Pengumuman kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN-17) di Sabah mengundang persoalan serius mengenai hala tuju politik nasional terhadap negeri ini. Di saat gabungan dari Semenanjung cuba memperkukuh kedudukan, sentimen rakyat Sabah pula semakin menolak dominasi parti-parti Malaya.
Kerjasama ini — yang diumumkan oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mewakili PH dan BN — mungkin kelihatan strategik dari sudut persekutuan. Namun, ia juga mencerminkan kegagalan memahami realiti politik dan psikologi pengundi Sabah, yang sudah lama mendambakan pentadbiran berteraskan autonomi dan kepimpinan lokal.
Kerjasama itu dicapai kononnya hasil rundingan antara Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Isu pengagihan kerusi dan rundingan dengan parti lain akan diperincikan bersama oleh kepimpinan PH dan BN Sabah.
Namun di Sabah, pengumuman BN-PH itu tidak mengejutkan. Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor tidak melatah malah terus menegaskan bahawa GRS bersedia bertanding solo bagi mempertahankan kerajaan negeri yang sedia ada. Malah, beliau menekankan kepentingan mempertahankan parti lokal dalam mentadbir negeri ini.
Siapa Sebenarnya Kerajaan Sabah hari Ini?
Kedudukan terkini kerusi DUN Sabah menunjukkan GRS kini memiliki 44 kerusi berbanding BN 8 kerusi dan PH 6 kerusi. Warisan pula mempunyai 12 kerusi. Tak kisahlah jumlah berkurangan kerana keluar atau lompat parti. Faktanya angka berkurang.
Kedudukan Terkini Kerusi DUN Sabah (Mei 2025)
Gabungan/Parti |
Jumlah Kerusi |
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) |
44 |
WARISAN |
12 |
Barisan Nasional (BN) |
8 |
Pakatan Harapan (PH) |
6 |
Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) |
2 |
Perikatan Nasional (PN) |
1 |
Bebas |
- |
Kosong (Sungai Sibuga & Melalap) |
2 |
Jumlah Keseluruhan |
73 |
Alasan kerjasama PH- BN semua orang tahu iaitu selaras dengan kerajaan pusat walaupun mereka tahu kerajaan negeri di Johor dan Sarawak tidak semestinya bersama BN atau PH walaupun ia mungkin dapat dilihat di Selangor, Pahang, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan. Itupun masih tetap berbalah dari segi penentuan kerusi dan jawatan politik di negeri. Pengumuman DAP Melaka misalnya mencetuskan politik baru, UMNO-BN menolak pengumuman awal Melaka.
Bagaimana dengan di Sabah?
Terbukti gembar-gembur PH atau komponen di dalamnya tidak mempunyai autonomi adalah benar, begitu juga UMNO Sabah tiada autonomi. Semua ditentukan oleh 'Malaya'
Faktanya Kerajaan Sabah ketika ini dipimpin oleh GRS sebagai kerusi terbanyak, disokong oleh PH. UMNO-BN Sabah tidak terlibat kerana kesilapan Datuk Seri Bung Moktar Radin sebagai watak utama dalam insiden Langkah Kinabalu, cubaan menjatuhkan Ketua Menteri bersekongkol dengan Presiden Warisan Shafie Apdal.
Justeru, pendirian Hajiji untuk bertanding solo atas keputusan PH bukanlah tindakan angkuh, tetapi logik politik berdasarkan fakta semasa. Asasnya tiada siapa mahu bekerjasama dengan Bung Moktar melainkan UMNO Pusat menukar tampuk kepimpinan UMNO-BN Sabah. Namun ia tidak mungkin akan berlaku.Itu cara UMNO mereka sanggup hilang kerajaan dari menukar pemimpinnya. Seperti juga UMNO Pusat mereka sanggup tidak menjadi kerajaan asalkan Presiden UMNO kekal. Institusi Presiden lebih penting dari segalanya.
Buat keputusan berhenti guna politik lalang
PH telah sepenggal bersama GRS dalam kerajaan.PH mesti melihat fakta di depan.
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud dan Datuk Ewon Benedick, Pengerusi PH Sabah perlu berhenti menggunakan politik ‘Lalang’ menjadikan PH 6 kerusi sebagai ‘king maker’ atau ‘anak bulan’ menentukan GRS.
SENARAI 6 KERUSI DUN PAKATAN HARAPAN DI SABAH
No. |
Kawasan DUN |
Wakil Rakyat (ADUN) |
Parti Komponen PH |
1 |
Kadamaian |
Ewon Benedick |
UPKO |
2 |
Kapayan |
Jannie Lasimbang |
DAP |
3 |
Luyang |
Phoong Jin Zhe |
DAP |
4 |
Likas |
Tan Lee Fatt |
DAP |
5 |
Inanam |
Peto Galim |
PKR |
6 |
Api-Api |
Christina Liew Chin Jin |
PKR |
Menggunakan alasan PH Pusat penentu bukan alasan rakyat di negeri Sabah mengundi calon PH.
UMNO-BN Sabah boleh menjanjikan lebih 30 kerusi kepada PH Sabah tetapi bolehkah mereka menang semula dengan lebih banyak? Atau komponen PH seperti PKR dan UPKO mampu menawan kerusi DUN? Berpijaklah di bumi nyata.
Terbukti sekarang tanpa BN Sabah parti tempatan seperti GRS boleh memerintah. Sepatutnya PH hadir membantu bukan menganggap sebagai dominan. Tidak mengapa menganggap penentu tapi janganlah nampak bodoh. PH sudah berada sebagai kerajaan pusat jadi mereka tidak perlu pening untuk menjadi ketua politik di Sabah.
PH Sabah ‘jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran" terlalu sibuk mengejar kerjasama dengan BN Sabah yang bukan lagi parti dominan di Sabah akhirnya melopong.
UMNO BN sudah pernah berkuasa sejak 1994 hingga 2018 dan kembali semula sebagai kerajaan pada 2020–2022 selepas bergabung dengan GRS. Mereka telah diberi peluang menjadi kerajaan dan bukan GRS yang mengkhianati mereka sebaliknya Bung Moktar membawa UMNO BN mengkhianati rakan gabungan.
PKR Sabah: Tiada Pengaruh, bukan ‘Penentu’
Datuk Mustapha Sakmud sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah perlu kembali kepada realiti. Kekuatan PH- PKR di Sabah sangat terhad — hanya DAP dan PKR di kawasan bandar boleh menang pilihanraya.
PKR gagal menembusi majoriti kawasan pedalaman termasuk Mustapha Sakmud pun tewas di DUN Tempasuk. PH-PKR hanya menguasai 6 kerusi bagaimana pula PKR seolah-olah menjadi ‘orang tengah’ atau penentu kerajaan?
Mustapha Sakmud selaku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah adalah Timbalan Menteri Persekutuan beliau tidak perlu pun ‘mengintai’ kerusi DUN Tempasuk. Untuk apa? Jika menang 6 atau 7 kerusi boleh jadi Ketua Menteri? Ayuh kembali ke alam realiti, DUN Tempasuk kini disandang oleh Datuk Mohd Arsad Bistari (Parti GAGASAN- GRS) dengan majoriti 4,040 undi — dan secara logiknya, kerusi yang telah dimenangi penyandang dalam mana-mana rundingan parti harus dikekalkan.
Menggunakan alasan PH-BN menguasai Kerajaan Persekutuan, maka semua keputusan politik negeri harus tunduk kepada pusat hanya akan lebih memudahkan rakyat menggunakan sentimen tolak ‘Parti Malaya’
Rakyat tidak buta kerana mereka sendiri melihat model Kerajaan Johor dan Sarawak tanpa PH tetapi kerajaan tetap membentuk ‘kerajaan perpaduan’.
Sarawak misalnya terbukti lebih baik tanpa PH dan BN.
Maka, justifikasi kerjasama PH-BN di Sabah membelakangkan GRS hanya akan mengundang bencana buat PH-PKR.
PH-PKR sepatutnya buat keputusan sendiri bukan keputusan ‘Malaya’
GRS Parti Tunjang Kerajaan Negeri
Masuk akal tak parti yang mempunyai jumlah 44 kerusi perlu ikut parti kerusi dun tak sampai pun 10 kerusi. Berunding ikutlah cara berunding yang betul.
GRS tidak mungkin akan tunduk kepada UMNO-BN memandangkan sejarah pengkhianatan yang menyakitkan hati. Ya politik macam-macam jadi tetapi selagi UMNO-BN Sabah kekal meletakkan Bung Moktar sebagai ketua politik BN Sabah tidak akan berubah. Kesetiaan saja tidak cukup dalam politik jika gagal berubah. Apa guna setia jika parti hilang kerajaan? dan akhirnya berkokok di luar.
Perundingan parti dikatakan PH-BN Plus!. Siapa plus? GRS?
Kerusi terbanyak menjadi penambah tetapi parti yang tak sampai 10 kerusi mahu menjadi dominan dan plus pula adalah GRS?
Hari ini Mustapha Sakmud memujuk GRS menggunakan pengaruh Perdana Menteri untuk bersama PH-BN. Bersama bagaimana?
mereka buat keputusan tapi GRS pula kelihatan salah
GRS tidak perlu tunduk tekanan parti ‘Politik Malaya’
Isu ini bukan soal ego. Ia soal prinsip dan sejarah. GRS tidak boleh melupakan pengkhianatan Bung Moktar, tidak boleh mengetepikan aspirasi rakyat Sabah untuk ditadbir oleh parti tempatan, dan tidak boleh terus-terusan membiarkan Sabah menjadi lapangan percaturan politik pusat.
Hari ini banyak kejayaan Negeri Sabah bawah GRS seperti Rizab simpanan wang melonjak 130% sejak 2018 kepada RM8.6 bilion tahun 2024 membuktikan Kerajaan Sabah (GRS) telah menguruskan kewangan Sabah secara berhemah. Begitu juga , Sabah mencatatkan kutipan hasil negeri tertinggi dalam sejarah, dengan jumlah melebihi RM7 bilion.
Semua ini tanpa perlu PH dan BN menjadi monopoli kuasa. PH atau BN hanya perlu menjadi pelengkap parti tempatan.
Kerjasama politik yang benar-benar kukuh harus dibina atas dasar hormat, autonomi, dan realiti semasa — bukan semata-mata kerana arahan dari Putrajaya.
Mahu lawan BN dan Warisan lawanlah betul-betul.
atau mahu menguji kekuatan parti masing-masing bertanding sajalah SOLO. Semua perkara sama jika tiada mana-mana parti membentuk kerajaan pastinya akan berpakat jua.
Nak pilih Ketua Menteri tetap semua berhadapan dengan Tun Musa Aman Tuan Yang Terutama Negeri Sabah. Semuapun perlu silat berhadapan Tun Musa Aman.
SENARAI TERKINI KERUSI DUN SABAH DIWAKILI OLEH BARISAN NASIONAL (UMNO)
No. |
Kawasan DUN |
Wakil Rakyat (ADUN) |
Status Terkini |
1 |
Bengkoka |
Harun Durabi |
UMNO |
2 |
Karambunai |
Yakub Khan |
UMNO |
3 |
Lamag |
Bung Moktar Radin |
UMNO |
4 |
Usukan |
Salleh Said Keruak |
UMNO |
5 |
Sungai Sibuga |
Mohamad Hamsan Awang Supain |
UMNO (Kosong) |
6 |
Sukau |
Jafry Ariffin |
UMNO |
7 |
Tanjong Batu |
Andi Muhammad Suryady Bandy |
UMNO (Digantung) |
8 |
Tanjung Keramat |
Ir. Shahelmey Yahya |
UMNO (Digantung) |
SENARAI TERKINI 12 KERUSI DUN WARISAN DI SABAH
No. |
Kawasan DUN |
Wakil Rakyat (ADUN) |
1 |
Senallang |
Datuk Seri Shafie Apdal |
2 |
Sulabayan |
Datuk Dr. Jaujan Sambakong |
3 |
Silam |
Dumi Pg. Masdal |
4 |
Tungku |
Assaffal P. Alian |
5 |
Gum-Gum |
Arunarnsin Taib |
6 |
Sekong |
Alias Sani |
7 |
Elopura |
Calvin Chong Ket Kiun |
8 |
Sri Tanjong |
Justin Wong Yung Bin |
9 |
Darau |
Azhar Matussin |
10 |
Tanjong Aru |
Junz Wong Hong Jun |
11 |
Moyog |
Darell Leiking |
12 |
Bugaya |
Jamil Hamzah |
By - Awang Batatar
Kembali 11 Mei 2025