Selepas tular tanah Chia Fook Kung '50,000 ekar' batal tidak diluluskan, Pengarah JTU mengaku hanya 'Notis'
09:05 May 22, 2019  |  By SabahKini2
Selepas tular tanah Chia Fook Kung '50,000 ekar' batal tidak diluluskan, Pengarah JTU mengaku hanya 'Notis'

Isu tanah '50,000 ekar' menunjukkan sikap sebenar pegawai JTU dalam proses permohonan tanah sama ada kecil atau besar. Rakyat dan sesiapa sahaja boleh memohon tetapi tidak akan diluluskan. Semua tu hanya gimik untuk rakyat

Di mana Safar Untung Pengarah JTU sebelum ini? Isu tanah Darau, Kg Warisan, Kg Boronuon dan 180 ekar Sook. Dulu beliau kata tanah mangsa kebakaran diluluskan di Kota Kinabalu. Di mana?

KOTA KINABALU: Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah akhirnya membuat penafian berhubung laporan portal Sabahkini2.com bertarikh 18 Mei lalu mengenai satu kenyataan berbentuk pertanyaan “50,000 ekar tanah adat Pensiangan diluluskan Kerajaan Warisan kepada Chia Fook Kung?”

Portal Borneotoday melaporkannya sebagai “Tuduhan palsu, Kerajaan tidak pernah meluluskan 50,000 ekar tanah” yang kononnya tanah adat di daerah Nabawan itu diberi kepada sebuah syarikat untuk tujuan penanaman getah dan kelapa sawit.


Merujuk kepada artikel asal Sabahkini2 sama ada tanah itu 50,000 ekar atau 50 ekar ia satu pertanyaan menggesa pihak kerajaan Sabah menyiasat permohonan tanah itu dari Jabatan Tanah dan Ukur Sabah atas penama seorang cina bernama Chia Fook Kung bukan kepada sebuah syarikat sebagaimana dilapor Borneo Today. Jadi di mana palsunya? Dan sekarang Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah sedang menjawabnya.

Selepas artikel itu tular Pengarahnya, Datuk Safar Untong dalam satu kenyataan medianya bertarikh 21 Mei 2019 berkata, gambar notis yang didedahkan  merupakan notis makluman untuk pemberitahuan umum terhadap permohonan tanah seluas 50 ekar yang telah dipohon.

Secara bahasa kasarnya Notis yang dipamerkan itu adalah 'Wayang' untuk kelabukan rakyat.
Yang pasti selepas TULAR adalah 'TIDAK DILULUSKAN'

 

Menurut Safar imej surat itu sebenarnya notis mengikut Seksyen 13, Ordinan Tanah Negeri Sabah yang wajib dipamerkan di papan kenyataan Pejabat Penolong Pemungut Hasil Tanah Nabawan.

“Notis ini merupakan keperluan mandatori dalam proses permohonan tanah yang bertujuan untuk membolehkan mana-mana Anak Negeri yang mempunyai hak adat membuat bantahan dan tuntutan di kawasan tanah yang dipohon bermula 29 April 2019 hingga 28 May 2019,” katanya.

Safar Untong juga mengaku permohonan tersebut tidak pernah diluluskan seperti didakwa, sebaliknya kerajaan mempunyai pelan sendiri untuk membangunkannya demi kepentingan rakyat.

“Keluasan permohonan tanah yang dipohon melalui PT2007150274 adalah 50 ekar sahaja dan bukannya 50,000 ekar, sistem komputer Jabatan Tanah dan Ukur telah diset untuk menetapkan angka keluasan kepada tiga titik perpuluhan iaitu dalam kes ini 50.000 ekar.

“Permohonan tanah ini telah didaftarkan di Pejabat Penolong Pemungut Hasil Tanah Nabawan pada 7 Januari 2007.

“Permohonan tanah ini tidak pernah diluluskan dan tiada sebarang surat kelulusan dikeluarkan oleh kerajaan negeri,” tegas beliau dalam satu kenyataan

Ini bermakna dengan pengakuan Safar Untung itu permohonan rakyat seperti Chia Fook Kung dan orang lain di kawasan notis yang dipamerkan hanyalah sebuah lakonan sahaja dan untuk mengikuti prosedur kerajaan memujuk hati rakyat yang membuat permohonan. Jawapannya telah disetkan lebih awal “TIDAK LULUS”. 

Itupun mungkin jika tidak tular dalam media sosial. Kalau tidak, diam-diam mungkin sebaliknya.

Safar juga menjelaskan tanah yang dipohon pernah dirancang oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah untuk projek agropolitan pada tahun 2010.

Sehubungan itu jelasnya, Jabatan Tanah dan Ukur akan MEMBATALKAN SEMUA permohonan tanah di situ ini bagi membolehkan kerajaan negeri merancang tanah kerajaan untuk pembangunan sosio ekonomi masyarakat setempat. Oleh itu rakyat tempatan yang juga memohon di kawasan ini mereka juga tidak akan dapat kelulusan. 

Tinjauan Sabahkini2 dalam komen-komen laman sosial mengenai kenyataan Safar Untung itu tidak kurang juga netizen berpendapat sebagai ‘wayang’ pengarah dan kerajaan Warisan itu.

 

Menurut Steven Kombosih “Cakap tuduhan tapi bawah meja tidak siapa yang tahu”.

“Alasan saja tu,dah kantoi..terpaksa buat alasan..dasar mundu” kata seorang pengguna facebook Ilon Ellen Ellen.

Jika benar Safar Untong mahu memberi penjelasan di mana beliau ketika isu-isu sebelum ini didedahkan oleh portal Sabahkini2 berhubung hal tanah? Tidak pula beliau pernah tampil menjelaskan jawapannya pada isu-isu yang tular menggusarkan rakyat. 

Isu Penduduk Kg Darau di Sepanggar menentang rancangan penempatan baru untuk membina rumah transit hampir 700 orang mangsa kebakaran Kampung Cenderamata 2, Likas. DBKK ketika itu meluluskan tanah di Kg Darau dan Kg Boronoun Sepanggar.

[ARTIKEL BERKAITAN - Protes 'Darau Bantah' tolak Penempatan Setinggan Ahli Parlimen Sepanggar ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Kini Orang Kg Boronuon Sepanggar bantah sebagai pusat penempatan setinggan terbakar ]

Protes 'Darau Bantah' tolak Penempatan Setinggan Ahli Parlimen Sepanggar

Bagi meredakan ketegangan itu Safar Untong pada 31 Julai 2018 berkata Shafie Apdal telah meluluskan tanah penduduk terbakar itu di Kota Kinabalu. Apa kata Safar Untong?

"Kawasan yang dicadangkan terletak di Kota Kinabalu yang berstatus tanah kerajaan dan tanah simpanan kerajaan yang masih tersedia dan tidak berpenghuni.

"Kawasan yang dicadangkan tersebut telahpun dikemukakan kepada Ketua Menteri untuk pertimbangan," katanya ketika itu.

Sehingga sekarang tanah itu tidak diketahui kedudukannya. Di mana tanah ini? Tanah itu diluluskan diam-diam ke? Bernama turut melaporkan berita ini. 

[ARTIKEL BERKAITAN- Shafie Apdal bakal luluskan tanah penempatan kekal di tanah kerajaan-JTU

Begitu juga rakyat Sepanggar  dikejutkan lagi surat dari Dato' Hj Mohd Hisham Hj Abd Fattah Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri berhubung surat sokongan perakuan kelulusan LA-2018010117 tapak perkampungan Kg Warisan Jaya di Sepanggar yang dipohon oleh Encik Satar Lipae Pengerusi Penyelaras Kg Warisan. Apa status tanah yang dipohon oleh penyokong Warisan ini menggunakan sokongan pejabat Ketua Menteri? Tiada pula kenyataan media dari Safar Untung.

[ARTIKEL BERKAITAN - Terbongkar Kg Misteri Kg Warisan Jaya bakal diluluskan Shafie Apdal di Sepanggar ]

Surat itu di minit dan alamatkan kepada Safar Untung. Tiada pula kenyataan
media Safar Untung menjelaskan isu berkenaan. terus misteri sehingga kini

Isu penduduk daerah Sook kecoh apabila surat yang diminitkan oleh Shafie Apdal mengenai permohonan tanah negeri untuk tanaman kelapa sawit dan buah-buahan seluas 15 ekar bagi 12 orang pemohon (180 ekar) tular mengaitkan sebagai orang luar Sook. Ketua pemohon Abdull bin Naim beralamatkan Kg Lingkudau Keningau sebuah penempatan Kampung Setinggan yang terbakar sebelum ini. Mana Safar Untung? tiada pula kenyataan media Safar Untung. Hanya jentera UPPM Sook berusaha menjawabnya. Hanya setelah tular bagaimana kalau rakyat tak tahu?

[ARTIKEL BERKAITAN- Terbongkar! Shafie Apdal arah beri tanah 180 ekar kepada 'Orang Suluk' di Kg Biah Skim Sook! ]

Surat Ketua Pemohon Abdull Naim beralamat Kg Lingkudau Keningau- Bangsa Suluk

Terbongkar! Shafie Apdal arah beri tanah 180 ekar kepada 'Orang Suluk' di Kg Biah Skim Sook!

Sepatutnya isu tanah yang diminitkan oleh Shafie Apdal kepada “Pengarah Jabatan Tanah, Sila beri keutamaan” merujuk kepada Safar Untunglah Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur jawab. Tetapi tidak. Safar Untung mengambil jalan berdiam diri isu itu. Adakah lulus senyap-senyap atau beri kelulusan kepada pihak lain ke? Berbakul-bakul kecaman netizen tetapi tiada pula penjelasan Safar Untung. 

Walaubagaimanapun penjelasan Safar Untong mengenai tanah '50,000 ekar' di Pensiangan itu diucapkan terima kasih. Rakyat juga tahu lebih awal bahawa permohonan rakyat hanya setakat notis dan PASTI TIDAK DILULUSKAN. Tanah itu akan diambil alih kerajaan untuk projek pembangunan. Isu tanah '50,000 ekar' menunjukkan sikap sebenar pegawai JTU dalam proses permohonan tanah sama ada kecil atau besar. 

 

 

5 Comments