Dr Jeffrey Kitingan & STAR: Pendedahan Rasuah atau Helah Politik Keluar GRS bersama PN Malaya!
01:10 Oct 05, 2025  |  By SabahKini2
Dr Jeffrey Kitingan & STAR: Pendedahan Rasuah atau Helah Politik Keluar GRS bersama PN Malaya!

Dr Jeffrey Kitingan Presiden STAR keluar GRS tidak mengejutkan. Game sudah lama disusun. Namun dia terjerat mengambil wang rasuah Albert Tei dan partinya terjejas teruk. Jeffrey guna alasan Malaya untuk keluar GRS namun kini beliau berunding dengan PN

Dunia politik Sabah kembali hangat apabila Presiden STAR merangkap Timbalan Ketua Menteri I Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, dikaitkan dengan dakwaan rasuah berjumlah L;. oleh ahli perniagaan kontroversi, Albert Tei. Pendedahan Albert Tei ini membongkar sendiri betapa tamaknya Albert Tei dari cubaan membolot 13 lesen mineral kepada batu kuari granit dan silika didalangi oleh bekas-bekas pegawai kanan penguatkuasa.

[ARTIKEL BERKAITAN- Rakusnya Albert Tei: Dari Monopoli Lesen Mineral ke Syarikat Dipengerusikan Tan Sri Puzi & Bakri Zinin Lobi Projek Kuari & Silika]

Pendedahan ini hadir serentak dengan langkah mengejut STAR menarik diri daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS), sekali gus membuka persoalan: adakah ini krisis integriti, atau sekadar strategi politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN)? 

Pendedahan Albert Tei: RM1.78 Juta Wang Tunai

Dalam laporan Malaysiakini, Albert Tei mendakwa wang tunai diberi kepada Jeffrey di sebuah restoran makanan laut di Kuala Lumpur. Antara dakwaan utama:

  • Jeffrey menerima lebih RM1.6 juta tunai, termasuk RM500,000 bersama ADUN Sook, Ellron Alfred Angin, dan RM300,000 kepada ADUN Bingkor, Robert Tawik. Dakwaan Albert)
  • Bayaran dilakukan sebelum, semasa dan selepas PRU 2022.
  • Jeffrey tidak menafikan secara langsung dalam rakaman perbualan, walaupun beliau dan semua yang dinamakan menolak dakwaan itu secara rasmi.

Petikan rakaman yang tersebar menimbulkan tanda tanya:

“Datuk, itu RM1.6 juta saya bagi Datuk itu, itu cash, no problem, Datuk.”


Rizal Johari: Setiausaha Sulit Terpalit

 

Nama Rizal Johari, dikatakan setiausaha sulit Jeffrey, turut muncul dalam pendedahan. Tei mendakwa Rizal pernah membawa RM300,000 tunai kepada Jeffrey. Walaupun tiada bukti pihak ketiga mengesahkan transaksi itu, kenyataan ini menambah lapisan keraguan terhadap integriti kepimpinan STAR.

Rizal Johari menafikannya namun video yang tular agak jelas perbualan mengenai wang rasuah yang diterimanya.

 

SPRM Panggil Jeffrey Kitingan Beri Keterangan

Selepas pendedahan ini mendapat perhatian awam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan telah memanggil Datuk Dr Jeffrey Kitingan untuk memberi keterangan berhubung dakwaan tersebut. Menurut sumber, sesi siasatan ini bertujuan mendapatkan maklumat langsung daripada beliau bagi melengkapkan kertas siasatan.

Setakat ini, SPRM belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai status siasatan atau sama ada Jeffrey akan dituduh di mahkamah. Namun, tindakan memanggil beliau menandakan bahawa isu ini dianggap serius oleh pihak berkuasa.

Keluarnya Dr Jeffrey dari GRS maka akan lebih memudahkan SPRM melakukan siasatan terhadapnya dan Setiausaha Sulitnya.

STAR Tinggalkan GRS, kerjasama PN Malaya!

Di tengah dakwaan rasuah ini, STAR membuat gerakan politik besar:

  1. Keluar GRS: Jeffrey mendakwa PH hanya sudi menyerahkan 21–23 kerusi, jauh daripada tuntutan STAR. Namun pemerhati melihat keputusan ini sudah dijangka selepas pertemuan Jeffrey dengan Presiden Warisan, meskipun Warisan enggan melepaskan lebih 20 kerusi.
  2. Desas desus Jeffry meninggalkan GRS bukan baru kerana sebelum ini Jeffry ada bertemu dengan Presiden Warisan untuk bergabung namun Warisan menolaknya.
  3. Sudah djangka jika STAR mahu bertanding menggunakan logo sendiri bermakna Jeffrey memang mengadakan rundingan dengan parti lain selepas PRN 17 Sabah.
  4. Berunding dengan PN: Sumber mendakwa Jeffrey telah menemui Datuk Seri Ronald Kiandee, Naib Presiden Bersatu, untuk menjalin kerjasama dengan PN – dipercayai sebagai jalan mendapatkan dana PRN.
  5. Nasib calon STAR: Beberapa ADUN STAR dilaporkan akan bertanding sebagai calon GRS keahlian terus, tidak akan menyertai parti STAR
  6. Maka alasan STAR tidak setuju kerusi PKR-PH hanyalah satu alasan kerana STAR akan bekerjasama dengan PN juga.

Cabaran tersebar Dr Jeffrey ialah Dato’ Victor Peter P. Paut, Ketua Bahagian PGRS (Parti Gagasan Rakyat Sabah) Tambunan yang berpengaruh menggugat kedudukan Dr Jeffrey di Tambunan. Pemimpin berasal dari Kg Lintuhun Tambunan dilihat pemimpin tempatan yang dekat dengan rakyat  telah menimbulkan perhatian dan perbandingan dengan Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan. Ada yang melihat ia sebagai potensi retakan dalam kerjasama komponen GRS di Tambunan. Keluarnya Dr. Jeffrey Kitingan ia pasti satu lorong mudah sebagai calon GRS!.

Laporan menunjukkan Dr Jeffrey sangat tergugat di DUN Tambunan.

 

 

 

Maka Pemanggilan Jeffrey oleh SPRM adalah langkah awal, namun hasil siasatan akan menentukan sama ada dakwaan Tei berasas atau hanya mainan politik. Niat STAR keluar gabungan sudah dijangka bukan satu kejutan. 

STAR tidak mempunyai calon sesuai kecuali kerusi yang dimenanginya. Jika semua adunnya bertanding bawah kerusi GRS secara langsung ini pasti akan memberi tekanan buat Dr Jeffrey yang partinya ketandusan calon pilihanraya.

Campur tangan SPRM dan persepsi buruk rasuah menjejaskan nama baik Dr Jeffrey Kitingan. Jika Setiausahanya ditangkap dalam tempoh terdekat ia pasti akan meruntuhkan Dr Jeffery dan STAR!.  Kini masa depan beliau dan STAR  berada di ambang yang paling getir.

Bagaimana dengan Parti SAPP pimpinan Yong Teck Lee?  Yong hanya mahu bertanding di kerusi DUN pengundi ramai Bumiputera Islam dan takut bertanding di kerusi majoriti Cina. Sekarang Yong Teck Lee mahu bertanding di DUN Segama (N.61). Bolehkah Yong menang di sana? 

 

1 Comment