Rakusnya Albert Tei: Dari Monopoli Lesen Mineral ke Syarikat Dipengerusikan Tan Sri Puzi & Bakri Zinin Lobi Projek Kuari & Silika
11:09 Sep 27, 2025  |  By SabahKini2
Rakusnya Albert Tei: Dari Monopoli Lesen Mineral ke Syarikat Dipengerusikan Tan Sri Puzi & Bakri Zinin Lobi Projek Kuari & Silika

Betapa Gila dan Rakusnya Albert Tei- Dari 13 Syarikat Mineral dia juga melobi projek kuari & silika. Peralat bekas pegawai kanan untuk akses sokongan YB. Bila dia tak dapat projek dia mengamuk. Tindakan Ketua Menteri tepat menolak Albert Tei Malaya ini.

Nama Dato’ Tei Jiann Cheing @ Albert Tei sekali lagi menunjukkan kebodohannya selepas siri pendedahan terbarunya hanya menunjukkan betapa gila dan rakusnya dia cuba membolot mineral dan segala projek di Sabah. Jika sebelum ini beliau didedahkan menyusun 13 syarikat proksi untuk memonopoli lesen "prospecting licence" galian negeri, kini terbukti Albert turut menggunakan proksi untuk projek silika dan lesen kuari. Beliau mendedahkan kononnya Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang menyokong projeknya telah diberi rasuah olehnya wal hal dia yang menaja sebagai dana politik. Dalam semua siri videonya beliau sendiri yang menawarkan diri bukan YB yang memintanya.

[ARTIKEL BERKAITAN- Fail Sulit Kartel Albert Tei terbongkar bersekongkol dengan Jontih, 3 pengerusi syarikat cuba bolot 13 lesen mineral di Sabah ]

 

Lantaran itu semua Pengerusi bekas-bekas pegawai kanan polis, LHDN dan JPJ meletak jawatan dalam syarikatnya dan persatuan PPGS kerana merasa diperalat Datuk Albert Tei.

[ARTIKEL BERKAITAN- Diperdaya Kartel Albert Tei: 3 Pengerusi Syarikat Letak Jawatan, Bekas Ketua Polis Sabah Tinggalkan NGO PPGS! ]

[ARTIKEL BERKAITANROS digesa batalkan PPGS: Dato’ Albert Tei langgar Seksyen 9A Akta Pertubuhan, peralat NGO monopoli lesen mineral di Sabah

Rajah 2:Senarai AJK NGO PPGS yang ditubuh oleh Datuk Albert Tei untuk mengawal mineral Sabah
Namun Presiden, Timbalan dan beberapa AJK telah meletak jawatan kerana
SUA PPGS dari Malaya memperalat NGO untuk kepentingannya

Namun kedudukan terbaru PPGS adalah seperti berikut;

 


Rajah 3: Lebih 50 syarikat digunakan oleh Albert Tei untuk cuba sapu projek mineral, kuari dan silika

 

 


Dalam siri pendedahan projek Silika dan lesen kuari sejak semalam Albert Tei dan Malaysiakini menutup nama syarikatnya. Syarikat itu ialah Legend Motion Sdn Bhd.

Siapa pemilik Legend Motion Sdn Bhd ini? Mari kita lihat siapa pemilik syarikat yang melobi menipu Datuk Dr Jeffrey yang hanya menyokong permohonannya.

Syarikat Proksi: Legend Motion Sdn. Bhd

Dokumen yang dikemukakan ialah Legend Motion Sdn. Bhd. Syarikat itu milik Albert Tei Syarikat yang pengarahnya ialah Lim Kian Wee @ Erwin proksi dan orang kanan Albert Tei (Bagi 50 syarikat diatas- Rajah 3). Erwin merupakan Penolong Bendahari Persatuan Pengusaha Galian Sabah (PPGS). (Rujuk Rajah 2 di atas).  Pemilik saham terbesar Legend Motion Sdn. Bhd ialah Nova Asia Resources Sdn. Bhd- yang juga dikuasai Albert Tei.

 

Legend Motion Sdn Bhd sebelum ini dipengerusikan oleh Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin, bekas Timbalan Ketua Polis Negara.

Hal ini membuktikan strategi Albert Tei memperalat bekas pegawai kanan keselamatan untuk memperkukuh kedudukannya.


Tan Sri Bakri Zinin Pengerusi Legend Motion Sdn Bhd


 PENGARAH & PEMEGANG NOVA ASIA -  ALBERT TEI

Pengarah dan Pemegang Saham Nova Asia 100 peratus ialah Albert Tei.


SIAPA DI BELAKANG NOVA ASIA RESOURCES?

Nova Asia Resources kebanyakannya menjadi pemegang kepada syarikat milik Albert Tei. Satu dari syarikut utama yang digunakan oleh Albert Tei ialah CLA Global Holdings Sdn. Bhd. 

Melalui CLA Global Holdings Sdn. Bhd Tan Sri Fuzi Harun bekas Ketua Polis Negara sebagai Pengerusi digunakan untuk memegang semua pegawai kanan polis dan penguatkuasa. Lantaran itu kebanyakan pengerusi syarikat Albert Tei ialah bekas-bekas polis sebagaimana nama dalam Persatuan Pengusaha Galian Sabah (PPGS). Sabahkini2 pernah mendedahkan butiran profil syarikat CLA Global Holdings Sdn. Bhd. 

 

 

Rangkaian ini jelas menunjukkan bagaimana Albert Tei menggunakan bekas IGP,  Timbalan IGP dan pegawai kanan untuk mengabsahkan kartel korporatnya.

 

Surat Sokongan Kuari: Jeffrey Kitingan

Albert Tei dan Malaysiakini memainkan dua pucuk surat rasmi bertarikh 6 dan 12 Disember 2022 lobi lesen kuari granit seluas 80 hektar di Hutan Simpan Pulau Banggi (Seperti di atas). 

  • Surat pertama ditandatangani sendiri oleh Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, Timbalan Ketua Menteri I/Presiden STAR, menyokong permohonan Occupation Permit (OP) 30 tahun kepada Ketua Menteri Sabah.
  • Surat kedua daripada surat iringan Pejabat Ketua Menteri, dengan catatan tangan Datuk Seri Hajiji Noor: “Sila teliti, tiada halangan jika teratur.”

Dari dokumen yang didedahkan jelas Ketua Menteri hanya meminitkan kepada pegawai jika semuanya mengikut peraturan. Memandangkan semua syarikat Albert Tei dari lesen Mineral hingga kuari granit tidak menepati peraturan kerana syarikat Malaya maka permohonan syarikat Albert Tei tidak diluluskan.

Sekarang apabila permohonannya gagal beliau menyerang Datuk Dr Jeffrey Kitingan.  

Apa yang pasti sebagaimana 13 syarikat yang digagalkan oleh Ketua Menteri lesen kuari dan silika juga ditolak Ketua Menteri.

Projek Silika Pulau Balambangan

Permohonan dan lobi pasir silika di Pulau Balambangan bukan baru. Malah sejak zaman Warisan sudah menjadi kontroversi. Shafie Apdal dan Yayasan Sabah pada tahun 2019 dilaporkan media menandatangani kontrak Yayasan Sabah- YSG Silica Sdn Bhd dengan KTS Group ( Aura Evenue Sdn Bhd).

Begitu juga permohonan oleh Dato’ Sri Thomas Hah Tiing Siu sebelum ini bagi projek penternakan kambing yang telah dibatalkan di Pulau Balambangan. Semuanya tidak menjadi.

Rupanya Albert Tei juga mencuba nasib memohon Silika Pulau Balambangan menggunakan Timbalan Ketua Menteri Dr Jeffrey Kitingan sejak tahun 2022. Namun permohonan itu dibuat dengan kerjasama Yayasan Sabah yang sudah pasti tidak akan diluluskan berdasarkan sejarah sebelum ini. Jelas surat yang didedahkan hanya sebuah surat KEKECEWAAN ALBERT TEI. Siapa pemilik syarikat Albert Tei gunakan Sabahkini2 akan dedahkan kemudian.

 

 

Rakus, Tamak dan Bermuka Dua

Ironinya, Albert Tei yang sebelum ini menafikan memberi rasuah kepada dua adun di mahkamah tetapi bernyanyi rugi bayar rasuah kini membuka lagi satu pekong lain bahawa dia cuba merembat kuari dan silika.

Beliau bukan sahaja mahu lesen mineral, tetapi juga lesen pasir, silika dan kuari batu granit. Segala-galanya disusun dengan menggunakan bekas pegawai kanan kerajaan, tokoh polis, dan sokongan politik. Semua bekas pegawai kanan polis yang digunakannya berjumpa dengan para Adun menggunakan kepentingan Persatuan Pengusaha Galian Sabah (PPGS) bagi lobi projek kononnya semua ini untuk kebajikan bekas pesara pegawai kanan.

Bukti dokumen jelas menunjukkan Albert Tei:

  1. Menguasai Legend Motion dan Nova Asia Resources sebagai kenderaan pelaburan
  2. Menyusun bekas Ketua Polis Negara, Timbalan Ketua Polis Negara dan bekas pegawai kanan sebagai pengerusi syarikat.
  3. Melobi melalui surat sokongan Timbalan Ketua Menteri dan mendapat perhatian Ketua Menteri Sabah.

Semua ini sama dengan laporan mengatakan taikun Singapura Dato’ Sri Pek Kok Sam yang juga melobi lesen mineral emas di Sabah yang kecoh baru-baru ini menggunakan pemimpin UMNO Sabah. Albert Tei nampak menggunakan semua kabelnya seperti GRS, PKR (Farhash) dan pemimpin UMNO BN. Hanya yang membezakan operasi Albert Tei ialah ada rakaman video atau video belum didedahkan.

Pendedahan ini membuktikan kerakusan Albert Tei tidak mengenal batas. Dari 13 syarikat kartel mineral, 50 syarikat proksi bertebaran hingga kepada kuari silika di hutan simpan – semuanya didedahkan sendiri apabila kehendaknya tidak dilayan.

“Betapa gilanya kerakusan Albert Tei – semua dia mahu sapu. Dari lesen mineral, pasir, silika, hingga kuari granit. Rakus tanpa batas, memperalat pegawai kanan polis, dan menekan kerajaan negeri.”

Tindakan Datuk Seri Panglima Haji Haji Mohd Noor Ketua Menteri menolak dan membatalkan semua permohonan kartel Albert Tei sangat tepat! Bukti Hajiji tegas menolak orang gila dari Malaya bernama Albert Tei! Ini termasuk menghalang Albert Tei sebagai Setiausaha Agung NGO PPGS yang buat kacau di Sabah. Albert Tei hanya boleh masuk ke Sabah untuk hadir prosiding kes di Sabah dan selepas itu perlu berambus keluar dari Sabah.

Namun satu kemusykilan cara naratif pendedahan Albert Tei seperti disusun oleh seseorang yang berpengalaman. Apakah Tan Sri Puzi dan beberapa bekas Pengerusi syarikat yang masih setia kepada Albert Tei di belakangnya? 

 

2 Comments