GROUP)
MENGAPA PILIH KARTEL TENDER -ZIRBAD RESOURCES SDN BHD?
Dalam pelbagai laporan media di laman sosial mendedahkan ZIRBAD RESOURCES SDN BHD dimiliki Adham Abdul Hamid disebut syarikat kartel tender di Sabah. Terlibat dalam pelbagai sektor, termasuk pembekalan minyak subsidi, makanan bermasak dan pembinaan. Terdapat dakwaan bahawa syarikat ini telah terlibat dalam aktiviti kartel yang memonopoli kontrak pembekalan minyak kepada jabatan dan badan berkanun persekutuan di Sabah sejak zaman pemerintahan Parti Warisan lagi.
Syarikat ini kenyang dalam semua kerajaan kerana mengawal pegawai kerajaan pusat dan negeri terutama di Jabatan Pendidikan Sabah dan Perbendaraan Malaysia Sabah (PMS).
Sumber menyebut syarikat terlibat menyeludup minyak subsidi. Jika tidak mana mungkin boleh membekalkan harga minyak yang murah. Pemiliknya memberi sumbangan dan apa saja cara untuk membuktikan mereka kompeten dengan menggunakan wang di Sabah.
Zirbad Resources Sdn. Bhd memegang 24% saham Serudong Power Sdn Bhd dengan pegangan saham yang signifikan ini, syarikat ini mempunyai kepentingan dalam keputusan dan arah tuju IPP Serudong. Apakah beliau disebalik pertemuan dengan CEO ECoS Datuk Ir. Abdul Nasser bagi menyambung konsesi yang telah tamat?
Kesimpulannya
Ada banyak lagi skandal yang dilakukan oleh CEO ECoS Datuk Ir. Abdul Nasser. Sabahkini2 bongkar apa dia buat untuk IPP Libaran dan Serudong Power Sdn Bhd.
Serudong Power sedang mencungap kerugian tetapi 'bail out' oleh CEO ECoS untuk dibayar hampir RM62 juta setahun. Nasser sepatutnya menjadi penyelesai masalah tenaga di Sabah tetapi dia menjadi penyelaras kepada syarikat kroni yang mampus. Ini belum lagi skandal bayar mahal set jana kuasa interim Diesel, Sistem Bateri Penyimpanan Tenaga (BESS), loji janakuasa gas asli, loji biojisim, Solar (LLS), Hidroelektrik dan bekalan daripada Sarawak Energy Bhd (SES).
Begitu juga senarai 15 syarikat LSS yang dilantik oleh Datuk Ir. Abdul Nasser sangat mengejutkan banyak syarikat tiada kelayakan, asal Malaya seperti Nestcon Berhad, (atau guna nama Sabah) kecuali GLC seperti SUDC, Sabah Energy, Jetama, Qhazanah dan SESB
Kita akan bongkar dan dedah bagaimana Datuk Ir. Abdul Nasser CEO ECoS ni menipu Ketua Menteri, MTS dan Kerajaan Negeri. Semua keputusan dia buat sendiri. Dia fikir Sabahkini2 tidak menyimpan dakwaan dia meminta rasuah untuk beberapa projek.
Sebab itu Kerajaan Sabah digesa membuang CEO ECoS Datuk Ir. Abdul Nasser sebelum menjejaskan nama baik Kerajaan Sabah. Buang maka masalah selesai.Jangan biar CEO gila ini berleluasa.