KOTA KINABALU: Timbalan presiden Warisan, Darell Leiking sekali lagi membuat penafian dakwaan bahawa parti itu membantu pendatang tanpa izin sebagai fitnah semata-mata.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Pemuda dan Wirawati Warisan di Penampang, Leiking sekali lagi mencabar bukti daripada mana-mana pihak yang menuduh Warisan membantu pendatang tanpa izin, tetapi tidak ada pihak yang dapat menyokong dakwaan tersebut dengan bukti.
“Kenapa mereka tidak dapat mengemukakan bukti? Sebab mereka tahu tuduhan itu tidak benar.”
Oktober tahun 2018 Darell mencabar mereka yang mendakwa Warisan memberi kad pengenalan Malaysia kepada pendatang tanpa izin untuk membuat laporan polis.
Leiking menafikan Warisan pernah berbuat demikian dan mereka yang mempunyai bukti sebaliknya perlu membuat laporan polis dengan segera.
“Ramai orang menuduh Warisan mengeluarkan MyKad kepada pendatang tanpa izin. Tidak ada perkara seperti itu. Saya cabar mereka.
“Sekiranya kita berbuat demikian, sila tunjukkan kepada kami bukti,” katanya ketika itu.
Awal minggu ini, penyelaras PPBM Sabah dan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sulaman, Hajiji Noor menyuarakan kebimbangan beliau terhadap rancangan kerajaan negeri pimpinan Warisan untuk “memutihkan” pendatang tanpa izin di negeri itu.
Beliau mempertahankan kenyataannya itu dengan berkata, beliau hanya menyuarakan kebimbangan yang diutarakan oleh rakyat, terutamanya selepas melihat ramai orang asing mendatangi pesuruhjaya sumpah bagi mengesahkan dokumen milik mereka.
[ARTIKEL BERKAITAN- Saya suarakan kebimbangan rakyat Sabah bukan serang Kerajaan Warisan- Hajiji ]
Kenyataan Hajiji itu mendapat kecaman dari pemimpin Warisan seperti Datuk Azis Jamman dan juga para pejuang siber Warisan. Mereka menyerang Hajiji dalam media sosial sebagai menyokong pembangkang Sabah.
Manakala cabaran Darell Leiking itu turut mendapat kecaman netizen dengan mengemukakan kembali fakta-fakta kes tindakan Warisan memerintah setahun yang Darell gagal menjawabnya sehingga kini. Bahawa apa yang dikatakan oleh rakyat Sabah kerajaan Warisan memberi keutamaan warga asing dilakukan oleh Kerajaan Warisan sekarang bukan orang lain. Fakta dan buktinya sangat jelas.
1. Siapakah yang mencadangkan Pemutihan pekerja asing/PTI jika bukan kerajaan Warisan?
[ARTIKEL BERKAITAN -SILA KLIK
Kerajaan negeri akan beri dokumen kepada pekerja asing haram di Sabah
(VIDEO) Timbalan Menteri KDN mengaku kerajaan akan beri dokumen kepada PATI
Berjuta PTI lega, Sabah laksana program pemutihan pekerja asing mula 1 April
Rakyat Sabah perlu positif pengambilan pekerja asing- Tangau
2. Siapakah yang mahu memudahkan pemberian dokumen sijil lahir warganegara, daftar lewat dan MyKad yang berkahwin dengan PTI / warga asing jika bukan kerajaan Warisan?
[ARTIKEL BERKAITAN -SILA KLIK
Projek IC 2: Shafie bantu dapatkan MyKad yang kahwin pendatang asing
Projek IC: Menteri Warisan tuduh pembangkang tapi progam Warisan anjur
Kerajaan Warisan janji mudahkan permohonan sijil lahir warga asing kahwin orang tempatan
Anak PTI hasil berkahwin warga tempatan dibantu beri dokumen kata Azis, Shafie
Mengapa kaunter JPN dikerah untuk Projek IC?- Dr. Jeffrey
3. Siapakah yang beri penempatan kepada Warga Setinggan yang terbakar di kampung Setinggan PTI (tidak sampai 100 hari kerajaan Warisan), wujudkan kampung baru malah beri tanah kalau bukan Kerajaan Warisan?
ARTIKEL BERKAITAN -SILA KLIK
Penempatan transit setinggan Likas, penduduk Kg Darau bantah Ahli Parlimen Sepanggar
Protes 'Darau Bantah' tolak Penempatan Setinggan Ahli Parlimen Sepanggar
Kini Orang Kg Boronuon Sepanggar bantah sebagai pusat penempatan setinggan terbakar
Shafie Apdal bakal luluskan tanah penempatan kekal di tanah kerajaan-JTU ]
Janji 100 hari Warisan diteruskan Kg Numbak dan setinggan Sepanggar digazetkan?
Terbongkar Kg Misteri Kg Warisan Jaya bakal diluluskan Shafie Apdal di Sepanggar
Terbongkar! Shafie Apdal arah beri tanah 180 ekar kepada 'Orang Suluk' di Kg Biah Skim Sook!
Kini Tanah Teluk Likas pula YB dan penyokong Warisan 'Pau' guna kuasa TYT Sabah!
4. Siapa yang laksanakan pemberian dokumen IMM13, dokumen khas kepada IMM13 jika bukan kerajaan Warisan?
[ARTIKEL BERKAITAN -SILA KLIK
(VIDEO) PTI Serbu Dang Bandang demi IMM13 yang dihidupkan semula oleh Warisan
IMM13: Shafie terkejut Azis Jamman Timbalan Menteri KDN dan imigresen tidak beritahunya
IMM13: Shafie 'kambing hitamkan' Jabatan Imigresen, tak mungkin dia tak tahu kata Jeffrey
Azis minta Filipina buka konsulat di Sabah selesai masalah pemegang IMM13
Kedutaan Filipina nafi kenyataan Timbalan Menteri tolak rakyatnya miliki IMM13
Pensyarah UMS Pro PH syor beri PR kepada pemegang IMM13
5. Kerajaan manakah yang bekerjasama dengan Filipina, membuka semula barter trade, mengurus IMM13, passport tetapi dalam masa sama Filipina kekal menuntut Sabah kalau bukan Warisan?
[ARTIKEL BERKAITAN -SILA KLIK
Filipina kekal tuntut Sabah dan Kerajaan negeri bantu warga Filipina tanpa dokumen di Sabah
Sistem ‘Barter Trade’ Sabah bermula 1 Jan 2019 kejayaan kroni Shafie?
Atas desakan kroni, Kerajaan Sabah wujudkan semula sistem barter trade
6. Kerajaan manakah yang menganjurkan program pendokumentasian, projek IC, pengesahan pesuruhjaya sumpah warga asing oleh AJK Warisan dan wujud sindiket jika bukan Kerajaan Warisan?. Begitu banyak laporan polis dibuat namun apa hasil siasatan?
[ARTIKEL BERKAITAN -SILA KLIK
Terbongkar! Projek IC kecoh di Tuaran didalangi Penerangan Pusat Warisan
Menteri Undang-undang JPM anjur Program bantu Projek IC di Batu Sapi?
Projek IC: Menteri Warisan tuduh pembangkang tapi progam Warisan anjur
Dalang IC: Siasat Pemimpin Warisan, Bukan Ugut Rakyat
Borang Projek IC 'Kantoi' Shafie arah tidak guna borang 'Aduan Warisan'
Menteri UPKO akur arahan 'Projek IC' Shafie Apdal
Projek IC: Arahan Shafie dan Warisan, Menteri UPKO kini Panik!
Sindiket Dokumen 'Projek IC' guna nama Timbalan Menteri KDN terbongkar!
Kini Warisan mengaku anjur 'Projek IC' di Dun Apas Tawau
PBB, UMS dan IDS bantu kerajaan warisan Projek IC “Anak Tanpa Negara”
7. Siapakah yang mencadangkan Pulau-pulau di Sabah untuk Penempatan Pendatang Asing Tanpa Izin atau warga asing jika bukan Kerajaan Warisan?
[ARTIKEL BERKAITAN -PTI diberi dokumen dan Pulau Penempatan jika kemasukan beramai-ramai- Shafie Apdal
Pemberian MyPR oleh Warisan?
Terbaru, gambar satu kad MyPR tersebar di media sosial dan mendapat banyak komen daripada orang awam yang menyuarakan kebimbangan dengan mempersoalkan bagaimanakah belia lelaki itu memperoleh status pemastautin tetap pada usia begitu muda.
Mereka juga mempersoalkan alamat yang tercatat di kad tersebut, iaitu Tambunan, sebuah kawasan majoriti orang Dusun, justeru menimbulkan rasa syak bahawa maklumat pada kad berkenaan adalah palsu.
Status pemastautin tetap diberikan oleh kerajaan negeri kepada individu yang telah tinggal di Sabah lebih 5 tahun dan memenuhi kriteria yang ditetapkan dalam undang-undang.
Apa tindakan Darell terhadap AJK Penerangan Pusat Warisan- Projek IC
Jika Darell berkata tiada bukti bagaimana pula laporan polis terhadap Ketua Unit Kecemasan Jawatankuasa Penerangan Pusat Parti Warisan Sabah iaitu Kapten (Dr) Zulfikar bin Zulkifli yang menganjurkan pengesahan borang edaran surat akuan sumpah melalui Pesuruhjaya Sumpah (No. PJS S163) di Kliniknya Medisinar sekitar September 2018? Tiada tindakan dan hukuman dari kepimpinan Warisan sehingga ke hari ini? atau kes ditutup? Apa lagi Darell Leiking mahu?