Diasak bertalu-talu mengenai surat sokongan ‘Projek IC’ di Sabah akhirnya Presiden Parti Warisan (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengaku bahawa tindakan beliau menandatangani surat sokongan untuk permohonan dokumen pengenalan diri (MyKad, MyKas, adalah sebahagian daripada tanggungjawab sebagai pemimpin yang berkhidmat untuk rakyat.
Menurutnya, surat sokongan yang beliau keluarkan semasa menjawat jawatan Ketua Menteri Sabah ketika itu adalah sebagai bentuk bantu-membantu kepada rakyat, khususnya mereka yang tinggal di kawasan luar bandar.
"Jangan lihat hanya pada kandungan surat itu. Sebagai pemimpin, saya sering didatangi oleh rakyat dari kampung-kampung, seperti Kudat, Keningau, dan Tongod yang meminta surat sokongan untuk mendapatkan kad pengenalan mereka.
ARAHAN 'SUKACITA PERMOHONAN INI DAPAT DILULUSKAN'
"Macam mana saya nak tahu kalau mereka ini orang Sabah? Macam mana saya nak tahu jika mereka pendatang atau bukan pendatang? Itu adalah tugas Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), bukan saya," kata Shafie.
"Takkanlah saya nak tolak mereka yang datang meminta bantuan? Tolonglah, ini berlaku di Sabah, ada anak-anak Sabah di sini. Oleh sebab itu, kami pernah menjalankan satu program pendaftaran bergerak bersama Tun Richard Malanjum (bekas Ketua Hakim Negara) untuk membantu mereka mendapatkan dokumen pengenalan diri," tambahnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), hari ini.
Sebelum ini, tular satu hantaran mengenai isu surat sokongan permohonan MyKAS seorang individu dari Semporna yang didakwa telah diluluskan oleh Mohd Shafie, yang menimbulkan pelbagai reaksi dari orang ramai.
Sebagai respon, JPN mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya menegaskan tidak akan meluluskan sebarang permohonan berkaitan dokumen pengenalan diri secara sewenang-wenangnya, walaupun disertakan dengan surat sokongan daripada mana-mana pihak.
Dalam kenyataan tersebut, JPN menyatakan bahawa setiap permohonan untuk pengeluaran dokumen pengenalan diri, seperti MyKAS, MyPR, dan MyKAD, adalah tertakluk sepenuhnya kepada undang-undang, peraturan, dan dasar yang berkuat kuasa.
Projek IC Warisan sejak 2018
Dengan pengakuan Shafie Apdal itu adalah jelas terbukti Kerajaan Warisan sejak awal berkuasa hinggalah 26 bulan hanya menggerakkan usaha memberi dokumen kepada ‘Bangsa Semporna’, PTI, pekerja asing, pemegang dokumen IMM13, kad burung-burung dan apa saja.
Minit surat sokongan Shafie Apdal seperti ‘Sukacita permohonan ini dapat diluluskan’ adalah kebiasaan arahan dibuat kepada penjawat awam negeri dan pusat. Jika tidak mengikut arahan Shafie dan Azis Jamman (Timbalan Menteri KDN) ketika itu akan menukar mereka sebagai engkar.
Jadi alasan kononnya kuasa itu kepada pegawai JPN dan imigresen itu hanyalah alasan semata. Tanyalah pegawai bagaimana mereka mengarahkan pegawai jika arahan dibuat.
Apa Warisan lakukan ketika berkuasa?
Rakyat Sabah tidak pernah lupa apa Warisan lakukan. Dua perkara dilakukan sejak awal Kerajaan Warisan iaitu ‘Projek IC’ dan ‘Pegawai Bangsa Semporna diutamakan’. Video Shafie menggunakan bahasa ibunda mengakui gerakan 'Bangsa Semporna' terdedah dalam PRN lalu yang menjadi punca kekalahan Warisan. Ia jelas mengundang kemarahan kaum KDM dan bumiputera lain di Sabah.
BACA ARTIKEL- [VIDEO] Hipokrasi 5: Shafie mengaku lantik keluarga, 'orang semporna' dalam jabatan, GLC kaum lain dapat apa?
Jika Shafie Apdal menjawab isu surat sokongannya tetapi beberapa isu ketika Shafie Ketua Menteri dan Azis Jamman Timbalan Menteri tidak pernah dijawab walaupun kantoi. Antaranya ialah;
ARTIKEL BERKAITAN- Apa jadi kes IC ‘orang mati’ untuk pemimpin Warisan? SPRM wajib siasat Shafie Apdal, Azis Jamman!
AJK Bahagian Warisan guna Kad Pengenalan orang mati
12 September 2020 dalam kempen PRN Sabah, Sabahkini2 telah mendedahkan warga asing pemegang IMM13 menggunakan dokumen milik individu bernama Rohana Maksan yang sudah meninggal dunia mendapat kewarganegaraan dan menjadi AJK Bahagian Warisan Kalabakan. Isu ini tidak pernah dijawab hingga kini.
Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Sabah membongkar sindiket itu. Rekod perbualan pegawai JPN juga didedahkan. Setakat ini tiada penafian daripada JPN Sabah. Malah sehingga kini tidak diketahui status kes itu. AJK Wirawati Bahagian dan penyelaras Wirawati P.191 Kalabakan disokong kuat oleh Shafie Apdal ketika itu. Shafie sendiri bersama Darell Leiking dan Junz Wong tidak pernah memberi reaksi kes ini.
Menggunakan Kad Pengenalan orang yang sudah mati adalah satu kesalahan besar. Persoalan besar Siapa pegawai dan ‘orang dalam’ yang menguruskan MyKad palsu itu? Jika Rohana Maksan dan suaminya ditangkap tidak mungkin mereka tidak menyimpan nama pegawai yang mereka berurusan?
[ARTIKEL BERKAITAN- [VIDEO] Gempar! Shafie Ketua Menteri lindungi Rohana ‘Filipina IMM13’ AJK Wirawati Warisan guna IC ‘orang mati’ disiasat JPN
[ARTIKEL BERKAITAN- Hipokrasi 2: Shafie tutup mulut kantoi Wirawati Warisan IC palsu! Mana JPN, Imigresen, SPRM? ]
Apakah Rohana dan suaminya yang juga AJK Bahagian Warisan itu telah didakwa di mahkamah? Tiada kes pendakwaan hingga kini. Sejak Azis Jamman jadi timbalan menteri lagi.
Selain itu pada tahun 2018 Shafie Apdal menyokong permohonan kad pengenalan individu yang telah meninggal dunia sejak 2 Mei 2018 kerana sakit tua. Bagaimana orang dah meninggal mendapat minit sokongan daripada Shafie Apdal?
Surat pemohon yang mengunakan nama Siti Halai Sandaluddin telah menulis surat kepada Shafie bagi mendapatkan sokongan. Melalui sijil kelahiran yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaraan Negeri (JPN) bertarikh 24 Ogos 1990 anak kepada wanita tersebut bukan merupakan warganegara Malaysia.
Shafie meminitkan surat tersebut dengan arahan “Datuk Pengarah Jabatan Pendaftaraan Negeri, sila beri bantuan,”. Manakala Francis Au Setiausaha Sulit Shafie Apdal ketika itu memanjangkan surat permohonan itu kepada Pengarah JPN Sabah untuk diberi kelulusan dan bantuan
Sokongan Azis Jamman Bekas Timbalan Menteri KDN
Begitu juga Azis Jamman. Apa Azis Jamman lakukan ketika sebagai Timbalan Menteri KDN? Lebih banyak surat sokongan diberi kepada warga asing atau yang bermasalah kad pengenalan diarahkan Azis Jamman kepada pegawai. Kelihatan ia hanya satu surat sokongan dengan minit ringan tetapi hakikatnya di belakang Menteri Warisan mengarah penjawat awam meluluskannya selagi 'tidak kantoi'.
Cuba lihat rekod sokongan beliau terhadap warga asing yang memohon warganegara tetap (IC Merah) dan juga MyKAS (IC Hijau) dilaporkan banyak diluluskan ketika beliau Timbalan Menteri. itu belum masuk warganegara asing yang membuat bayaran ratusan ribu kepada beliau memohon IC Merah itu. Azis Jamman berniaga ketika itu. RM200 ribu satu MyPR!.
Jika kantoi pihak yang mengendalikan akan di 'kambing hitamkan' sedangkan semua tahu agen yang mendapatkan tandangan surat sokongan Azis Jamman itu adalah pegawai Azis sendiri.
PERBUATAN AZIS JAMMAN SEUMPAMA INI ADALAH SETIAP HARI KETIKA BELIAU SEBAGAI TIMBALAN MENTERI
[ARTIKEL BERKAITAN- Sindiket Dokumen 'Projek IC' guna nama Timbalan Menteri KDN terbongkar! ]
Sokongan Azis Jamman tidak pernah terhenti selepas 'budak-budaknya' kantoi. Dia melakukan lagi menyokong Syarikat Mega Management Consultancy Sdn Bhd milik ‘Dato’ Sulu’ Dato’ Seri Saad Hj Ani yang terlibat dengan dalam kegiatan pengumpulan data dan pengeluaran kad dokumentasi kepada warga asing terutama pendatang asing tanpa izin (PATI). Syarikat itu pernah didakwa di mahkamah ditangkap tetapi Azis Jamman selaku timbalan menteri tetap menyokong syarikat itu.
Mengapa? Bila kantoi diberi alasan hanya sokongan tetapi hakikatnya syarikat menjadi berani kerana diberi lampu hijau oleh Timbalan Menteri.
[ARTIKEL BERKAITAN- Mengejutkan! Syarikat MMC tipu PSS pernah dapat surat sokongan Timbalan Menteri? ]
BERIKUT ANTARA KRONOLOGI 26 BULAN PEMBERIAN PROJEK IC ZAMAN WARISAN
Sebelum berkuasa bila ada Filipina menuntut Sabah, Shafie hanya berdiam. Shafie terlalu menjaga geng Sulu Filipina daripada berkecil hati. Masa dia sebagai Menteri KKLW dia mengarahkan JKKK sokong dan bantu RCI untuk mengesahkan pemegang Kad Pengenalan projek
Selepas menang secara haram melalui lompatan haram Madius Tangau apa Shafie dan Warisan buat? 20 bulan nampaknya mereka merancang rapi untuk mendaulatkan PTI di Sabah khususnya pelarian Filipina (IMM13) sebagai rakyat atau pemastautin di Sabah
Sebulan selepas PRU14, pada Jun 2018 Mesyuarat Kerajaan Warisan bersetuju kerajaan akan memberi dokumen kepada pekerja asing haram di Sabah. Ia mula ke arah mendokumentasikan PTI haram. Kononnya untuk mengisi kekosongan pekerjaan di sektor ladang.
5 Julai 2018: Menyokong usaha Shafie Apdal dan Warisan, ‘Sultan Sulu' atau Dr Datu Akjan Datu Ali Muhammad (pernah ditabal Sultan Sulu) menggesa anak Sabah tanpa kerakyatan diberi taraf warganegara
16 Ogos 2018- Sekali lagi Dr Datu Akjan Datu Ali Muhammad 'Sultan Sulu' yang Pro Shafie bersama NGO barunya Pertubuhan Permuafakatan dan Perpaduan Masyarakat Peranakan Suluk Bajau Sabah (PSB) mahu Dr Mahathir luluskan 800 ribu warganegara 'anak tanpa kerakyatan'
25 Ogos 2018- Projek IC 2: Shafie bantu dapatkan MyKad yang kahwin pendatang asing. Ini janji Shafie.
29 Ogos 2018- Menyokong arahan Shafie dan Warisan membayangkan Projek IC 2 sedang dirancang. Menteri UPKO Ewon Benedict 'KPLB' akur arahan Shafie mengumpul info 'Projek IC' di kampung dan pulau-pulau. Surat banci juga telah dikeluarkan. Ini satu usaha terima kasih UPKO terhadap Kerajaan Warisan melantik mereka sebagai Menteri.
https://sabahkini2.co/en/news/1159/-menteri-upko-akur-arahan-projek-ic-shafie-apdal/view
1 September 2018 : Terbongkar! Projek IC kecoh di Tuaran didalangi Penerangan Pusat Warisan
29 September 2018: Kerajaan Warisan berjanji memudahkan permohonan sijil lahir warga asing kahwin orang tempatan. Lebih 40 ribu anak-anak PTI dikatakan bakal menerima manfaat.
4 Oktober 2018- Tidak cukup program jelajah Kerajaan Warisan membawa agensi JPN dan mahkamah untuk 'Projek IC', PBB, UMS dan IDS turut dikerah bantu Projek IC "Anak Tanpa Negara". Penilaian badan-badan ini digunakan untuk menyokong usaha Warisan
Antara Video yang tular
11 Oktober 2018 - Kerajaan Warisan test market IMM13. IMM13 dihidupkan semula selepas ditamatkan sejak 2003. Tular video PTI menyerbu Wisma Dang Bandang demi IMM13 telah menyebabkan kekecohan.
13 Oktober 2018- Seperti biasa selepas kecoh dan ditentang rakyat Shafie dan Warisan pun pura-puralah bising. Shafie dan Azis Jamman Timbalan Menteri KDN berpura-pura terkejut. Saling tuduh menuduh dan akhirnya pengarah imigresen Sabah menjadi ‘kambing hitam’. IMM13 dihentikan selepas kecoh.
https://sabahkini2.co/en/news/1306/selepas-dikecam-permohonan-imm13-dihentikan-serta-merta/view
16 November 2018- Kerajaan Warisan percaya kaedah pertama nampaknya tidak berjaya. Azis Jamman Timbalan Menteri KDN mendedahkan Kerajaan Warisan menawarkan pemegang IMM13 sejenis dokumentasi PTI. Dokumentasi ini membayangkan ‘Pas Sementara Sabah’ sekarang.
19 November 2018- Madius Tangau tampil membantu Shafie Apdal dan Warisan tentang keperluan pekerja asing di Sabah. Beliau meminta rakyat Sabah berfikiran positif kehadiran PTI di Negeri Sabah demi pembangunan ekonomi
https://sabahkini2.co/en/news/1439/rakyat-sabah-perlu-positif-pengambilan-pekerja-asing-tangau/view
21 November 2018- Kerajaan Warisan mula bermain alasan baru mengenai IMM13. Kononnya Filipina tidak terima dokumen IMM13. Tetapi Kedutaan Filipina menafikan tidak terima dokumen IMM13.
27 November 2018: Alasan demi alasan dibuat akhirnya terkantoi Sindiket dokumen 'Projek IC' menggunakan nama Timbalan Menteri KDN terbongkar!. Seseorang yang rapat dengan pejabat Ahli Parlimen Sepanggar sebagai orang dalam disyaki mendapat untung dari penjualan dokumen itu.
19 Disember 2018- Selepas bermain alasan mengenai IMM13, Azis Jamman mencabar Filipina membuka konsulat di Sabah selesai masalah pemegang IMM13. Walaupun tahu tidak mungkin Filipina berbuat demikian memandangkan tuntutannya masih terhadap Sabah.
22 Februari 2019. Episod baru antara Negara Filipina dan Kerajaan Warisan Sabah bermula. Malah Shafie berjanji bantu warga Filipina tanpa dokumen di Sabah. Dalam masa sama Filipina kekal menuntut Sabah.
2 April 2019- Kerajaan Warisan meluluskan program pemutihan pekerja asing. Keputusan itu menggembirakan PTI di Sabah. Majikan yang menggaji pendatang tanpa izin sebagai pekerja dalam sektor perladangan dan pertanian boleh mendapatkan pas yang sah bagi mereka bermula 1 April hingga 30 September, 2019.
17 April 2019- Shafie Apdal dalam Sidang Dewan Undangan Negeri mengaku PTI akan diberi dokumen sah dan Pulau Penempatan jika kemasukan berlaku secara beramai-ramai.
6 Mei 2019- Ketika PRK Sandakan. Pemimpin PH seperti Christina Liew dan Anwar Ibrahim menyokong Anak tanpa negara' melalui perkahwinan PTI akan diberi kerakyatan
8 Mei 2019- Anwar Ibrahim setuju PH beri dokumen kepada PTI tinggal lama di Sabah
6 Julai 2019- Kerajaan Warisan mengumumkan 123,575 PTI bersama keluarga didaftar Program Pemutihan di Sabah. Sambutan kurang mungkin sebab takut ditangkap.
2 Ogos 2019 - Shafie menegur rakyat benci PTI, NGO. Mengapa benci? Shafie juga mengarahkan Cawangan Warisan di setiap parlimen mendaftar 60 ribu kanak-kanak tanpa negara ini.
7 September 2019- Selepas melaksanakan program pemutihan PTI, kerajaan PH dan Warisan akhirnya melaksanakan pula program Pas Sementara Sabah. 600/700 ribu PTI pemegang ‘tiga dokumen’ bakal diberi Pas sementara Sabah (PSS). [140 ribu X 5 dalam satu keluarga].
9 September 2019- PSS: Mengukuhkan sokongan PH kepada Shafie Apdal Warisan, Parti DAP dan Amanah Sabah pula bersetuju, mahu PTI lama, ‘anak tanpa negara’ diberi PSS
10 September 2019 – Sekali lagi media melaporkan Filipina kekal menuntut Sabah. Dalam masa sama PSS pula diluluskan untuk menggantikan IMM13, Kad Burung-burung dan Kad Banci.
2 November 2019- Kecoh semula Dato' Seri 'Sulu' pro warisan aktif mendaftar PTI Sabah guna syarikat tipu SRM, MMC yang kontroversi.
Surat sokongan Timbalan Menteri
26 November 2019: Sindiket penipuan kad data warga asing, Syarikat MMC milik Dato' Seri 'Sulu' tumpas lagi. Polis Sabah sekali lagi menumpaskan sindiket penipuan kad data warga asing milik 'Dato' Sulu' Dato' Seri Saad Hj Ani Pengerusi SR Manpower Resources Sdn Bhd dan Mega Management Consultancy Sdn Bhd selepas menahan enam individu termasuk pengarah syarikat anak Dato’ Seri itu dalam serbuan di sebuah premis di MidTown Plaza, Batu 3 1/2 Jalan Utara, Sandakan.
26 November 2019- Di dalam kekecohan PSS, tangkapan syarikat MMC Azis Jamman mengumumkan KDN akan membuat simulasi PSS warga asing bulan Januari 2020.
28 November 2019- Mengejutkan! Syarikat MMC tipu PSS pernah dapat surat sokongan Timbalan Menteri?. Belum pun PSS dibuat dah ada penipuan PSS
26 Disember 2019- Menjelang PRK Kimanis Madius Tangau sekali lagi tampil menolong Shafie Apdal menyeru rakyat setuju beri PSS kepada pemegang IMM13 berkeluarga menetap di Sabah. Katanya beri peluang kepada IMM13 dari Filipina yang menetap di Sabah diberi PSS.
Hari ini dalam kempen PRK Kimanis Warisan terpaksa mengarahkan Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Datuk Dr. Muhamad Sade Mohamad Amin datang ke Kimanis untuk memberi penerangan mengenai Pas Sementara Sabah (PSS)sebagai bukan kad pengenalan (IC). Mereka fikir rakyat bodoh bahawa isu yang utama ialah keturunan PSS yang akhirnya anak-anak mereka memiliki Kad Pengenalan kerana berkahwin dengan orang tempatan. Warisan kalah dalam PRK Kimanis kerana isu PSS.
Itu belum masuk lagi penempatan PTI yang disokong Shafie Apdal dan Azis Jamman!
Siapakah yang beri penempatan kepada Warga Setinggan yang terbakar di kampung Setinggan PTI (tidak sampai 100 hari kerajaan Warisan), wujudkan kampung baru malah beri tanah kalau bukan Kerajaan Warisan?
ARTIKEL BERKAITAN -SILA KLIK
Penempatan transit setinggan Likas, penduduk Kg Darau bantah Ahli Parlimen Sepanggar
Protes 'Darau Bantah' tolak Penempatan Setinggan Ahli Parlimen Sepanggar
Kini Orang Kg Boronuon Sepanggar bantah sebagai pusat penempatan setinggan terbakar
Shafie Apdal bakal luluskan tanah penempatan kekal di tanah kerajaan-JTU
Terbongkar Kg Misteri Kg Warisan Jaya bakal diluluskan Shafie Apdal di Sepanggar
Terbongkar! Shafie Apdal arah beri tanah 180 ekar kepada 'Orang Suluk' di Kg Biah Skim Sook!