SPRM siasat taikun konsesi air Victor S. Paul cubaan beli ADUN bebas RM10 juta sokong Shafie & Warisan
19:12 Dec 04, 2025  |  By SabahKini2
SPRM siasat taikun konsesi air Victor S. Paul cubaan beli ADUN bebas RM10 juta sokong Shafie & Warisan

Shafie Apdal nafi cubaan beli adun. Hari ini Victor S Paul beri notis nafi dakwaan beli Adun Sabah. Siapa yang nak mengaku berak tepi jalan? Faktanya jelas. Biarkan SPRM siasat dakwaan penglibatan taikun konsesi air ini.

Pendedahan Sabahkini2 sebelum ini mengenai cubaan terancang membeli ADUN Bebas dengan harga RM10 juta setiap seorang — bagi membolehkan Shafie Apdal kembali sebagai Ketua Menteri — kini memasuki fasa lebih panas apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan menghantar pegawainya ke Sabah untuk menyiasat dakwaan tersebut.

[ARTIKEL BERKAITAN- Cubaan Tumbangkan GRS: Shafie Apdal & Taikun Konsesi Air Victor S. Paul Didakwa Mahu Beli ADUN Bebas RM10 Juta!]

Cubaan Tumbangkan GRS: Shafie Apdal & Taikun Konsesi Air Victor S. Paul Didakwa Mahu Beli ADUN Bebas RM10 Juta!

 

Sumber mengesahkan bahawa siasatan memberi fokus kepada individu berprofil tinggi, termasuk Datuk Seri Panglima Victor Subbrayan Paul, taikun air Sandakan dan pemilik pelbagai aset strategik di Metro Town Kota Kinabalu.

 
METRO TOWN- menempatkan Hote Avangio, JMC, RHB Bank, AM Bank, Metropot (Slot Mesin) dan lain-lain

 

Victor S. Paul: Taikun Air Sandakan, Pemilik Avangio & Pengaruh Besar Dalam Warisan

Nama Datuk Seri Panglima Victor Subbrayan Paul bukan asing dalam landskap perniagaan Sabah.

Beliau merupakan pemilik konsesi air Sandakan melalui Timatch Sdn. Bhd., pemilik Hotel Avangio, serta pembangun kawasan komersial besar Metro Town Kolombong yang menempatkan bank-bank tempatan, premis komersial, restoran METROPOT (yang turut dikaitkan dengan operasi mesin slot hiburan), serta pelbagai perniagaan lain.

Selain itu, Victor Paul juga mempunyai kepentingan langsung sebagai pemilik dan pemegang saham dalam Jesselton Medical Centre (JMC), menjadikan beliau antara figura korporat paling berpengaruh di Kota Kinabalu.

 

Sumber Warisan sebelum ini mendakwa bahawa penglibatan Victor Paul dalam politik negeri jauh lebih besar daripada sekadar penyumbang dana biasa. Beliau dituduh sebagai pembiaya utama operasi politik Shafie Apdal, termasuk menaja ADUN Bebas untuk “melompat” ke Warisan, membiayai logistik serta kempen parti, menyediakan penginapan percuma kepada jentera di Hotel Avangio, dan menjadi penyokong kewangan paling signifikan dalam misi menjatuhkan kerajaan GRS.

Turut menjadi kemusykilan bank tempatan di sekitar METRO TOWN melaporkan bagaimana Datuk Seri Victor Paul mengeluarkan dana dalam bank RM200 ribu sehari  sebelum pilihanraya. Dari mana semua dana ini? Apakah semua ini untuk dana Shafie Apdal?

Dakwaan inilah yang kini menarik perhatian SPRM untuk meneliti peranan serta aliran dana yang dikaitkan dengan taikun tersebut.

 

Janji Hospital & Kilang Ubat — Datuk Seri Panglima Victor Paul bakal meraih untung?

Dalam siri kempen Warisan baru-baru ini, Shafie Apdal menjanjikan:

  • pembinaan hospital milik kerajaan Sabah, dan
  • pembinaan kilang ubat milik negeri.

Mengapa Shafie berjanji mengenai hospital dan Kilang ubat? Semua itu berkait langsung dengan kepentingan Datuk Seri Victor Paul, selaku pemilik Jesselton Medical Centre (JMC) yang akan menasihati Shafie Apdal. 

Jika Warisan kembali berkuasa, cadangan pembinaan hospital kerajaan dan kilang ubat dijangka membuka peluang besar kepada Victor Paul — bukan sahaja dari segi perluasan perniagaan, tetapi juga sebagai usaha mempertahankan konsesi air Sandakan, aset komersial Metro Town, serta projek-projek berkaitan kesihatan dan perubatan di bawah pengaruhnya. Tidak mustahil Hospita swasta milik kroni dijual kepada Kerajaan Negeri. Justeru tidak menghairankan apabila Victor Paul didakwa bekerja keras membiayai kempen Shafie Apdal, kerana masa depan empayar perniagaannya dilihat bergantung secara langsung kepada keputusan politik Sabah.

 

Notis Penafian Timatch — Cubaan Mengawal Naratif?

Hari ini, Timatch Sdn Bhd yang mewakili Victor Paul mengeluarkan satu Notis Awam / Penjelasan melalui media tempatan — menafikan sepenuhnya dakwaan Sabahkini2, menyifatkannya palsu, tidak berasas dan berniat jahat.

Dalam notis itu, Timatch:

  • mendakwa Sabahkini2.co portal luar negara yang tidak berdaftar,
  • menafikan sebarang penglibatan dalam aktiviti rasuah atau politik,
  • mengekalkan hak memulakan saman fitnah,
  • mengesahkan telah membuat laporan polis dan aduan kepada MCMC.

Namun semua ini akan terjawab jika SPRM menyerbu Syarikat Datuk Seri Panglima Victor Paul.

 

 

3 Comments