NGO Mandiri ditaja Tides Foundation dan Soros buat kacau di Sabah peralat Mahasiswa untuk demo Gempur Rasuah Sabah 3.0
02:06 Jun 06, 2026  |  By SabahKini2
NGO Mandiri ditaja Tides Foundation dan Soros buat kacau di Sabah peralat Mahasiswa untuk demo Gempur Rasuah Sabah 3.0

Penganjur Gempur Rasuah Sabah 3.0 didalangi NGO Mandiri yang dapat pembiayaan dana asing Tide Foundation dan George Soros untuk buat kacau di Sabah

Gerakan demonstrasi melibatkan kelompok mahasiswa dan aktivis di Sabah kembali menjadi perhatian apabila kumpulan yang sebelum ini terlibat dalam siri himpunan jalanan mengumumkan penganjuran Demonstrasi Gempur Rasuah Sabah 3.0 yang dijadual berlangsung pada 4 hingga 5 Julai 2026 di Kota Kinabalu.

Demonstrasi tersebut diumumkan oleh kumpulan Suara Mahasiswa UMS bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) Sabah, dengan beberapa aktivis muda yang dikaitkan dengan gerakan mahasiswa sebelum ini termasuk kelompok penyokong Mukmin Nantang dilihat aktif mempromosikan program tersebut di media sosial.

Demonstrasi ini bukanlah benda baru ia seperti juga demontrasi sebelum ini yang digerakkan oleh NGO haram mahasiswa di Sabah.

ARTIKEL BERKAITAN

 Budak Mukmin Nantang dan Norhamdin dalang demo 31 disember, penyamar mahasiswa UMS 'tiada IC' bakal ditangkap lagi

[VIDEO] 9 budak Mukmin Nantang menyamar mahasiswa UMS ditangkap tiada IC Demonstrasi air

[VIDEO] Selepas palauh,setinggan PTI, Mukmin Nantang bos Borneo Komrad tunggang mahasiswa UMS demo isu air

Provokasi bakar karikatur PMX: Langgar syarat himpunan aman, mahasiswa UMS & dalang Warisan wajar disiasat

 

Norhamdin budak Mukmin Nantang sejak dulu dalam NGO Haram Suara Mahasiswa diperalat pembangkang.Kini dia
NGO Mandiri dibiayai agen asing

Perkembangan itu sekali lagi mencetuskan perdebatan mengenai dakwaan penglibatan NGO Mandiri Development Centre yang sebelum ini dikaitkan dengan penerimaan dana asing daripada Tides Foundation serta jaringan pembiayaan progresif antarabangsa yang dikaitkan dengan Open Society Foundations milik George Soros.

Mandiri sejak demo terdahulu adalah di belakang Suara Mahasiswa UMS. Tidak hairan jika mereka mendanai demo itu.

 


Dakwaan Dana Agen Asing dan kepada NGO Jalanan

Sebelum ini beberapa portal dan laporan media alternatif mendakwa bahawa Mandiri Development Centre menerima lebih RM1.5 juta dana asing melalui beberapa transaksi kewangan yang dikaitkan dengan Tides Foundation berpangkalan di Amerika Syarikat.

Laporan tersebut turut mendakwa sebahagian dana berkenaan disalurkan kepada beberapa individu yang aktif dalam gerakan mahasiswa, forum awam, latihan aktivisme serta mobilisasi demonstrasi melibatkan anak muda.

Antara nama yang disebut dalam laporan itu termasuk Amir Hariri Abdul Hadi, Mohamad Alshatry Abdullah, Chew Chuan Yang dan Mohd Norhamdin Nordin (Alumni UMS) yang dikaitkan dengan gerakan Mandiri dan aktivisme mahasiswa.

Pendedahan tersebut sebelum ini turut mendorong gesaan supaya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menyiasat dakwaan aliran dana asing itu termasuk kemungkinan pelanggaran Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA). 

Mandiri menggunakan nama NGO namun sebenarnya adalah sebuah syarikat iaitu MANDIRI DEVELOPMENT CENTRE SDN BHD. Ini bermakna sebagai sebuah syarikat Mandiri tertakluk kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan juga Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi melihat kutipan dan pendapatan syarikat ini. 

 

Kini Mandiri menggerakkan kempen mereka ke Sabah


Demonstrasi Kembali Dianjurkan

Walaupun beberapa siri demonstrasi sebelum ini tidak mendapat sambutan besar, kumpulan terbabit dilihat terus menerus menggerakkan kempen berkaitan isu rasuah di Sabah.

Poster promosi terbaru bagi Gempur Rasuah Sabah 3.0 mula tersebar di media sosial dengan seruan penyertaan anak muda dan mahasiswa untuk berhimpun di Kota Kinabalu pada awal Julai nanti.

Penganjuran semula demonstrasi gempur rasuah hanya sebagai alasan kegagalan demo sebelum ini. Wal hal pemberi rasuah seperti Albert Tei dan dua adun telahpun didakwa di mahkamah. Begitu  juga bekas Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Namun begitu, kumpulan aktivis terbabit dilihat masih tidak berpuas hati dan terus menggesa mobilisasi awam bagi memberi tekanan kononya masih ada isu integriti dan tadbir urus di negeri itu.

 

Kebimbangan “Soft Influence Operation”

Dakwaan hubungan antara Mandiri Development Centre dengan Tides Foundation dan Open Society Foundations jelas mencetuskan kebimbangan mengenai kemungkinan wujudnya unsur “soft influence operation” melalui pembiayaan NGO dan gerakan masyarakat sivil.

Dalam laporan yang tular sebelum ini, Tides Foundation digambarkan sebagai organisasi filantropi progresif yang mempunyai hubungan dengan pelbagai jaringan NGO antarabangsa termasuk Open Society Foundations yang diasaskan oleh bilionair George Soros. Berjuta-juta wang dana agen asing disalur di beberapa negara untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan.

 

Pengkritik mendakwa model pembiayaan seperti itu berpotensi digunakan untuk membentuk naratif politik, mempengaruhi gerakan mahasiswa serta menggerakkan tekanan sosial terhadap kerajaan melalui demonstrasi dan aktivisme digital.

Malah, ada pihak mendakwa Sabah kini dijadikan antara lokasi tumpuan mobilisasi gerakan aktivisme selepas beberapa siri demonstrasi terdahulu gagal memberi impak besar kepada kerajaan negeri.

 

Gesaan Siasatan Menyeluruh

Susulan perkembangan terbaru itu, beberapa pihak menggesa agar siasatan menyeluruh dilakukan terhadap sumber pembiayaan NGO dan kumpulan aktivis yang terlibat dalam demonstrasi berkenaan.

Mereka menegaskan bahawa sebarang pembiayaan luar negara yang melibatkan aktivisme politik, mobilisasi awam atau gerakan mahasiswa perlu dipantau secara telus demi menjaga keselamatan serta kedaulatan negara.

Pada masa sama, pihak berkuasa turut digesa menyiasat sama ada wujud unsur pelanggaran undang-undang kewangan, pengubahan wang haram atau campur tangan asing dalam gerakan yang sedang digerakkan di Sabah ketika ini.

 

1 Comment