16 Mac lalu Pengasas NGO pro PTI Mukmin Nantang dan beberapa NGO mengecam penahanan seorang kanak-kanak bernama NIKO yang kononnya seorang ‘Stateless’ atau tanpa kewarganegaraan ketika program pembelian barangan Hari Raya pusat beli-belah One Borneo di Kota Kinabalu.
Niko dilaporkan ditahan di balai polis Kepayan kerana tidak memiliki dokumen membuktikannya sebagai komuniti Bajau Laut merupakan murid dari Sekolah Alternatif Teluk Layang, Likas.

Sejak itu ramailah pembela PTI atau bekas keturunan PTI yang mendapat kad pengenalan projek membela NIKO mendesak Kerajaan supaya lebih berperikemanusiaan termasuk seorang influence acah-acah orang Sabah iaitu 'Amy Dangin'.

Puak-puak penyokong Warisan juga sangat galak mempertahankan budak NIKO. Bermacam-macam fitnah mereka lakukan terhadap Kerajaan negeri Sabah.
Sehubungan itu Setiausaha politik kepada Ketua Menteri Sabah menggesa orang ramai agar tidak memutar belit fakta berhubung penahanan NIKO.
Azrul Ibrahim berkata kad vaksinasi pelajar itu pada tahun 2020 menunjukkan individu tersebut berusia sekitar 19 tahun, sekali gus menafikan dakwaan bahawa dia masih bawah umur.
Beliau turut menambah bahawa dakwaan yang mengaitkan pelajar tersebut dengan komuniti Bajau Laut masih belum dapat disahkan.
“Ketiadaan dokumen rasmi menjadikan persoalan identiti, etnik atau kewarganegaraan satu perkara yang kompleks dan hanya boleh ditentukan melalui proses siasatan oleh pihak berkuasa.
“Oleh itu, isu ini perlu dilihat dan ditangani berdasarkan fakta serta peruntukan undang-undang, bukan sentimen atau naratif yang dibina tanpa asas kukuh,” katanya dalam satu kenyataan
Benarkah Niko Bajau? Palauu atau stateless? Ini kerana selama ini Mukmin Nantang dan NGO memang terbukti hanya berjuang untuk warga PTI.
MUKMIN NANTANG WARISAN & SEKOLAH ALTERNATIF
Mukmin Nantang bekas mahasiswa UMS pengasas NGO haram Suara Mahasiswa dan Borneo Komrad merupakan pengasas kepada program Sekolah Alternatif ‘pelindung’ PTI di Sabah. Mereka menjadikan NGO itu untuk mengiktiraf anak-anak PTI sebagai ‘Stateless’.
Bukan kali pertama Mukmin Nantang membela PTI di Sabah. Banyak program beliau selama ini berkisar kepada pembelaan PTI. Malah Ketika zaman Covid pun dia menggerakkan demo menentang Polis Ketika pelaksaan PKPD.

Siapakah dalang-dalang demo setinggan dan mahasiswa UMS selama ini? Demo setinggan dan pembelaan PTI
[VIDEO] Selepas palauh,setinggan PTI, Mukmin Nantang bos Borneo Komrad tunggang mahasiswa UMS demo isu air

Demo mahasiswa digerakkan Mukmin Nantang pada jun 2024 kantoi selepas tertangkapnya tertangkapnya 8 budak 'Pilak' tiada IC keturunan Filipina dari Kg Bongao-Bongao Semporna. Mereka dibawa menyamar sebagai mahasiswa UMS.
[VIDEO] 9 budak Mukmin Nantang menyamar mahasiswa UMS ditangkap tiada IC Demonstrasi air
![[VIDEO] 9 budak Mukmin Nantang menyamar mahasiswa UMS ditangkap tiada IC Demonstrasi air](/public/data/files/FAIL_2024/JUN_2024/9_budak_mukmin_nantang_tiada_IC.jpg)
Polis menahan sembilan individu tanpa dokumen budak Mukmin Nantang Borneo Komrad yang menyertai perhimpunan #KamiMahuAir Sabah dianjurkan Suara Mahasiswa
Ketua Polis Kota Kinabalu ketika itu Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, mereka ditahan pada jam 5.10 petang berhampiran dengan lokasi perhimpunan di tepi jalan besar Tun Fuad Stephen, berhadapan Tanjung Lipat.
“Dalam pemeriksaan tersebut sembilan orang telah ditahan terdiri daripada empat orang perempuan dan lima orang lelaki kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah.
“Turut ditahan pemandu van berkenaan kerana melindungi penumpang terbabit. Van berkenaan juga turut dirampas,” katanya dalam satu kenyatan di sini.
Budak-budak yang dibawa Mukmin Nantang menyertai demo tu menyamar sebagai pelajar UMS berumur sekitar 16 tahun hingga 19 tahun berasal dari Bongao-Bongao, Semporna Kesemuanya tiada dokumen atau lebih tepat lagi Pendatang Tanpa Izin berketurunan Filipina.



Bukan itu saja demo-demo itu membawa pemimpin Warisan
Sekali lagi selepas itu dalang pendemo mahasiswa 31 Disember 2024 orang yang sama. Budak Mukmin Nantang dan Horhamdin. Modus operandi sama. Budak-budak PTI dan Stateless dari Borneo Komrad di bawa menyamar mahasiswa UMS

Pada demo perhimpunan “Gempur Rasuah Sabah 2.0” pada jun 2025 budak-budak Nantang Mukmin ini membakar karikatur Datuk Seri Anwar Ibrahim mengundang kecaman pelbagai pihak, termasuk pentadbiran universiti, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pemimpin kerajaan pusat.
ARTIKEL BERKAITAN- Provokasi bakar karikatur PMX: Langgar syarat himpunan aman, mahasiswa UMS & dalang Warisan wajar disiasat


Kerajaan sepatunya mengambil tindakan tegas terhadap pengasas Borneo Komrad Mukmin Nantang yang disiasat di bawah Akta Hasutan 1948. Kerajaan perlu beri pengajaran. Rakyat Sabah tidak perlukan NGO yang tak faham isu PTI, 'Stateless' dan kerakyatan.

Sokongan terhadap NIKO yang berumur 19 tahun namun dianggap sebagai kanak-kanak adalah satu cara Borneo Comrad nak menyelamatkan budak-budak Sekolah Alternatif yang tidak punya dokumen.
Anak-anak tiada dokumen ini terbukti bukan anak-anak stateless tetapi anak-anak PTI yang ditinggalkan oleh ibubapa mereka di Sabah. Mereka tiada bukti sijil lahir, sah taraf perkahwinan kedua ibu bapa atau DNA yang mengesahkan mereka orang Sabah. Ini berbeza dengan anak-anak KDMR diluar bandar yang mendaftar lewat kerana masalah dokumentasi.
Jabatan imigresen digesa serbu semua Sekolah Alternatif sebagai tempat pelindung anak-anak PTI di Sabah. Imigresen dan JPN berkuasa menentukan kedudukan mereka.

1 